Monday, April 30

The Avengers terbaik !

Assalamualaikum.





Ehem ehemm! First sekali aku nak belagak sikit malam tadi aku tengok cerita The Avengers dekat Golden Screen Cinema (GSC) Pavillion, Kuala Lumpur. HAHAHA. Siapa yang tak tengok lagi sila lah mencuburui diriku ini okay.

The Avengers cerita dia memang superb! Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni.

Dari mula sampai habis memang x ada part yang tak best. Semua best! Ada sesetengah part yang serius kelaka. Bukan main kuat aku gelak dalam panggung tu.


Aku bab nak review ni memang tak pandai. Korang kena pergi tengok dan alaminya sendiri. Cewahh! Apa-apa pun cerita ni aku recommend kan sebagai cerita yang korang wajib tengok dekat wayang!! Kalau tak tengok rugi besarr!

KBAI~

P/S : Dah habis baca? Cuba CLICK SINI !

Sunday, April 29

Blog aku berat ke ringan?

Assalamualaikum.


Tadi aku boring-boring aku edit la sikit-sikit blog aku ni. Konon-konon nak ringankan blog. Tapi aku rasa macam makin berat pulak. Tapi aku dah timbang berat blog aku. 


Apa pendapat korang?
Adakah blog ni terlampau berat? Berat sikit? Biasa-biasa aje? Or ringan?

Sila jawab dengan jujur sebab sebelum ni ada yang sesetangah orang cakap berat sikit and ada yang cakap okay aje. Aku pun blur ni. So sila bagi jawapan jujur dan sejujur-jujurnya okay.

Kalau blog aku berat, tolong suggest kan macam mana aku nak ringan kan sikit blog aku ni supaya korang selalu datang sini. Hikhik~

Tadi aku dah google macam mana nak ringankan blog, ada macam-macam cara but aku xsure which one yang okay. So mintak tolong korang suggestkan macam mana nak ringankan blog dengan cara paling mudah dan simple. Hewheww.

Terima kasih.
Sayangggggggg korang. Hehe ^.^

Saturday, April 28

Faizal Tahir Vs. Cliff Omar

Assalamualaikum.


Tadi tengok Mania Astro tetiba aku rasa aku jatuh cinta dengan Cliff Omar (Projek Pistol) ! Waduh waduh! Gimana sih? Huhu. Aku memang pantang kalau tengok lelaki rambut panjang ni. Hati aku berdebar-debar bila tengok lelaki rambut panjang ni. HAHA.


Alamak sorry Faizal Tahir aku tercurang kejap! Maaf ya! HAHA. Aku tetap sukakan kau F.T no worries okay. Cliff Omar ni spare part aje. Cewahhh! Hewhewww. Cliff Omar ni dah kahwin ke belum eh? Aku tengok sebelum ni tak lah handsome mana. Tapi tetiba tadi aku tengok terhandsome pulak. HAHA.


Faizal Tahir Vs. Cliff Omar ? Dua-dua aku suka. Hewheww. Korang suka siapa? ke tak suka dua-dua? HAHA.

Tutorial Register GushCloud | Apa itu GushCloud?

Assalamualaikum.

Tahu tak apa itu GUSHCLOUD? Kalau tak tahu, GushCloud ni adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan melalui Facebook dan Twitter. Sebelum ni korang belum pernah kan dengar GushCloud? Selalu Churpchurp ataupun Says.my.

Actually GushCloud pun lebih kurang aja konsepnya cuma GushCloud akan membayar

- USD$0.80 per Facebook Wall Post
- USD$0.10 per Facebook like
- USD$0.80 per Twitter update
- USD$0.10 per Follow twitter

So, kira up sikit la kan bayaran tu. But pokok pangkalnya kena rajin lah. Itu aje. Kalau malas, nak duduk goyang kaki tapi duit masuk memang tak dapat lah kan. For more information pasal GushCloud ni sila RUJUK SINI okay.

