Wednesday, September 14

Jangan kedekut senyuman.

Assalamulaikum.

Ramai yang anggap senyum ni perkara yang mudah tapi ternyata makin ramai di kalangan kita yang lokek atau dengan kata lainnya kedekut untuk memberi senyuman. Wahal senyum tu sebenarnya bagus untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain yang berada di sekeliling kita.

Eeeee. Masam pulak muka aqish ni! 

Ada banyak sebab kita perlu senyum selalu. Tapi jangan lah kau pergi senyum sorang-sorang pulak kan nanti orang ingat kau tu gila pulak kan. HAHA. Okay nak tahu tak kenapa korang kena senyum selalu? Tahu tak kenapa korang tak boleh kedekut senyuman? Meh akak cute nak kasitau!

1. Boleh hilangkan stress :
Kekadang bila kita rasa macam banyak tekanan dan letih. Kalau kita senyum kita dapat kurangkan tekanan tersebut. Insya'allah =)

2. Senyuman boleh merubah mood kita :
Apabila korang rasa down or rasa mood korang hilang ke laut cuba senyum sikit. Insya'allah peluang untuk mengubah kepada mood yang lebih baik adalah cerah. Senyuman juga adalah satu muslihat yang baik pada badan kita untuk membantu kita untuk mengubah mood kita.

3. Senyuman mampu membantu anda untuk terus positif :
Okay, sekarang ni cuba korang try senyum kemudian cuba korang fikir sesuatu yang negatif tanpa menghilangkan senyuman tu.  Susah kan? Bila kita senyum seluruh badan kita akan menghantar seluruh mesej yang positif kepada kita dan menjauhi kita dari kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan tersenyum.

4. Awet muda :
Ini memang tidak dapat dinafikan sebab apabila kita senyum, otot-otot muka kita juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu tauuu. HEHE. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan =P

Comelnya aqish senyummmm =P

Sebenarnya banyak lagi sebab untuk korang terus tersenyum. Tapi letih pulak nak senarai banyak-banyak nanti juling korang nak baca. Hehehe. Oleh itu senyumlah selalu okay. Jangan kedekut senyuman sebab senyuman tu adalah penawar untuk diri kita sendiri and senyum tu juga adalah satu sedekah so, tak salah kan kalau kita senyum selalu?

KBAI~

6 comments :

ArulchelseA said...

senyum awet muda.. kih kih kih

nelly said...

yeah ! nelly suka senyum hehehe

kura said...

senyum. xperlu kata apa apa.. :)

faridah nazurah said...

heeee senyum tunjuk gigi dracula :D

iyan shazlind said...

senyum menceriakan hidup org lain jugak...:)

iPai said...

kalau senyum ada makne macam mane plak ?

6. Dapat pakwe/makwe ..

heheh

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com