Friday, September 23

Malang yang tak di duga.

Assalamualaikum.

Kelmarin adalah hari malang bagi eyfa. Tadi lepas balik class eyfa accident gara-gara nak mengelak budak kolej yang main lintas jalan melulu tak tengok kiri dan kanan. Kebetulan jalan memang licin sebab tengah hujan. Tu yang buat accident.

Eyfa jatuh berguling atas jalan raya tu. Rasanya 3 hingga 4 kali jugak la gulingnya. Bangun-bangun aje tengok baju dah terbukak habis. Eyfa pakai kemeja memang semua button baju tu tercabut. Nampak baju dalam. Sumpah malu sangat!

gambar hiasan semata-mata


Eyfa bangun eyfa terus cover dari nampak baju dalam. Motor eyfa biarkan tengah jalan je sebab time tu eyfa dah tak boleh nak fikir apa pun sebab dah gabra sangat. Budak yang melintas td terus blah, bukan nak tolong or mintak maaf ke. Gara-gara dia eyfa accident.

Then motor tu ada seorang mamat ni tolong alihkan letak tepi. Eyfa tak nampak siapa, tak sempat nak ucap terima kasih. Dah lepas 5 min tu semua orang dah blah. Eyfa dah cuak dah sorang-sorang tepi tu. Lepas tu nasib baik ada seorang mamat ni datang.

Mamat : "Awak okay ke?"
Eyfa : "Hmm. Insya'allah okay kot"
Mamat : "Betul ni?"
Eyfa : "Betul. Thanks sebab tanya :')"
Mamat : "Kalau macam tu saya pergi dulu ya?"
Eyfa : "Okay. Thanks"

5 MINIT KEMUDIAN...........

Mamat : "Hmm. Tadi saya serba salah sebab tinggalkan awak sorang-sorang. Boleh saya temankan?"
Eyfa : "Boleh tapi tak menyusahkan awak ke?"
Mamat : "Tak lah. Awak kan perempuan, saya kesian dekat awak sorang-sorang dekat sini"

Dah lepas tu mamat ni lah yang teman eyfa sampai abah eyfa sampai. Nasib baik ada dia. Kalau tak eyfa dah cuak dah sorang-sorang kat situ dengan baju tak ada button nya. Nasib ada beg boleh cover.

Lepas abah sampai and everything dah okay dia pun gerak balik. Eyfa sempat tanya nama dia aje. Nama dia Syahir. Cadangnya nak mintak number handphone dia tapi dah jauh pulak si Syahir tu jalan. Esuk lusa boleh ajak keluar belanja makan ke sebab nak balas budi baik dia.

Tapi dah tak sempat nak buat macam mana kan. Hope one day eyfa akan berjumpa lagi dengan Syahir ni untuk balas budi baik dia. And for your infomation eyfa tak teruk sangat pun. Just luka dan lebam aje dekat anggota badan. Alhamdulillah.

8 comments :

arituarini said...

baik mamat tu..lain kali hati2..

Akulah Pak Lan said...

hati hati lain kali

Unknown said...

mungkinkah lelaki itu bakal jodoh anda?

Mr.Superman said...

pergh..monyet mn yg bt eyfa eksiden tu.jmp dia lempang laju2.da la punca kejadian,pastu xnk tlg.nsb butang je tercabut,klu terkoyak rabak ke kn malu.

Mr.Superman said...

alhamdulillah xde pape teruk..hm,da tentu la mamat tu bkn abg sbb klu abg da lme abg bukak bju abg bg eyfa pki.x sggup tgk prmpn serabai cmtu dgn butang terbukak2. :D baik kn?sila muntah.haha

najihahfara said...

waw..baiknye die & naseb ade die

miss jambu said...

nasin jmpa org yg baik..
alhamdulillah eyfa tak apa2

ct kektus said...

eyfa dah ok ke skg? ;)


nasib baik ada mamt tu. hensem tak dia? ekekeke ;p

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com