Macam biasa, kalau nak register bayarannya adalah RM0.00 bermakna ianya percuma! So, siapa yang rajin nak buat duit lebih, selain Churpchurp dan Says.My korang juga boleh jadikan GushCloud sebagai tempat untuk menjana pendapatan sambilan. 

Aku dah register. Korang bila lagi? :)

Bagaimana nak sertai atau register GushCloud ni? Jom aku ajarkan ya! ^.^

Step 1 : Klik banner bawah ni.


Step 2 : Pilih salah satu daripada 'Sign in With Facebook' atau 'Sign in With Twitter'.

Nota Kaki* - Anda daftar melalui salah satu sahaja dahulu, katakan 'Sign in With Facebook' dulu nanti boleh 'Sign in With Twitter' dan kemudian akan ada 'option' untuk gabungkan akaun tersebut.

Step 3 : Lihat tawaran kerja di ' Get Reward '.


Step 4 : Klik 'Gush This' untuk terima Kerja yang dipilih.

Step 5 : Buat kerja mengikut arahan yang diberikan dan tunggu bayaran anda disahkan ke dalam akaun.

Step 6 : Siap satu tugasan anda, anda boleh beralih kepada tugasan yang lain pulak.

Step 7 : Selesai.

SELAMAT MENCUBA ^_^

Friday, April 27

Bapa kepada Nadia AF6 meninggal dunia.

Assalamualaikum



Aku dapat berita ni tadi petang daripada ayah aku yang ayah Nadia AF6 telah meninggal dunia pada malam jumaat dalam pukul 12 tengah malam. Aku pun rasa macam terkejut juga sebab arwah aku tengok sihat sejahtera aje sebelum ni bila dia ada datang Medan Selera Setiawangsa tu. Tapi tak sangka pula kan. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. 

Al-Fatihah.

Untuk Maklumat lanjut sila ke www.murai.com.my

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI


BLOG AKU BEST KE TIDAK? 
SILA BAGI PENDAPAT ANDA BERSERTA URL BLOG ANDA.
THANK YOU.

Wednesday, April 25

BabyQis Shop | Online Shop

Assalamualaikum.

Kepada ibubapa sekalian, ada berita baik untuk anda semua. Pada ibubapa yang rajin membeli pakaian bayi secara online boleh lah datang jenguk-jenguk or singgah ke BABYQIS SHOP untuk melihat koleksi pakaian bayi yang cecomel untuk baby anda.


Cewah! Promote habis! HAHA. Okay actually abang aku sedang mencuba mencuburi bidang niaga online ni. So, aku sebagai adik aku bagi lah sokongan pada abang aku ni kan. Aku kan adik yang baik. Hewhew.

Aku pun sebenarnya dah lama nak buat business online ni, but tengah survery-survey dulu, insya'allah ada rezeki lebih nanti aku buat.

So tunggu apa lagi. Ibu-ibu bapak-bapak, saudara-mara, adik, abang dan sewaktu dengannya jom like BABYQIS SHOP sebagai tanda sokongan anda.

Usha-usha dulu. Kalau ada yang berkenan boleh lah beli untuk anak ke, anak buah ke anak tiri ke or anak jiran sebelah. Tapi anak kucing xboleh lah kan. Hehe.

Buat masa ni masih belum banyak koleksi, insya'allah akan di berbanyakkan dari masa ke semasa okay. Thank you kawan-kawan. Happy shopping =)

Tuesday, April 24

Restaurant German Deli Imbiss, Ampang

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak update pasal makanan lagi. Hari tu aku buat entry pasal Yd Yazid Burger [ RUJUK SINI ] dan kali ni nak cerita pasal Restaurant German Deli Imbiss pulak.

Siapa yang pernah rasa makan dekat Restaurant German Deli Imbiss? Please angkat tangan! Hewheww. German Deli Imbiss Restaurant ni actually macam McD, KFC and any fast food yang lain. Dia sikit lebih kurang lah tapi burger dekat sini ada size contohnya size XL and XXL.

Antara menu yang ada.








