Monday, January 2

Amalina Che Bakri culture shock

Assalamualaikum.

Sekarang ni kecoh dekat Facebook and Twitter pasal Amalina Che Bakri, budak yang dapat 17A1 dalam SPM tu. Kecoh sebab apa eh? Aku mula-mula macam tak dapat tangkap juga sebab tetiba nama Amalina jadi Trends dekat Twitter. 

Kejutan budaya katanya. Daripada bertudung, duduk oversea terus tidak bertudung. Lepas tu ramai yang marah and kutuk-kutuk dia dekat Twitter dan Facebook.. Aku rasa macam kelaka pun ada. Bukan sebab apa, macam biasalah bila orang lain buat kesalahan mula lah semua nak jadi Tuhan untuk hukum dia.

Padahal yang bercakap dan mengata pun 2 x 5 aje. Korang pun free hair juga, tapi still sebuk nak mengutuk dan mengata Amalina free hair dan warnakan rambut. Sebenarnya apa beza kau dengan dia? Sama aje! Kau color rambut ke tidak dosanya tetap sama.


Kita tak tahu apa-apa pasal Amalina, kita tak tahu apa yang terjadi dengan Amalina, so tak payah nak bash si Amalina ni. Korang pun lebih kurang aje kan? Dekat sekolah pakai tudung, habis sekolah tudung ke mana, maruah ke mana? Tak perlu nak kata orang lain. Tengok cermin nilai dosa diri sendiri dulu sebelum kau sebuk nak mengata dosa orang.

Tak payah nak tengok Amalina sangat, sekarang berrlambak budak culture shock. Budak-budak dari Kampung datang ke Kuala Lumpur untuk belajar dan cari rezeki, last-last hanyut ke laut. 

Mula-mula pakai tudung, berbaju kurung. Lepas tu tudung hilang, dah pandai pakai hot pants, baju pun nak tayang dada nampak alur, nak tayang punggung. Tak cukup shock lagi, ikut jantan / bawa balik jantan ke rumah, buat maksiat. HAHA.

Dah dah lah, tak payah nak belagak baik ya. Tak payah nak pura-pura jadi malaikat. Amalina tu dah besar panjang, pandai bezakan dosa and pahala. Pandai-pandai lah dia bawa / jaga diri dia dekat sana okay. Kita just doakan aje yang terbaik untuk semua umat Islam. 

KBAI~

7 comments :

cik najihah said...

huhu..penuh TL pasal die..bende x sahih x elok dicanang kan

Azzah said...

yup betul tu..kita tak tau apa2 jangan nilai orang mcm tu..

Ujang9897 said...

entri ni pun dh buka cite..=)

Live to Life said...

manusia sekarang mmg suka berkongsi hobi mengutuk org kan . haha

Ain Dzaya said...

ain baru je bu entry pasal nie..

memang tak perlu disangka malah disangkal lagilah tingkah laku beliau..

mogo suatu hari nanti beliau berubah.


.amin.

Nurnajwa KZ said...

-.- mcm2 hmmmmmmm.


Biarla dia :) kte amek iktibar je.

Ahmad Haziq Azlan said...

eh eh ada ke isu ni?
ala.....
tak tau pon....

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com