Friday, March 16

Kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan.

Assamualaikum

Pernah dapat sms or any pesanan macam bawah ni?  (Sila pandang bawah dengan segera) Aku kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada bila baca pesanan-pesanan macam ni. Tapi ada juga yang percaya dan sebarkan benda-benda macam ni, kalau takkan lah boleh sampai pesanan ni dekat kita kan? :)

""Maaf, yg tidak bca mendapat ACCIDENT besok,, aminn ...........dan tolong baca dgn sangat teliti.seorang anak dari aceh barat, di tubuh anak itu trdpt tulisan nama Allah dan anak itupun bisa bicara dgn hewan2 apapun. Ini tanda kiamat, saya bersumpah saya akan menyebarkan ini ke 19 teman saya dlm 1 jam.. apabila saya melanggar, saya akn trkena musibah, sya akn slalu gagal dlm usaha saya, dan cita2 saya tdk akn tergapai, anda sudah bernazar...maaf ya,, saya jg korban #Sebarkan segera"" 

  1. Dia kata siapa yang tak baca AKAN accident esuk harinya, okay dia sebenarnya nak jadi Tuhan ke? Suka-suki aje nak tentukan apa yang akan jadi pada kita esuk? Lepas tu siap amin kan lagi? Setahu aku Allah tidak akan memakbulkan sesuatu doa untuk keburukkan orang lain. Am i right?
  2. Pasal bernazar, kalau nak bernazar bukan kena ada niat ke? and kena ada orang dengar sekurang-kurangnya dua orang sebagai saksi kita bernazar? Kalau salah sila betulkan aku ya? pesanan ni kita baca sahaja bukan berniat kan?
  3. Ini tak boleh blah! Dia dah aminkan aku accident esuk, lepas tu dia nak minta maaf? dia ni okay tak? Dia dah jadi korban lepas tu nak heret kita sekali? =.="
  4. Pesanan macam ni semua khurafat, sebab khurafat  tu kan kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. So, jangan percaya!!
Aku sebenarnya kalau dapat message yang panjang-panjang berjela mesti aku akan mula baca dari bawah sebab aku ni jenis pemalas. HAHA. Kadang-kadang aku dah nampak message tu panjang, aku tak baca pun message tu langsung, aku terus delete aje.


Lagi-lagi sekarang aku pakai Blackberry memang banyak la dapat pesanan-pesanan macam ni, ada siap kata kalau tak sebar or kalau delete message tu kita akan mati esuk. Khurafat semua benda-benda tu. So, please kalau dapat pesanan macam ni, jangan percaya dan jangan sebar.

KBAI~

5 comments :

Anum said...

anum kalau terima msg2 panjang nie buang je terus :)

Amanina said...

woowoot. saya geram betul kalau dapat mesej macam ni. biasanya dekat fb laa banyak.. huh, ishh, karut2 :)

najihah sahami said...

setuju tu eyfa!!

Unknown said...

Aku dah byk kali dpt. Mls nak sebarkan. Lagipun sape dia nak tentukan nasib aku kemudian hari?

Unknown said...

Sye pun ada dapat mesej sakai ni .

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com