Ada banyak lagi menunya actually tapi penat pulak nak copy paste gambar-gambar tu. Hehe. Aku pernah cuba sekali aje. Not bad lah rasanya. Korang patut cuba okay! Sekali cuba pasti nak lagi. Hewheww.

Restaurant German Deli Imbissni dekat area Ampang aje. Tak jauh dari rumah aku, so siapa nak g macam biasa singgah rumah aku, ambil aku dulu baru g makan k? HAHAA. Opsss lupa! More info sila ke SINI okay.

KBAI~

Saturday, April 21

Busy mengalah kan PM!

Assalamualaikum.

Perasan tak aku dah lama tak update blog? Kesian blog aku. Sawang berada di mana-mana. HAHA. Maaf lah ya aku bukan sengaja taknak update tapi aku sangat banyak benda nak kena siapkan. Sobss!

Sampaikan nak makan pun tak ada masa (okay ni aku tipu!) HAHA. Aku tak makan? Aku rasa boleh terbalik dunia ni bila aku xsempat nak curi masa untuk makan.

Class pun aku sanggup datang lewat demi makan. Ceh! Cerita pasal makan pulak. Actually aku busy sebab final is around the corner.

So, aku tak boleh main-main dah waktu-waktu macam ni sebenarnya tapi aku termain gak sikit-sikit. Hehe. Aku sebenarnya baru aje lepas buat Mock Meeting and Mock Interview.


Mock Meeting aku siap jadi chairman, mana aku tak busy? Dah kata pun chairman. HAHA. Alhamdulillah meeting tu berjalan dengan lancar. Tapi Mock Interview ni aku rasa macam gugup sikit. Maklum ler walaupun interview ni interview main-main aje. 

Tapi soalannya mengalahkan soalan interview yang betul. Dah la asik asik nama aku aje first. Dah nama aku AFIFAH BINTI ALIAS. Dari dulu sampai sekarang nama aku yang first kalau kena buat apa-apa. Apa lah nasib aku.

So far interview tu pun okay kot aku rasa. Sekarang ni tengah prepare untuk presentation pulak. Aiyo! Dah nak final ni lah macam-macam kena buat. Hehe.

Okay la sampai sini je perkembangan terbaru aku. Cewah! bajet-bajet retis kejap. HAHAHAHAHA (gelak guling-guling) aku blah dulu. Nak siap-siap nak pergi Konsert Mania Astro malam ni. Hewheww.

KBAI~ 

Saturday, April 14

Jangan jadi perampas!

Assalamualaikum.

Isteri mana yang rela suaminya di rampas oleh perempuan lain? atau dalam bahasa cute lagi sopan sikit, isteri mana yang rela di madukan atau di ceraikan kerana perempuan lain? Aku rasa tak ada kot. 

Aku rasa semua orang tahu, merobohkan masjid orang lain adalah berdosa. Tapi kadang-kadang aku rasa semua macam buat-buat tak tahu aje.

Aku tak tahu lah, salah isteri yang tak pandai jaga suami ataupun si suami yang salah sebab tak pandai kawal nafsu perasaan? Hmmm. Aku rasa menyampah kadang-kadang dengan perempuan yang suka kacau suami orang. Aku tahu cinta tu datang sendiri bukan korang yang paksa.

But benda tu boleh elak kan? Kau dah tahu dia suami orang, kenapa masih nak layan? =.="

Lelaki pun satu, gatal ! Tahu lah awak tu dah ada pengalaman, dah tahu macam mana nak layan perempuan dengan baik, kesimpulannya kira dah expert lah kan pasal perempuan ni. Jangan lah nak ambil kesempatan game perempuan lain and hancurkan hati isteri awak dekat rumah tuu.

Wahai perempuan, korang kena ingat hidup ni seumpama roda, mungkin hari ni kau di atas dan esuk lusa mungkin kau di bawah. Siapa tahu kan? So, kalau boleh elak sila lah elak. Cuba la bayangkan if perempuan lain rampas ayah korang dari mak korang. Suka tak? Tak suka kan?

