Tuesday, January 31

Cinta berdasarkan paras rupa.

Assalamualaikum.

Orang cakap cinta sekarang semua pandang pada paras rupa. Aku 50% setuju and 50% tidak setuju. Kebanyakkan orang mesti kata kalau perempuan tu cantik, mesti banyak boyfriend, mesti suka mainkan perasaan lelaki, mesti kaki kikis, mesti PLAYGIRL.


Dan orang lelaki pula kalau handsome aje, mesti orang ingat dia suka flirt dengan perempuan, mesti kaki perempuan, mainkan perasaan perempuan jangan cakap lah, dia lah raja!

Tapi aku rasa itu kebanyakkan aje tak melibatkan semua. Paham kan maksud aku? Aku ada juga kawan-kawan yang cantik, tapi baik hati, setia pada satu, perangai pun semenggah. Tapi selalu juga kena game dengan lelaki yang tak sepatutnya.

Macam tu juga sebaliknya. Aku pun ada kawan lelaki yang handsome-handsome, tapi jenis yang setia, tak ambil kesempatan and tak mudah nak falling in love dengan someone plus sangat caring lagi.

Sebenarnya bila bercinta tak ada kena mengena dengan paras rupa pun. Asalkan sedap mata memandang aje dah cukup kan?

Lelaki, bila perempuan tu dah cukup cantik, ayu, lemah lembut, caring, setia bagai nak rak. Itu pun lelaki sebut bising nak cari yang lain. Curang juga.

Perempuan, bila lelaki tu dah macho habis, handsome pun handsome, perangai pun macam manusia tak macam binatang, baik hati lagi. Perempuan pula buat hal. Curang!

Jangan nak kata cinta tu kejam. Cinta tu tak salah sebenarnya cuma manusia yang tak pandai nak hargai cinta~

4 comments :

cik najihah said...

cinte berdasarkan rupe x kan kekal..trust me..
da penah lalui..its hurt

Nur Farah Hani said...

pokok pangkalnya hati kan.. bile hati tak tahu ape y diri nak y perfect pun leh jadikacau bilau hidup bersame pasangan.. tak bersyukur.. uhuuu.. tapi tu la fara pun err selalu pikir kalo laki hensem perangai tak semengah .. semua tak loyal.. hehe

sergeant keroro said...

jangan salahkan cinta

Rosalia said...

setuju salahkn manusia krn salahkan cinta sdgkn smuanya dr kita sndiri

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com