Tuesday, January 17

Budi bahasa budaya kita.

Assalamualaikum.

Kononnya orang melayu ni pernuh dengan adab sopan dan berbudi bahasa. Tetapi semua ni telah luput di telan zaman. Makin lama makin payah nak jumpa orang yang berbudi bahasa and yang beradab sopan ni. Lagi-lagi melayu!

Aku bukan nak kondem melayu. Aku pun melayu juga kan. Tapi tu lah. Dah kenyataan. Aku tak cakap SEMUA cuma kebanyakkan sahaja. Jangan salah faham dekat sini. 

Aku ada story sikit nak bagi tahu. Aku kan duduk rumah sewa so, memang tiap-tiap minggu aku akan balik ke rumah parents aku di Taman Keramat. So, barang-barang aku memang semua aku akan bawa masuk dalam bilik dan kunci bilik.

Last week aku terlupa nak masukkan baldi dalam bilik. Maklum lah dah duduk rumah sewa kadang-kadang aku malas nak berkira sangat walaupun kami satu rumah tak bergaul. Ada salah seorang housemate aku ni pinjam baldi aku yang aku tertinggal dekat luar pintu tu.

Aku tak pasti siapa yang guna baldi aku tu sebab masa aku balik aku dah nampak baldi aku dalam bilik air berisikan baju yang di rendam. Aku pun buat tak tahu lah kan sebab malas nak kecoh-kecoh pasal baldi seketul je.

Housemate aku ni pinjam dah lah tak bagi tahu. Aku tunggu juga dia basuh baju yang ada dalam baldi aku tu sebab aku nak guna baldi tu. Tapi tak usik2 pun baju dalam tu dalam dua hari. Aku pun cari ah siapa punya keja yang pakai barang orang tapi xmintak izin ni.

Lepas aku dah tanya ada seorang kakak rumah aku ni (housemate) dia cakap baju dia. Lepas tu dia buang air kotor dlm baldi tu then dia perah baju dia terus dia pergi sidai. Then dia biar aje baldi aku tu dalam toilet. Dah la masa aku tanya tu muka stok muka tak bersalah aje. 

Dah lah pinjam tak bagitahu, lepas tu taknak mintak maaf. Then terima kasih pun tak ada. Kesian aku tengok dia. Muka cantik, tapi tak beradab! Ini mesti jenis perempuan bila depan lelaki, perangai macam malaikat, belakang-belakang perangai serupa tahi!

Lepas tu pagi tadi aku terserempak dengan dia dekat dapur dia curi-curi nak minum susu kotak yang aku beli. Dia nampak aku pandang lepas tu dia letak balik. Shial je nak songlap barang-barang aku.


Lain kali kalau nak makan or pakai barang-barang aku sila lah MINTAK. Aku bukan jenis kedekut and lagi satu tolong lah cakap terima kasih kalau dah pinjam barang orang tu. Kau belajar pandai-pandai ada Degree tapi adab pun tak tahu aku rasa baik kau berhenti belajar je weh! Hikhok ^^

Akhir kata, majulah sukan untuk negara! KBAI~

3 comments :

abgDude a.k.a kai said...

ape guna muka cantik...
tapi prangai mak datuk..
memamg mintak kene maki...

=New Entri===
http://kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/follower-tu-penting-ke.html

Miss Purple Ungu said...

sabo aje la klu dpt housemate camtu huhu :(

Shuhaida Subri said...

Aii awk.. Sy pinjam gambar budi bahasa budaya kita tu kat entry ni. http://shuhaidablog.blogspot.com/2012/05/orang-malaysia-xde-kesedaran.html

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com