So, tolong jauhi dari suami orang!



JOM REGISTER CHURPCHURP? PERCUMA SAHAJA !!

Friday, April 13

50% so good | KFC Malaysia

Asalamualaikum.



Siapa suka makan KFC? Angkat tangan! Hewheww.

Kepada peminat tegar KFC ini adalah peluang ke'emasan anda untuk mendapat potongan harga 50% untuk satu hidangan KFC dengan cara.....

RM0.01 to Cash Out | Churpchurp

Assalamualaikum.

Tadi aku bukak Churpchurp sebab nak check current earning aku. Aku ingatkan dah boleh cash out sebab hari tu tinggal lagi beberapa puluh sen aje dah boleh cash out.

Tup tup aku bukak.........


RM0.01 to CASH OUT? Damn it! Are you kidding me Churpchurp? Satu sen pun berkira ke? HAHA. Jem pulak kepala otak aku tengok satu sen ni. Isk iskk. Dah jenuh aku promote ni sampai berpeluh tumit kaki aku. Hewheww.

Hari ni nak promote lagi, esuk boleh la tekan button cash out tu untuk kali ke tiga. Yayyy!!!

Korang nak juga? Kalau nak jom register churpchurp sekarang. Hanya ambil beberapa minit aje untuk register. Kalau setakat online kosong pon x guna jugak kan? Kalau join churpchurp boleh juga dapat duit jajan ye dak? Hewheww.

KBAI.

Wednesday, April 11

Yb Yazid Burger, Shah Alam.

Assalamualaikum.



Kelmarin aku sebuk duk sanggap Burger Bakar but sekarang ni aku dah rasa terliur nak rasa Yb Yazid Burger pulak. Haaaa. Aku rasa bab makan-makan ni aku laju jeee. HAHA.

Yb Yazid Burger ni burger apa pulak?

Aku rasa ini adalah burger paling besar yang pernah aku tengok. HAHA. Apa tak percaya cakap aku? Lek lek dulu. Aku pernah ke tipu korang bab makan-makan ni? Hewhewww.



Now? Korang nak percaya tak cakap aku? Tak silap aku burger ni harganya lebih kurang RM20 sahaja. Murah kan? Ehemmm. Ini kalau siapa ada bela saka aku nasihatkan makan burger ni, garenti saka korang kenyang setahun! HAHAHA. Okay okay aku gurau jee. Burger besar macam ni sure kongsi 4 orang baru habis. Tapi xtau la kalau korang nafsu kuda kan makan banyak. Hewheww.

Actually aku belum pernah rasa lagi, sebab Yb Yazid Burger ni dekat area Shah Alam, so siapa yang teringin nak makan, jom la ajak aku sekali gak. Aku pun nak gak rasa. Tapi Keramat ke Shah Alam jauh kot, aku ni dah la buta jalan. Kang tak pasal-pasal sesat.

Hmm. Ada sesiapa nak bawak aku g makan Yb Yazid Burger ni tak? Please plaseeeee! :(

Opsss lupa! More info boleh ke laman blog YB YAZID BUGER okay.

Monday, April 9

Pihak kami akan keluarkan saman.

Assalamualaikum.

Semalam, aku ada publish kat satu web untuk beli handphone second hand. Tak lama lepas tu ada satu number message aku kata dia nak jual Blackberry dia. Kebetulan memang aku nak cari Blackberry untuk kawan aku.

Then aku suruh la dia hold dulu phone tu nanti aku akan confirm kan balik dekat dia and then memula dia kata okay aje. Aku mintak kurang, dia nak tolak Blackberry tu RM280 aku mintak RM250 then dia kasi aku RM240 so kira memang murah lah. Sangat murah okay sebab dia kata dia baru guna phone tu tak sampai sebulan pun.

Aku rasa macam susah sikit nak percaya, aku cadang nak jumpa dia nk tengok phone tu then dia duduk area Perak memang tak lah kan. Pastu aku cakap hold lagi phone tu aku nak fikir dulu. Lepas tu dia macam gesa-gesa aku.

