Friday, March 16

Aik ais kosong and air suam pun nak kena bayar ke?

Assalamualaikum.

"Aik ais kosong pun nak kena bayar?" - Customer

Kenapa kita selalu fikir, Ais kosong dengan Air Suam tu adalah percuma? Cuba bagitahu aku kenapa? cepat cepat! Adakah sebab air tu hanya air berwarna putih? atau itu adalah air yang paling senang nak buat or sediakan untuk customer ataupun air tu memang tak patut di kena kan bayaran kerana ianya hanya ais kosong or air suam? --"


Okay bagi sesiapa yang selalu nak minum air suam or ais kosong free, sila bawa air sendiri dari rumah ya? Sebab apa? Kalau kat kedai memang kena bayar okay? Meh aku nak bagitahu sebabnya.
  1. Air yang di gunakan adalah air paip dan bukannya air longkang, jadi bil air kedai siapa yang nak bayar kalau bukan dari duit ais kosong and air suam yang korang nak percuma tu?
  2. Air pula mesti lah kena masak kan? So, duit gas tak payah kira ke wahai pelanggan sekalian? melainkan kau memang suka minum air paip.
  3. Cawan. Minum mesti guna cawan kan? Habis tu siapa nak basuhkan cawan and gelas air kosong and air suam yang korang dah minum tu? Pekerja kedai tu juga kan? Habis gaji pekerja tak payah bayar ke sayang woi?
  4. Ais. Ingat ais tu turun dari langit ke? for sure lah kena beli kan? Itu termasuk sekali lah tu.
  5. Sewa kedai. Haaa. Bagi mereka yang ada restaurant or medan selera ke apa, sewa kedai lagi nak tanggung. Dah penat-penat sewa mahal-mahal kedai tu, lagi mau kasi air kosong and air suam free ke?
  6. Dah lah nak free, lepas tu mintak straw lagi tu? Amboi. Mewah hidup? straw pun kena beli ya bang. Itu pun kalau korang mintak straw pekerja kedai tu tak kira. Harga still 20sen kan?
So, fikirkan sejenak! Jangan fikir keuntungan and kesenangan korang aje. Fikirkan bagi pihak peniaga ni juga. Lagi-lagi time lunch, orang office memang akan selalu order ais kosong and air suam berbanding air lain. Tak percaya? Korang pergi tanya semua kedai-kedai berhampiran korang untuk kepastian.

So, aku nasihatkan make sure lepas ni kalau order air kosong and air suam tu jangan nak berkira sangat nak bayar ya? Air nak, bayar taknak. Tak boleh lah macam tu kan? 20sen sahaja, bukannya RM2 kan?

KBAI~

P/S : Ais kosong and air suam sekarang dah naik 30sen kan kat sesetengah kedai? ^_^

7 comments :

Nurul Amanina said...

hehehe, tak pernah lagi order air kosong..

30sen, okey lettew kan? haha

Belalang Hijau said...

uik, ni sure tuan blog ni ada kedai nih... x pun ada sepupu sepapat peniaga kedai. ye x? hehehe...

anggap jela 20 sen tu cas perkhidmatan :)

J.Syazwana said...

dah naik harga?
tak pernah taw sebab kalau bayar harga makanan tak belek satu2 pon harga dia. haha !

yad'z said...

hehe.. selalu kalau minum ais kosong dengan makanan and minuman sampingan lain, memang tak kena cas.. =)

kura said...

baiklah baiklahhhh :0 hahha

inche hlovate said...

kononnye nak jimat sebab tu order air kosong..tu bukan jimat tapi kdekut maa

Khairul D'Arena said...

hehe..memang menarik artikel ni....bersyukurla kalau taukey kedai tak kira..tapi kalau kena cas pon..byar je lew...20sen jew..tak mahal..hehe..

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com