Thursday, March 15

Bersedekah lah dengan ikhlas.

Assalamualaikum.

BERSEDEKAH, di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.


Sekarang ni kalau kita pergi mana-mana mesti tak dapat lari dari pengemis. Korang perasan tak? Maksudnya di mana-mana aje mesti ada. Tak banyak, sedikit. Kan kan? Sekarang musim agaknya. Mereka tergolong dari golongan kanak-kanak, anak yatim, orang oku, orang tua and etc.

Kadang-kadang orang sekarang dah malas ataupun dah takut untuk bersedekah sebab ramai pengemis yang menipu. Kadang-kadang ada juga yang menghalau bila pengemis ni datang minta sedekah dengan bahasa yang kasar.

"Takpe lah dik, kami semua pun anak yatim piatu macam adik. Bukannya ada duit" - Sekumpulan remaja

Orang tu datang elok-elok. Kalau taknak bagi pun, cakap elok-elok. Esuk lusa kalau korang satu table tu betul-betul jadi anak yatim piatu baru korang tahu! Tak kisah la orang tu penipu ke apa ke, yang penting NIAT korang bersedekah tu. Yang lain tu biar la urusan dia dengan Allah.


Ada juga kawan-kawan aku marah, setiap kali kami makan, ada aje yang datang minta sedekah. Aku pun kadang-kadang tak sampai hati. Kesian. Aku dua tiga kali orang datang minta sedekah, aku hulur je. Pastu kawan-kawan aku cakap ;

"Kau ni asik bagi je, mua dorang nanti! Dorang tu sendikit tahu? ada boss atas dorang Kalau ada 10 orang macam kau, kaya lah dorang nanti" - Kawan

Actually aku tahu semua tu, tapi kadang-kadang malas nak fikir. Macam aku cakap tadi, aku hanya nak membantu selainnya ke arah mana bantuan yang aku bagi tadi tu, biar la dorang nak manfaat macam mana sekali pun.

So bagi aku, sedekah tu sebenarnya bergantung kepada niat seseorang. Bersedekah lah ikut kemampuan korang. Banyak pahalanya menolong orang yang memerlukan.

KBAI~

6 comments :

Anum said...

yang penting niat kita

Miss Laviva said...

sy tak boleh tgk org mintak sedekah . kesian . tmbh2 kalau pakcik lelaki tua :(

shiema sufian said...

shiema pon tahu, kita jalankan tangungjwb kita. kalau diorg nak tipu itu urusan diorg dgn Allah. kan ?

CekbOlat-bOlat said...

serius kesian, tpi kawan2 ckp mcm2.. hmm..

CIK YAYA'NA said...

yg penting ikhlas dan ta perlu menunjuk-nunjuk,, :)

izfanora said...

betul tue.. kadang2 serba-salah bila tak bagi. yg paling susah bila yg dtg tue bukan org islam..

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com