Aku dah la dalam class time tu, aku cakap kalau confrim aku akan bank in by today before 5 PM then aku fikir-fikir balik baik aku cari bebudak area KL boleh juga tengok condition handphone tu. Aku pun cancelkan lah dengan budak ni. Lepas tu.........................


Aku rasa macam "Err... Kau okay tak ni nak saman aku tanpa sebab? Kau ingat aku student aku ilmu tak tinggi? kau boleh nak saman aku sesuka hati?"


Adat berniaga? Hello! Aku pun berniaga, kau ingat aku xtau law pasal perniagaan? Kau tak tahu pulak sekarang ni aku tengah study law? Kau ingat kau boleh nak kencing or nak game aku sesuka hati kau? Silap orang la minah!

Tadi bukan main "Semoga Allah rahmati hidup kamu" Sekarang bila aku dah sound, kau cakap lucah-lucah pulak. Kau okay tak ni budak? Dia kata dia dah post barang tu, macam la aku tak boleh return balik kan? and then aku belum BAYAR lagi kot tak lagi. Ada ke peniaga if customer belum bayar dah sebuk nak post barang? Ada?


Lepas tu kalau dah post mesti ada trekking number. Aku mintak Trekking number terus dia reply "P jilat **** bf kau la k" Tetiba pulak nak marah. Aku rasa macam nak tergelak tengok orang macam ni. Kayo sangat agaknya kerja nak menyaman orang.

Bukak file kes aje dah RM1500 dan ke atas. Aku rasa dia ni anak Tan Sri ke, Dato' ke kan sesuka hati nak saman orang tanpa sebab. Kesian. Kau salah pilih lawan la. Sila cuba lain kali ya!

KBAI~

‎7 Sebab Anda Gagal Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum.


‎7 Sebab Anda Gagal Turunkan Berat Badan

Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah lama berdiet, namun hasilnya AGAK mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur. Memang SEDIH.

Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!

Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi. Bukan tak jadi lah! Kurang menjadi jer

1. Elak waktu makan

Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.

Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.

Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.

2. Enggan bersenam

Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.

3. Enggan menyentuh kalori

Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;
Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
Wanita ~ 2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.

4. Hanya makan buah dan sayur

Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

5. Suka salad mayonis

Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.

6. Tak minum susu langsung

Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?
Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.

7. Penurunan berat badan yang mendadak

Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.

Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.

Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa saya dah puas berdiet, tapi berat masih gak tak turun-turun?" terjawab.


Sunday, April 8

Konsert Mania Astro, Bukit Jalil

Assalamualaikum.


Malam tadi alhamdulillah ada kawan aku ajak tengok Konsert Mania Astro sebab kawan aku dapat tiket free. Yeehaaaa! Aku rasa first time aku pergi Konsert jenis macam ni. Selalunya aku tak minat sangat. Tapi dah orang ajak, free pulak tu bak kata orang tua-tua tak baik tolak rezeki kan. Hewheww! ^.^

Masa aku sampai Dewa Sri Putra, Bukit Jalil ngam-ngam keluar kereta aje hujan. Aku ni jenis tak suka nak berpayung-payung ni maka aku dengan selumber buat muka tak bersalah, aku redah hujan tu. Akibatnya aku pakaian aku sedikit basah. Tapi tak ada lah sampai basah lenjun kan? Hehe.


Memula sampai, aku tak tahu sebenarnya nak sokong siapa sebab aku kurang berminat nak ambil tahu hal-hal dunia hiburan ni, tapi masa dah masuk dalam, aku rasa semua artis aku sokong. Aku sokong sebab apa? Sebab nak ambil semangat konsert tu aje. HAHA.


Kesimpulan konsert tu okay la. Cuma Jack ada terkucil and salah lirik masa bawak lagu yuna tu, then Kristal, Akim AF, Hazama, Chaq, Staby Stacy and yang lain-lain tu okay la cuma aku rasa macam tak sangka pulak Chaq terkeluar malam tu sebab malam tu performance dia sangat okay and di luar jangkaan aku.


