Wednesday, April 4

Syurga atau Neraka itu adalah pilihan kamu

Assalamualaikum. 



“Weh sexynya gambar kau dekat fb, siap peluk-peluk lagi dengan boyfriend kau. Kelas kau Maria“ 

“Sweetkan? Jeles lew tueww“ 

“Sweet memang sweet tapi kau tak segan ke paparkan dosa sendiri and aibkan diri sendiri dekat orang ramai?“ 

“Ceh, suka hati aku lah nak letak gambar aku dgn bf aku kt fb aku, bukan fb kau pun. Macam la aku share fb ni dengan kau. Jangan jadi penyibuk boleh?“

“Aku bukan penyibuk. Aku cuma bagitahu aje. Sorry“

“Jangan nak sibuk sangat jaga tepi kain orang lain k. Mati nanti kubur lain-lain"

“Okay" 

Kalau ini lah jawapan kamu, maka kamu fikirlah sendiri. Pilihan ada ditangan kamu, bukan ditangan aku. Antara syurga dan neraka, itu pun pilihan kamu juga. Bukan pilihan aku. Kamu tahu kenapa aku berkata begitu? Sebab kamu saudara aku. Sebab kamu kaum aku, sebab aku sayang dengan kaum aku, sebab kaum aku dikatakan menjadi sumber fitnah, sebab kaum aku lah yang banyak masuk neraka kerana kealpaan dan kebebasan mereka sendiri. 

Anggaplah ini cara aku muhasabah diri aku juga. Tetapi percayalah sebagai saudara se'islam, marilah kita mengamalkan sikap saling tegur menegur. Menegur dengan harapan ditegur. Menegur untuk kebaikan sesama saudara. Aku tahu setiap manusia mempunyai alasan sama ada untuk berbuat kebaikan atau kejahatan. 

Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari diri aku sendiri. Sekian.


6 comments :

ary_lee said...

Urmmmm..
Naseb bek lah ary tak macam tu^^

cg4dis said...

Tiap kali tgk gmbr pasangan bercinta yang tak segan malu tonjolkan kemesraan,jadi malu pada diri sendiri.apa yang family diorang fikir dan saudara mara mereka yang melihat. Paling penting malu pada Yang Maha Melihat.

Nour Adieb said...

Bukan kubur yang lain2 tapi liang lahad.sowt tul,wat pa lah maw upload gambar peluk2..bangga lagi tu

abgDude a.k.a kai said...

mereka da xleh di tegur sekarang...
jawapan mereka yang slalu kite dengar..

"Biar la kubur masing2.."

Tapi andai kate kubur mereka sebelah kita mcm mane laks?

=Tinggalkan Link Anda Untuk List Blog Saya!==

http://list.encikkai.com

kura said...

sebab kita bersaudara. gituuu.heheh

Ana Farhana said...

sy setuju.. byk yg letak, kte tgk ni naik nyampah jek.. tapii, tulaa kannn

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com