Thursday, June 21

My fav kuih raya

Assalamualaikum.

Sebelum tu mintak tolong click sini dan tekan sini dulu boleh? Thanks.

Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi. So, bila musim raya dah tiba ni mula lah orang ramai sebuk nak menempah baju, beli/buat kuih, beli langsir baru, karpet baru, and macam-macam lagi yang hujungnya ada perkataan baru. Hehe.

Aku rasa macam excited pun ada tapi tak excited macam dulu-dulu lah zaman kanak-kanak lagi best. Maklum lah bila dah meningkat umur ni time raya aje, kering poket. HAHA. Nasib baik lah aku study lagi takde lah aku kena bagi duit raya. Hehe

Korang okay tak belum apa-apa aku dah ajak borak pasal raya? Hehe. Ala takpe kan? Korang tak kisah sangat kan? Btw, aku nak tanya lah. Dalam banyak-banyak kuih raya. Kuih apa yang korang suka sangat makan? and selalunya korang beli ataupun buat sendiri?

Aku terus-terang lah bagitahu. Mak aku memang bukan jenis buat kuih raya punya orang. Jangan kata buat, beli pun tidak! HAHA. Kalau beli pun sebalang dua aje untuk makan sendiri itu pun konon-kononnya untuk bagi tetamu. Last-last aku rasa belum sempat raya lagi kuih tu dah habis kami adik beradik makan. Hewhew~

Aku ada beberapa kuih yang jadi fav aku bila datang bertandang rumah orang. First kuih yang akan aku cari kuih cornflakes madu. Kalau ada kuih ni, aku dah peluk bekas kuih tu buat macam kuih sendiri. Kadang-kadang aku langsung xsentuh kuih lain kalau ada cornflakes ni. Hehe.


Kedua kuih almond london. Haa. Ini aku suka bukan apa, aku duk ratah coklat kat atas tu lepas tu kuih dia tu aku xmakan sangat pun. HAHAHA. Kadang-kadang togel orang tu punya almond london aku kerjakan. Sengal tak aku?


Ketiga kuih popia kecik-kecik tu. Alaaa yang pedas tu. Aku xtahu apa nama kuih tu, tapi rasanya kuih popia kecik sebab dah dari kecik memang itu aje namanya yang aku panggil untuk kuih ni. HAHA. Ini kalau dapat kuih ni. Sebelum balik dari umah orang, aku ambik segengam kuih ni untuk makan dalam kereta otw balik rumah. HAHA.


Aku rasa ini adalah top 3 fav kuih raya aku. Kalau aku datang rumah orang ada 3 kuih ni pun dah cukup buat aku kenyang. Tak payah bagi duit raya pun xpe. HAHA. Berangan lebih dah besar panjang nak duit raya lagi. Hewheww~

Korang suka makan kuih apa? Jom lah share-share dengan aku. Hehe.

13 comments :

Sharifah Hazimah Al-Yahya said...

ouhh yeahh , terliur tengok kuih-kuih tu .haaaa
okay , zyma pun suka kuih2 tu , fav kuih raya kita samalahh . hoho

cik najihah said...

conrflakes..weee feveret jugak..
makan kompem x berhenti

deno said...

wow!!!!! ini membuatkan deno tak sabar nak raya ni!!! mmg best!

Nurun Najiha said...

jom join http://mizzsninie.blogspot.com/2012/05/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html

Asyiqin Haulisah said...

kita paling suka yg karipap mini tu. i loikee.

::CIK LYNN:: said...

kalu cik lynn suka cam kerepek2 tu...pastu tart gulung nnas :)

Nyue said...

cornflakes madu..nyue suka....simple tp nice..ehhehe

maszull said...

assalamualaikum....sedapnyabilatengok biskut raya tu....mcm dah nak raya plak...:)

faridah nazurah said...

Kawan baik.. kita punya kuih raya fav sama la wey

siti kektus said...

almond london pon feveret kite tau ! :D

lagisatu, kite suka kerepek bawang kalau ada tu, lajuu je ngap. hehe :D

Ana Farhana said...

huhu, time rye pling x sabaa tggu rendangg mak buattt... omaiii, sodapnyooo

maszull said...

assalamualaikum eyfa....mama dtg lagi nak bagitahu eyfa jadi pengomen misteri mama sila dtg ke blog mama yer...:)

http://maszull.blogspot.com/2012/06/pengomen-misteri-mama-yang-ke-45-telah.html

Yasmin Aris said...

cornflakes madu tu same ! :D

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com