Amboi. Bukan main lagi aku bagi comment, kalah judges. HAHA. Aku rasa macam next week nak pergi lagi aje konsert tu. Tapi tak tahu la dapat lagi ke tidak tiket free tu. Hewheww. Kalau dapat tiket free lagi alangkah bahagia hidup aku. HAHA.

KBAI~

Saturday, April 7

Kelebihan/Kebaikan Air Masak/Kosong

Assalamualaikum.


Tahukah anda tentang kelebihan dan kebaikan air masak ataupun air kosong? Rasanya ramai yang tak tahu kot. Hewheww. Jom tengok apa kelebihan and kebaikannya? :)

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

So, dah tahu lepas ni amalkan lah minum air masak ataupun air kosong ya! :) hewheww

Si boros!

Assalamualaikum.

Aku rasa perempuan ni dengan shopping memang tak dapat nak di pisahkan lah. Aku pun tak tahu kenapa dan kenapa? HAHA.

Aku paling pantang kalau nampak baju lawa-lawa, lagi-lagi kalau kat online shop ni. Aduh! Kejap lagi gatal la tangan aku order sana and order sini. Tapi bila barang sampai, kebanyakkan aku tak pakai. Kalau pakai pun sekali dua aje lepas tu aku bagi orang.


Ya ya! Aku tahu aku ni boros dan suka membazir. Syaitan syaitan! Eeee aii. Aku sekarang tengah belajar nak simpan duit ni, duit aku banyak habis dekat benda-benda yang tak berfaedah, contohnya macam makan mewah-mewah, selalu melepak tiap-tiap malam, tengok wayang kadang-kadang seminggu dua tiga kali, beli barang lepas tu tak pakai, and banyak lagi la pembaziran.
Kalau nak senarai satu-satu aku rasa sampai ke sudah tak habis senarai. HAHA. Sekarang ni aku tengah tahan nafsu shopping aku. Target aku next year nak keluar kereta so, tak boleh nak boros lagi dah lepas ni.

TAPI..............

Bila aku duk tengok barang-barang tu aku jadi geram sebab tak dapat beli! Tension pun ada. Aku tak tahu lah macam mana nak selesaikan masalah aku ni. Nasihat orang pandai, aku membebel suruh kawan-kawan aku jangan boross. Padahal aku sendiri boros. HAHA.

Kalau kawan aku baca ni mesti dia nak hempok aku. Umpama ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Lebih kurang macam tu lah. Hehe. Takpe takpe. Aku cuba. Aku janji tak boros dah. Insya'allah :)

KBAI~

Thursday, April 5

Entry mendidih menahan geram!

Assalamualaikum.

Maaf lah kadang-kadang aku tak tahu nak luahkan masalah aku dekat sape. Blog ni jelah selalu jadi peneman aku. Aku sebenarnya tengah menirap rap rap rappp dengan sorang kawan aku ni. Actually aku dah lama juga kawan dengan dia.

Yelah bila kawan susah dah tentu la aku tolong, tapi masalahnya bila aku susah tak ada siapa yang nak tolong. Aku rasa menyirap rap rap rappp sangat! Mendidih otak aku ni tahan geram weh. Aku bukan nak mintak tolong apa pun. Mintak tolong bayar hutang dia pada aku aje. Itu pun susah sangat.


Nak sound, aku rasa dah berapa kali aku sound tapi dia buat batu aje. Lepas tu yang bikin aku lagi geram, bukan main lagi show off gaji belambak-lambak, lepas tu bila aku mintak banyar hutang, langsung senyap. Senyap x apa lagi. Terus dia block aku dari friendlist dia.

Amboi! Amboi!

Tak mengapa. Kat dunia memang kau boleh lari. Kalau kau baca blog aku ni wahai kawan, satu je pesan aku pada kau. Kalau kau taknak bayar baik kau datang minta maaf dekat aku sebelum aku tidak halalkan semua hutang kau pada aku, dan kat akhirat nanti tolong jangan terhegeh-hegeh cari aku untuk halalkan hutang kau di dunia.

