Monday, January 23

Ucapan paling annoying.

Assalamualaikum.

"Saya nak bagi ucapan boleh bang? Saya nak ucapkan Selamat Petang pada ibu saya yang tengah goreng cucur dkt dapur, abah di depan rumah tengah basuh kereta, adik yang tengah lepak dekat Pavillion, kakak kat depan TV tu and tak lupa juga pada girlfriend saya kat sebelah ni dengan ucapan Abang cintakan ayang. Muaxxx"
Korang semua pernah dengar tak ucapan macam ni? Terutama sekali dekat Radio. Tak kisah la mana-mana radio pun. Mesti pernah kan. Aku rasa dalam banyak-banyak ucapan, ucapan macam kat atas ni lah yang paling annoying gila!

Bila aku dengar ucapan macam ni kat radio aku rasa macam nak baling aje radio aku dari tingkat 20 banggunan KLCC tu. Baru puas hati aku. Dah tak ada ucapan yang elok sikit agaknya? Kalau aku jadi DJ radio tu mampus aku dah tergelak-gelak tak cukup nafas.

Haaa. Bila time malam-malam pulak kat radio channel mana ntah ada wish ucapan untuk kekasih-kekasih tu. Meremang bulu roma aku dengar DJ tu bacakan ucapan-ucapan yang dia dapat. Dengan nada romantik lagi tu si DJ tu bacakan.

Aku rasa macam nak bunuh diri pun ada. Kalau ya pun aku rindu and sayang pasangan aku, xde lah aku nak bagi ucapan jiwang dekat dalam radio. Aku rasa macam memalu kan aje. Nasib lah kat radio dengar suara aje tak nampak muka! HAHA.

Korang pernah tak buat ucapan macam kat atas ni? Kalau pernah, jangan mengaku aku kawan korang. Putus sahabat babe! HAHA. Joke joke!

KBAI~

7 comments :

❤farahin,izzati❤ said...

hoh, buat mase ni belum dengar lagi, tapi kalau untuk isteri dia selalu jugak lah dengar uhuhuhu

Ezy Chiaki said...

kehkeh..
mmg lawak thap cipan..
nyampah dgr DJ 2 wat suara ala2 romantik..

Diyana Norman said...

seriusly betoiii! pdhl dok sbelh ja.. sengal haha

Khairul D'Arena said...

sememangnya komen tu annoying..kadang2 rasa geli lak bila si dj tu bacakan ucapan pendengar....:)

Encik Troll said...

Radio okay lagi, tak nampak muka. Yang menggelikan hati bila upload dekat youtube. LOL! Sangat sangat gedik.

Tea Dno said...

haha. macam tau je radio mana tu. :P

faridah nazurah said...

Ucapan yg bangang.. Sbb tu aku malas nak dgar radio melayu.. Yg tukang menelefon pun bg ucapan yg mintak kaki je.

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com