Thursday, April 5

Entry mendidih menahan geram!

Assalamualaikum.

Maaf lah kadang-kadang aku tak tahu nak luahkan masalah aku dekat sape. Blog ni jelah selalu jadi peneman aku. Aku sebenarnya tengah menirap rap rap rappp dengan sorang kawan aku ni. Actually aku dah lama juga kawan dengan dia.

Yelah bila kawan susah dah tentu la aku tolong, tapi masalahnya bila aku susah tak ada siapa yang nak tolong. Aku rasa menyirap rap rap rappp sangat! Mendidih otak aku ni tahan geram weh. Aku bukan nak mintak tolong apa pun. Mintak tolong bayar hutang dia pada aku aje. Itu pun susah sangat.


Nak sound, aku rasa dah berapa kali aku sound tapi dia buat batu aje. Lepas tu yang bikin aku lagi geram, bukan main lagi show off gaji belambak-lambak, lepas tu bila aku mintak banyar hutang, langsung senyap. Senyap x apa lagi. Terus dia block aku dari friendlist dia.

Amboi! Amboi!

Tak mengapa. Kat dunia memang kau boleh lari. Kalau kau baca blog aku ni wahai kawan, satu je pesan aku pada kau. Kalau kau taknak bayar baik kau datang minta maaf dekat aku sebelum aku tidak halalkan semua hutang kau pada aku, dan kat akhirat nanti tolong jangan terhegeh-hegeh cari aku untuk halalkan hutang kau di dunia.

Sekian.


Yang sedang mendidih,
EYFAalias.


15 comments :

aizuddin said...

sabaq naaa =)

CikMai said...

mintak je ... biar dia tension lama2 dia byr la nty...

*zafirah elfishy* said...

sabar2..^^
Fira pun pantang org yang pandai huatng tapi xreti nak bayar.huhu
p/s:jenguk blog fira ya?:)

ary_lee said...

Ish3.. Actually, ary pun ada gak kawan mcm tu..
Tapi, kalau ary nk minx duit ary balik..
ary cakap mcm ni..
Wei, aku da xde wit ar.. boleh x kau byr duit rm10 yg ko pinjam nuh?

adam narzuan said...

ramai manusia yang pandai berhutang tapi buat-buat tak pandai bayar hutang...

udie joe said...

erk..marah ke..bwk b'sabar okey..

Ana Farhana said...

huuu.. bersabar ye.. kwn mmg bermacam macam

Izzul Amir said...

geramnya orang perangai mcm ni. doakan lah dia dapat hidayah suruh bayar

Izzul Amir said...

geramnya orang perangai mcm ni. doakan lah dia dapat hidayah suruh bayar

Ini Kisah Tia said...

wah! nampak sangat pendidihannya tu ..

kura said...

report polis je kak eyfa. hahaha

Pka Rahim said...

hi..!
jom baca entry baru pka.

http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/ziela-make-up-by-pka-rahim.html

tq :)

Ahmad Haziq Azlan said...

wah yang mendidih eyfaalias

sabar sabar

susah jugak bila orang taknak nayar hutang ni

Cik Nur said...

ikutkan hati mmg geram..!
tapi byk2kan bsabo ye. :)

Ezy Chiaki said...

plng nyampah ngn manusia yg liat nk bayo utang ni..
hoho

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com