Sekian.


Yang sedang mendidih,
EYFAalias.


Wednesday, April 4

Syurga atau Neraka itu adalah pilihan kamu

Assalamualaikum. 



“Weh sexynya gambar kau dekat fb, siap peluk-peluk lagi dengan boyfriend kau. Kelas kau Maria“ 

“Sweetkan? Jeles lew tueww“ 

“Sweet memang sweet tapi kau tak segan ke paparkan dosa sendiri and aibkan diri sendiri dekat orang ramai?“ 

“Ceh, suka hati aku lah nak letak gambar aku dgn bf aku kt fb aku, bukan fb kau pun. Macam la aku share fb ni dengan kau. Jangan jadi penyibuk boleh?“

“Aku bukan penyibuk. Aku cuma bagitahu aje. Sorry“

“Jangan nak sibuk sangat jaga tepi kain orang lain k. Mati nanti kubur lain-lain"

“Okay" 

Kalau ini lah jawapan kamu, maka kamu fikirlah sendiri. Pilihan ada ditangan kamu, bukan ditangan aku. Antara syurga dan neraka, itu pun pilihan kamu juga. Bukan pilihan aku. Kamu tahu kenapa aku berkata begitu? Sebab kamu saudara aku. Sebab kamu kaum aku, sebab aku sayang dengan kaum aku, sebab kaum aku dikatakan menjadi sumber fitnah, sebab kaum aku lah yang banyak masuk neraka kerana kealpaan dan kebebasan mereka sendiri. 

Anggaplah ini cara aku muhasabah diri aku juga. Tetapi percayalah sebagai saudara se'islam, marilah kita mengamalkan sikap saling tegur menegur. Menegur dengan harapan ditegur. Menegur untuk kebaikan sesama saudara. Aku tahu setiap manusia mempunyai alasan sama ada untuk berbuat kebaikan atau kejahatan. 

Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari diri aku sendiri. Sekian.


Sunday, April 1

Weekend Hi-Tea, Grand Seasons Hotel

Assalamualaikum.

Jumaat malam hari tu, aku last minit dapat voucher percuma dari kakak ipar aku untuk makan-makan di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur untuk dua orang.


Sebenarnya aku dah ada plan Sabtu tu nak ke Jalan Tunku Abdul Aziz Rahman untuk membeli belah dengan kawan-kawan aku. Tapi di sebabkan aku dapat voucher ni, aku delay kan sedikit masa untuk pergi jalan TAR tu.

Aku pergi dengan kawan aku Shaiful Jasni. Aku ni jenis penakut tak kena tempat sikit. Aku sampai-sampai aje aku suruh dia yang tanya pasal Voucher tu. Maklumlah aku tak pernah makan dekat tempat mahal-mahal ni. Tu yang kalut sikit. HAHA.

Tapi bila dah sampai sana, mula la perangai pelahab aku datang. Aku pandang tengok banyak-banyak makanan, lagi-lagi free pulak tu memang dah tak boleh cover dah perangai pelahab tu. HAHA. Jom nak tanyang sikit apa yg aku makan. Hewhewww.




Sebenarnya ada banyak lagi, tapi tak sempat nak snap aku dah melantak dulu. HAHA. Sorry lah ya! =P Makanannya not bad la. Ada yang sangat sedap, ada yang sederhana sahaja, and ada yang aku rasa macam tak boleh nak telan. Huhu.

Kesimpulannya aku lebih suka makan dekat gerai tepi jalan dari makan kat hotel-hotel ni. Hewheww.

KBAI~

PACKAGE PERCUTIAN KE PERHENTIAN KECIL/SMALL ISLAND 2012 !

