Monday, March 5

Tangisan aneh di malam hari.

Assalamualaikum.

Ini cerita malam tadi. Masa aku tengah khusyuk duk menghafal notes dengan kawan-kawan aku dekat ruang tamu, aku jadi stress dengar kawan aku ni menghafal habis satu rumah bergema dengan suara dia aje!

Lepas tu aku pun masuk lah bilik. Baring-baring atas katil hafal notes. Lepas tu aku dengar satu suara perempuan menangis mendayu-dayu bunyinya. Macam sayup sangat. Tapi tangisan tu kedengaran sangat jeles. Aku pun berlari lah pergi ruang tamu balik utk dapatkan kawan-kawan aku.


Aku menggelupur cerita kat kawan aku, kawan aku buat tak port aje. Dia tak percaya, katanya mungkin jiran sebelah yang menangis. Aku pun rasa lega sikit lepas dia kata macam tu. Aku pun study macam biasa, lepas tu kawan aku ni hantar kawan aku lagi sorang ni balik.

30minit kemudian.....

Kawan aku masuk bilik untuk tukar baju tidur, lepas tu dia terdengar satu tangisan perempuan. Memula tangisan tu slow aje lepas tu terus jadi kuat. Kawan aku pun berlari keluar bilik macam tak cukup tanah nak lari. HAHA. 

Dengan muka cuak dia, dia kata dia pun dengar suara perempuan nangis mendayu-dayu. Lepas tu apa lagi, kami pun bukak youtube dan baca Yassin. Dah habis baca Yassin cadangnya nak sambung study. Tapi fikiran dah tak tentu arah sebab takut punya pasal.

Last-last tak study pun kami terus tidur. HAHA. Pagi konon-konon nak bangun kul 5 pagi, dah bangun lepas tu baca kejap then tertidur balik. Hari ni paper not bad lah. Tak susah and tak senang. Aku tawakal ajelah. Dah usahakan. Selebihnya serahkan pada Allah :)

Next paper, khamis ni. Masa untuk rehatkan minda.

KBAI~

13 comments :

LoveJean said...

aiyoookkkkk.....
misteri nusantara betul nih...
=D

Haruno Hana 하나 said...

bahaya2... mujur dgr suara aje.. nauzubillah..

Nurul Amanina said...

seramnye akak. saya penah dengar perempuan mengilai pkul 2pagi. cuak gila, masa tu tgh study gak. last2 tutup buku, terus tido.. alahai, seram sejuk

Mardihah said...

hurm.. takotnye.. kalau la dalam situasi tuh dah pengsan. hihi

F.U.Z.Z.Y said...

eeeeekkkk..
sapa yang nangis tuu..

Hafizin Jamil said...

saja dia nak kacau ko la tu...kah3

faridah nazurah said...

hahaha tu la sape suruh stay up sampai mlm2.. dia nak suruh kau tido la tu.

aswadz said...

tu menangis sbb tensen study notes kot...

farhan said...

jadi suara sapa yg menangis tu..

Kc Kasedah said...

cuak gilaaaa!

Diyana Norman said...

why?? kenpa aku bace entri ko memalam bute ni... sram mak aih,.

boleh tak pakai aku ko? if u dont mind hehe

kura said...

ada hantu kacau ke masa study? amboi. hantu punya hantu...

QasehSuci said...

aiyo...msiteri betul...kalau duk asrama mmg cam tu..nasib baik ramai2 kan...klu sorang2 mau kecut perut..

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com