Tuesday, June 5

Tiga pelajar SMK Mahsuri maut | Yasmin Hunwick

Assalamualaikum

Berita Harian Online | LANGKAWI: Tiga remaja perempuan yang menaiki sebuah motosikal tanpa topi keledar, maut dilanggar sebuah van ketika membuat pusingan U di Padang Gaung, di sini tengah malam kelmarin.


Yasmin Johari, 17, dan Nor Hazwani Mansor serta Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing 16 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Yasmin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Mahsuri, manakala dua lagi dipercayai pelancong. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika mereka menaiki motosikal dari arah Kuah menghala Ulu Melaka.

Mayat dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarga, tengah hari semalam.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah, berkata berdasarkan maklumat, motosikal dilanggar van pelancong dari arah Ulu Melaka yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun.

Siasatan awal mendapati van terbabit gagal mengelak motosikal yang cuba melakukan pusingan U, sebelum merempuhnya. Pemandu van berkenaan selamat,” katanya.

Harith berkata polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Notes : Adakah Yasmin Johari ni adalah Yasmin Hunwick? BACA SINI

14 comments :

Anum said...

al-fatihah

Amanina said...

ada baca jugak ni. menyayat hati sungguh.

ehem2. comey cursor.

Admin said...

al faithah

RamRamCute said...

al-fatihah...semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Salam takziah untuk keluarga.

Unknown said...

Heboh pasal Yasmin Hunwick kat Twitter beberapa hari yang lepas. Al-Fatihah buat Yasmin.

Anonymous said...

Al-Fatihah..

ramai yang cakap itu adalah beliau. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang meriman.. amin.

LiNda said...

al-fatihah. Haah, dia yasmin J hunwick.Semoga dia tenang disane.

Unknown said...

al-fatihah...
jadi pengajaran...

Addawiya Zaini said...

paper pun silap ka ? haihh . Yasmin student smk mahsuri . yang lagi dua orang tu student smk kelibang la .

Nyamuk Terbang said...

ya allah yasmin hunwick ker dlm paper nie...al fatihah

Yumida said...

al-fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat

::CIK LYNN:: said...

alfatihah...

ct kektus said...

kesian dia. dah lah comel orangnya kn. :))

Unknown said...

masanya sudah tiba, al-fatihah buat yasmin..

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com