PACKAGE PERCUTIAN KE 
PERHENTIAN KECIL/SMALL ISLAND 




Berikut adalah pakej harga terkini yg ditawarkan utk percutian di Pulau Perhentian :

PACKAGE RM400.00/person
- accommodation at Amelia Resort (3D2N)
- location at Coral Bay (Perhentian Kecil)
- chalet w/o aircond & TV
- 2 breakfasts, 2 lunches, 2 dinners
- snorkeling 5 destinations (Kekek Bay,Lighthouse,Romantic Beach,Turtle Point & Shark Point)
- gears all included
- BBQ ( last night )
- return boat transfers from Kuala Besut Jetty
- Add RM100.00 for snorkeling at Redang & Lang Tengah island

PAKEJ SENJA BAY RESORT – RM500.00/person
- accommodation at SENJA BAY RESORT(3D2N)
- location at Coral Bay (Perhentian Kecil)
- chalet w/o aircond & TV
- 2 breakfasts, 2 lunches, 2 dinners
- snorkeling 5 destinations (Kekek Bay,Lighthouse,Romantic Beach,Turtle Point & Shark Point)
- gears all included
- BBQ ( last night )
- return boat transfers from Kuala Besut Jetty
- Add RM100.00 for snorkeling at Redang & Lang Tengah island

PAKEJ SENJA BAY RESORT – RM580.00/person
- accommodation at SENJA BAY RESORT(3D2N)
- chalet with aircond, fan & TV & Astro
- location at Coral Bay (Perhentian Kecil)
- 2 breakfasts, 2 lunches, 2 dinners
- snorkeling 5 destinations (Kekek Bay,Lighthouse,Romantic Beach,Turtle Point & Shark Point)
- gears all included
- BBQ ( last night )
- return boat transfers from Kuala Besut Jetty - Trekking ( Windmill & Long Beach )
- Add RM100.00 for snorkeling at Redang & Lang Tengah island

PACKAGE TROPICANA INN RESORT rm500.00/person
- accommodation at Tropicana Inn Resort
- location at Long Beach (Perhentian Kecil)
- chalet w/o aircond & TV
- 2 breakfasts, 2 lunches, 2 dinners
- snorkeling 5 destinations (Kekek Bay,Lighthouse,Romantic Beach,Turtle Point & Shark Point)
- gears all included
- BBQ ( last night )
- return boat transfers from Kuala Besut Jetty - Trekking ( Windmill & Long Beach )
- Add RM100.00 for snorkeling at Redang & Lang Tengah island

PACKAGE TROPICANA INN RESORT rm550.00/person
- accommodation at Tropicana Inn Resort
- location at Long Beach (Perhentian Kecil)
- chalet with aircond
- 2 breakfasts, 2 lunches, 2 dinners
- snorkeling 5 destinations (Kekek Bay,Lighthouse,Romantic Beach,Turtle Point & Shark Point)
- gears all included
- BBQ ( last night)
- return boat transfers from Kuala Besut Jetty - Trekking ( Windmill & Long Beach )
- Add RM100.00 for snorkeling at Redang & Lang Tengah island

PACKAGE SHA RI LA RESORT rm600.00/person
- accommodation at Sha Ri La Resort
- location at Coral Bay, nearest the jetty
- chalet with aircond,fan, TV & ASTRO
- 2 breakfasts, 2 lunches, 2 dinners
- snorkeling 5 destinations (Kekek Bay,Lighthouse,Romantic Beach,Turtle Point & Shark Point)
- gears all included
- BBQ ( last night )
- return boat transfers from Kuala Besut Jetty - Trekking (Windmill & Long Beach )
- Add RM100.00 for snorkeling at Redang & Lang Tengah island

*not included RM5.00 fees for Terengganu Marine Park.
*not included individual transportation cost.
*deposit will not be refund for any booking cancellation.
*package just for only Perhentian Kecil island


Note : 
  1. Deposit of 50%  is required upon confirmation payable.
  2. Deposit is non-refundable after confirmation.
  3. Peak seasons price will be different!
TEMPAHAN DI BUKA SEKARANG!

Percutian ini akan bermula Mac - September 2012 SAHAJA.
(Please PM me on Facebook  or email me at eyfaalias@ymail.com for enquiries n bookings)
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com