Friday, September 2

Mood raya dah habiss~

Salam Aidilfitri.

Hari ni dah raya ke-4, amacam masih ada mood raya lagi ke? Hehe. Eyfa mood raya dah habis dah raya ke-2 hari tu sebab last dapat duit raya masa raya ke-2. Raya ke-3 dah tak dapat duit raya dah sebab kat sedara mara semua dah collect dah duit raya! HAHA.

Ehem ehemm. Jeles tak umur dah 23 tapi still dapat duit raya? Mesti jeles kan kan kan? sebab korang umur 23 dah kena hulur duit raya kat bebudak tapi eyfa still dapat duit raya. Tapi tak lah segempak dulu masa muda-muda dulu kan. Dulu dapat dalam RM500++ sekarang dapat RM200++ but kira okay lah kan dari tak ada langsung? boleh juga buat belanja!

Lepas ni mesti banyak undangan open house kan? bersepah-sepah sampai tak larat nak pergi. Tapi eyfa bab open house ni memang lemah sikit. Orang menjemput memang ada tapi diri ni haa rasa macam tak selesa bila datang rumah orang. Segan pun ada sebab dah nama pn open house kan mesti lah ramai orang datang. Huhu.

Hmm. Next week dah masuk class. Arghhh! Rasa macam malas pulak nak masuk class ni haaa. Cuti seminggu aje mana cukup! Eeee aii. Nasib baik lah eyfa jenis student contoh kan. Baik ajee. Selalu datang class! Puii! HAHA.

Masalahnya sekarang mood berblogging macam mana pulak? Mood blogging pula dah ke laut china selatan dah sejak dua menjak ni! HAHA. Dah berapa lama dah tak jenguk blog kesayangan ni. Hmmm. Rindu rasanyaaa! Huhuhu.

Okay lah sampai di sini ajelah kali ni. Nak layan cerita gegar raya di Kampung Pening Lalat kat TV1 kejap. Eyfa akhiri entry kali ni dengan gambar raya eyfa. Hehe. Tak banyak pun. Sikitt jeee sebab busy collect duit raya. HAHA. Enjoy!














KBAI~


*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

14 comments :

Nur Farah Hani said...

erh da 23 ke??? rase kate junior fara ritu .. hehe.. wah banyaknya.. fara 50 pun ta sampai.. :D

siti kektus said...

200++ ? byk tu eyfa. kite nak lepas 50 pon payah. untung lah mcm tu. ;)

sya azleen said...

SHR MZB :)

sergeant keroro said...

tak sampai seratus pon T__T

Tea Dno said...

pehh.. dah cukup untung dapat 2rat tau!! ;p

kura said...

gila. gilaaaaaa. banyak nya duit raya? fuh!

merahitujambu said...

seronoknya beraya...

kim heeruul said...

perrhh..200 masyuk tu.
gua dpt collect Rm30 je..hhaa

iMBobo said...

200 lebih byk tu.. ish, ni yg nk potong janggut ni, kasi nmpk mcm bebudak skit hehehe..

kotak bulat said...

kb da updte lek caranya tok step 6.. yg design tu, mcm design tok welcome page yg kb wat.. yg banner besar tu

kotak bulat said...

boleh.. :) kita bncg kt fb ye.. ad add kb kan

tia @ Ini Kisah Tia said...

perhh . 200++ ? gile banyak .. Tia dapat RM2 aje . hahaa . jadilah kan :)

akoo pae said...

wah.byk gle kamu dpt duet raye.
akoo rm50 pon tak smpai kut.huhu

iPai said...

ok wat dapat duit raya walaupun dah 23 .. n sampai ratus2 plak tuh .. kita ye tak sampai ratus pon =(

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com