Friday, January 13

Sup ayam cincai -..-

Assalamualaikum.

Betul lah orang kata, nikmat duduk rumah family ternyata lagi seronok daripada duduk di rumah sewa. Baru lah sekarang aku tersedar kenikmatannya. Dulu konon-konon nak berdikari, rasa macam dah hebat sangat nak duduk sendiri. Last-last menyesal tak sudah ^^

Sepanjang aku duduk dekat rumah sewa ni. Aku rasa macam tak ada life. Rasa boring sangat. Maybe masih awal lagi, belum ada assignment, belum ada tutorial and belum ada buku untuk di ulangkaji so aku rasa macam boring. Cewah! Nak bajet ulat buku pulak kan. Hikhok ^^

Berbalik kepada tajuk yang asal. Bila dah duduk rumah sewa dah tentu lah makan minum tak terurus. Makanan paling sedap aku rasa adalah meggi. Nak tahu sebab apa? Sebab area rumah sewa aku tu, gerai-gerai dekat situ semua tidak menaikkan nafsu makan aku.

Nak di jadikan story of my life hari tu roommate aku keluar dengan boyfriend dia. Time tu malam, lepas maghrib. Then roommate aku tanya lah aku nak pesan apa-apa makanan tak? sebab kat rumah ada meggi je. Aku macam ragu-ragu tau nak pesan. Sebab aku tahu macam mana rasa makanan dekat area rumah sewa aku ni.

Di sebab kan malas melanda diri nak masak meggi aku pun order lah SUP AYAM. Selalunya kalau aku order sup ayam dekat kedai tomyam, ada banyak sampah sarap dalam sup ayam tu. I mean sampah sarap tu sayur. Hihi. Kira sedap dan menyelerakan lah kan macam gambar bawah ni.


Tetapi alangkah hampanya perasaan aku bila dapat sup ayam cincai (Alamak! aku lupa nak snap gambar sup cincai tu). Rasanya dah la tak semenggah apa ntah lagi rupanya. Hilang langsung selera aku. Ada ke gerai tu bagi aku sup kosong then dia campak aje ayam rebus dalam sup tu. Taraaaaa! Dah jadi sup ayam! -..-" Sayur tak ada, apa pun tak ada. Ayam semata-mata.

EYFA : Weh! Kau order kan aku apa tadi?
Zuren : Sup ayam lah kenapa?
EYFA : Aku rasa kau tersilap order lah!
Zuren : Hah! Dia salah bagi ke?
EYFA : A'ah. Kau order sup ayam. Tapi dia bagi sup ayam CINCAI! Aku rasa dia salah dengar kot apa kau order tadi =..=
Zuren : HAHAHAHA. Maybe lah! =P

Dah lah ayamnya potong besar-besar, macam nak bagi buaya makan aje. Siot betul! Sumpah lepas ni aku rela lah makan meggi dari order dekat luar. Dah lah mahal pulak tu. Pembaziran terbuka betul. Insaf taknak makan luar dah lepas ni.

KBAI~


5 comments :

fieda said...

cincai pun sodap..

shiema sufian said...

kalau sedap oke jugaklah, jangan dpt cincai yg tak sedap lagi nak menyirap rasanya (:

Azzah said...

sup ayam bukan susah sangat nak masak tapi still ada orng berniaga ni buat cincai lagi..

miss no right said...

kedai zaman sekarang tau nak untung je lebih -,-

Kc Kasedah said...

memang kau kena masak jugak lah noks. hihi

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com