Friday, June 15

Gig Triple Play | TV9

Assalamualaikum.

Kesinambungan kejayaan program realiti terunggul Versus yang menonjolkan kreativiti tanpa batasan diteruskan dengan sebuah lagi konsert muzik rock yang diberi nama Gig Triple Play. Suntikan muzik dari tiga kumpulan yang menjadi kegilaan anak muda masa kini iaitu Bunkface, Hujan dan Nidji bakal menggegarkan pentas dan kaca televisyen anda pada hari Sabtu, 30 Jun, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negaram TV9 (Saluran 119).

Bunkface yang diterajui oleh tiga anak muda berkaliber iaitu Sam, Youk dan Pa’an banyak menghasilkan lagu-lagu bergenre pop punk dan punk rock. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2005 dan telah memenangi beberapa anugerah seperti ’Anugerah Bintang Popular 2009’ (ABP 2009) dalam kategori ’Penyanyi Duo/Kumpulan Popular,’ ’Anugerah Shout! 2009’ bagi kategori ’Break Out Award’, ’Rockstar Award’ dan ’The Ultimate Shout Award’ serta ’Anugerah Shout! 2010’ bagi kategori ’Rockstar Award’ dan ’Music Video Award’.

Kumpulan indie Hujan yang baru-baru ini menjuarai Versus, dianggotai oleh Noh, Dimas, Izzat, AG dan Am, mula dikenali ramai sejak ditubuhkan pada 2006. Alunan muzik mereka diberi penghargaan apabila meraih Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM 2009) menerusi ’Album Terbaik ”Hujan”’ dan ’Lagu Rock Terbaik ”Bila Aku Sudah Tiada.’ ” Malahan Hujan turut mempunyai peminat setia yang menggelarkan diri mereka Raingers.

Kumpulan NIDJI secara asalnya ditubuhkan menerusi persahabatan dua orang rakan iaitu Rama dan Andro. Persahabatan mereka ini terus berkembang mekar dalam bidang muzik. Lagu berjudul “Maria” dicipta oleh mereka selepas Ariel turut serta menganggotai kumpulan ini. Namun, lagu itu masih belum sempurna kerana mereka masih mencari vokalis yang sesuai bagi menyanyikan lagu ini. Kemudian mereka berjumpa dengan Giring sebagai vokalis yang dapat melengkapi nyanyian bagi lagu tersebut. Selepas itu, Andro telah menawarkan Adri yang selalu bersama mereka ketika sesi jamming sebagai Drummer kumpulan mereka. Mereka berempat (Ariel, Andro, Adri dan Giring) kemudiannya menghubungi Rama yang telah keluar dari kumpulan ini sebelum penciptaan lagu Maria untuk mencuba bermain bersama dimana akhirnya menemui keserasian diantara mereka. Pada awal Februari 2002, NIDJI telah menambah lagi seorang ahli kumpulan iaitu Randy (rakan karib Giring) selaku keyboardist mereka.


Bunkface + Hujan + Nidji = Konsert #GigTriplePlay! 30 June ini di KL Live! Nak tiket? 

3 comments :

Unknown said...

wahhhh wahhh bestnya ada HUJAN !! hahaha hidup raingers! uish semangat betul aisyah ni XD thanks sudi share ya kak eyfa <33

Nyamuk Terbang said...

mnat hujan ^^
yeay dh click

udie joe said...

nidji go go go!

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com