Sunday, June 17

SEGMEN AYUEJEAN : BAPAKU IDOLAKU

Assalamualaikum.

Lain orang lain idolanya. Bagi aku selain dari Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola aku, the next is Encik Alias bin Yeop Ahmad iaitu seorang bapa yang baik, gigih dan penyanyang kepada anak-anaknya.


Pertama sekali biar aku ceritakan sedikit tentang beliau. Nama penuh dah tahu kan? Hehe. Okay beliau adalah bapa kepada 3 orang puteri (aku la salah seorang puterinya) dan 4 orang putera. Tarikh lahir 09/02/1950 dan Negeri kelahiran beliau ialah Negeri Perak. Okay cukup la tu sebagai intro kan? :P

Kenapa abah adalah idola aku? sebab kegigihan dan pengorbanan beliau dalam keluarga kami. Beliau tak pernah kenal erti penat atau letih dalam membesarkan dan mendidik serta menyediakan keperluan isteri dan anak-anaknya. Walaupun hidup tak se'senang orang lain, beliau berusaha sedaya upaya untuk membuat keluarga kami bahagia.

Kalau nak di coretkan di sini rasanya entry ni akan panjang berjela. Hehe. Aku masih ingat lagi masa kami duduk dekat rumah flat Au3 tu. Bayangkan 9 orang duduk dalam rumah flat yang sempit tu. Tapi alhamdulillah berkat usaha beliau dapat juga kami berpindah ke rumah yang lebih selesa.

Beliau adalah seorang penjaja. Bagi orang lain, mereka akan kata berkerja sebagai penjaja banyak untung dari rugi tapi sebenarnya silap. Berniaga ni kalau tak balik modal memang akan rugi. Sekarang ni makin lama makin ramai penjaja so, pesaing makin banyak.

Actually beliau seorang yang agak tegas sebagai seorang ayah. Contoh kami adik-beradik perempuan memang tak pernah balik lewat malam (tapi aku degil sikit. Kadang-kadang balik lambat) and kalau balik lambat memang kena ceramah depan pintu pagar sebelum dia bagi masuk rumah. Hehe.

Tapi dalam masa yang sama actually beliau ni kelakar orangnya. Kadang-kadang kami sekeluarga dah penat nak layan lawak dia yang tak kelaka tu. HAHA.

Di pendekkan cerita, aku sangat bersyukur sebab di lahirkan dalam keluarga ni even keluarga kami tak kaya dengan harta namun kami kaya dengan kasih sayang. Alhamdulillah. Aku kagum ber'bentikan Alias kerana aku rasa beliau adalah bapa yang paling baik sedunia. Tiada apa yang dapat dibandingkan ataupun di tukar ganti dengan kasih sayang dan pengorbanan beliau dalam keluarga kami.,

Nak tengok abah aku? Hikhik~ Pejam mana dulu :P


Gambar ni raya tahun lepas, abah paksa aku tangkap gambar dia "Pha, meh lah tangkap gambar abah. Abah tengah handsome ni" Katanya. HAHA.

Kat sini nak ambil kesempatan nak buat ucapan sikit. Amboi bukan main nak buat ucapan lagi, ingat radio ke apa nak buat ucapan-ucapan? HAHA. Takpe aku rasa tak perlu kot, sebab abah tahu anak-anak dia semua sayang dan cintakakan dia. Aku just harap abah panjang umur dan di murahkan rezeki. Amin~


Kalau korang rasa bapa korang adalah idola korang, selain K-POP or penyanyi or pelakon tu meh lah join segmen awesome ni, actually segmen ni bagus. Ianya dapat menyedarkan kita betapa besarnya jasa dan pengorbanan bapa kita, secara tak langsung boleh rapatkan lagi hubungan kita dengan keluarga kita.

7 comments :

Azzah said...

rindunya kat ayah sis..

Pais Mais said...

Idola saya The Rock, iaitu idola bapa saya juga.

Asyiqin Haulisah said...

yup ayah saya inspirasi saya. anak dia pun hengsem jugak.

AyueJean said...

Thanks join..... =D
Siap bg ceramah dpn pintu rumah lg tu.....
Abah kamu best jugak ye.....
Dialog amik gamba tu yg best tu...

maszull said...

assalamualaikum....ibu bapa memang la idola kita itulah tugas seorang anak ...:)

Nur Aischa said...

aisyah pun sayang ayah aisyah :D

best baca entri kak eyfa, haha paling suka part ambil gambar tu. hehe. SELAMAT HARI BAPA buat bapa kita semua ^_^

::CIK LYNN:: said...

good luck :)

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com