Assalamualaikum.
Tahukah anda tentang kelebihan dan kebaikan air masak ataupun air kosong? Rasanya ramai yang tak tahu kot. Hewheww. Jom tengok apa kelebihan and kebaikannya? :)
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
So, dah tahu lepas ni amalkan lah minum air masak ataupun air kosong ya! :) hewheww
12 comments :
menguruskan badan tu yg penting..XD
suka air masak! hilangkan dahaga klau nk bandingkan air manis
@ct kamaliah
betol2!
fiqa dah sebln amalkn 6L plain water..
cuba dan cuba jgn minum air berwarna,bergula.. :D
tahukah anda bahawa air yang guna mesin tapis sebenarnya lebih bahaya dibandingkan dengan air paip biasa kerana kandungannya adalah kosong.
semua pun betul ok.
dah try minum air bergelen2, terus rasa muka moist je :)
mnom air putih byk2 pastu byk kali g toilet.. haha
kalau air putih yg sejukkk... huhuhu.. x boleh la kalau tak kene air sejukk.. huhuhu..
tak suka air kosong= ="
nak copy-2 boley ? credit to u ?
rasanya ..minum air kosong leh mengurangkan nafsu..
@iffah najihah boleh je syg :)
Tp jgn pula over minum air kerana kalau dah terlebih sangat2 boleh buat kita keracunan darah pula dan boleh menyebabkan kematian.
Post a Comment