Sunday, January 29

Tandas Awam

Assalamualaikum.


Siapa dekat sini suka pergi public toilet? Tak kisah lah public toilet kat mana-mana pun. Selalunya ramai orang yang kurang selesa gunakan tandas awam. Sebabnya jangan tanya lah kenapa kan? Aku rasa korang sendiri tahu macam mana keadaan tandas awam.

Manusia biasalah bila dah bagi kemudahan, tak pandai nak hargai. Lagi nak jahanamkan ada lah. Lepas tu sebuk complain sana sini padahal puncanya bermula dari diri sendiri juga tak pandai nak jaga harta benda awam.

Sebut pasal tandas awam, kebanyakkan semua kotor-kotor. Jarang lah ada yang bersih. Mahu yang berbayar ataupun tidak berbayar. Lebih kurang aje tahap kekotorannya. Orang Malaysia ni memang pengotor ke apa? Jangan nak salahkan cleaner, sepatutnya kita sama-sama kena jaga kebersihan tandas awam tu.


Lagi satu, aku paling pantang betul lah bila aku masuk public toilet, kat dinding-dinding tu berconteng. Dah lah conteng benda-benda lucah pulak tu. Contohnya seperti "Batang besar - 017XXXXXXX" , "Penjilat b*** - 016XXXXXXX" , dan macam-macam lagi. 


Aku rasa macam termalu sendiri aje bila baca-baca benda macam ni. Benda macam ni jangan kata dekat tandas awam. Tandas dekat sekolah aku dulu pun ada weh! Buang tebiat betul lah. Ntah siapa punya keja ntah. Nafsu kuda betul!

Jaga lah tandas awam tu macam kita jaga tandas dekat rumah kita tu. Tak salah kan? Kerajaan sediakan tandas awam kan untuk kemudahan kita juga. Karang tak sediakan dah masing-masing berak dalam seluar pulak kan. Hargailah tandas kita ^_^

6 comments :

faizfakhirin said...

org ckp..promosi percuma..tmpt lain advert kena byr...hahaha

Mie Hishamuddin said...

mungkin tandas kat rumah dia pun macam tu kot...

Lea Isnawi said...

rajin diorg bawak pen masuk tandas kan

Syahbinar Shuib said...

betul tuu.. nak lepaskan hajat pun rasa tak selesa apabila tandas kotor -.-

aindzaya said...

jenis manusia yg low minded camnie la..

dengan gagahnya ain bersengkang mata buat entry nie =)

http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rindu-perasaan-sakit-yang-indah.html

Azzah said...

vandalism betul...

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com