Friday, January 13

Voucher Buku 1 Malaysia

Assalamualaikum.

Hari ni hari jumaat, baru ada masa nak update blog kesayangan ni. Maklum lah minggu pertama masuk kolej memang busy sikit banyak hal nak kena uruskan. So far everything is okay. Walaupun kebanyakkan lect yang mengajar aku hanya tua setahun daripada aku. Hikhok.

Sebut pasal belajar kan semua pelajar IPTA/IPTS dapat voucher buku 1 Malaysia yang bernilai RM200. Voucher ini tidak boleh di tukar dengan wang ringgit. Kerajaan memang pandai dia tahu kalau boleh tukar cash karang RM200 tu sure-sure habis ke tempat lain. HAHA.


Aku terus terang lah kan. Aku ni bukan jenis suka membaca. Lagi-lagi buku berkenaan dengan fakta-fakta tu. Jemm otak aku kalau baca. Ini kan nak beli? Aku rasa macam nak koyak aje voucher yang aku dapat ni. Tapi...................

Fikir-fikir balik, dari aku koyak baik aku beli novel kan. boleh tak agaknya? Novel pun buku juga kan? tapi muntah la aku nak baca novel banyak-banyak kan. Kang habis semua air mata aku dekat novel aje. Aku ni dah lah feeling lebih sikit ^.^

Kalau tak boleh beli novel, aku cadang nak beli buku kanak-kanak, lepas tu nak jadi sales girl jual buku en dekat gerai-gerai makan, dapat juga duit! HAHAHAHA. Kalau tak boleh gak.....Hmmm, beli ajelah buku apa-apa sampai habis RM200 tu. Kalau tak membazir aje. 

KBAI~

7 comments :

Anis Adila Aris said...

jom beli buku bnyak2 pastu baca sampai lebam

abgDude a.k.a kai said...

ala x berkesempatan nk join.

-syira- said...

bestnya dpt!sy xdpt voucher niee..kalo dpt best gak dpt beli novel byk9!

Azzah said...

prefer beli novel bnyak2..:)

ezy.fia said...

mmbr saye siap ckp nk beli novel byk2..
mknenye mmg boleh beli novel la 2.. haha

Anonymous said...

boleh ke beli novel smua2 tu? setahu cikgu dh listkan buku2 utk dibeli

soniacamili said...

baru nak pi ambik voucher.. shopping sakan nie...

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com