Assalamualaikum.
Kita sebagai manusia, termasuk lah aku sendiri (takkan la aku ni spesis kucing pulak kan?) suka lah sangat-sangat buat andaian sendiri. Dan kebanyakkan andaian yang kita buat tu mesti selalunya banyak yang buruk dari yang baik. Bertul tak?
Apa? Tak betul?
Aku kata kebanyakkan, bukannya semua.
Bila kita jumpa PELACUR tepi jalan, orang kebanyakkan akan kata "Eeeuuwww. Perempuan kotor! Jijik!" Padahal kita tak tahu yang sebaliknya. Kot-kot perempuan tu telah di jual oleh bapanya ketika dia masih berumur 10tahun. Kita tak tahu kan? Then kita suka assume yang pelacur tu memang dia NAK dan RELA jadi pelacur.
Bila jumpa BEKAS BANDUAN, orang akan assume and kata "Ish! Orang jahat ni! Bekas banduan la katakan" Padahal kita tak tahu dia sebenarnya telah di fitnah mengambil rasuah oleh rakan karibnya sendiri.
Bila jumpa PESAKIT MENTAL, orang akan kata "Eeeee orang gila! HAHA" Padahal kita tak tahu yang dia telah di dera oleh emak tirinya sehingga mengalami trauma berpanjangan.
Bila kita jumpa lelaki/perempuan MUKA HODOH. Orang akan kata "Eeee muka hodoh, siapa lah nak kahwin dengan dia tu?" Padahal kita tak tahu lelaki/perempuan itu hilang ketampanan/kecantikkan nya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.
Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian, lagi-lagi andaian negatif tentang orang lain. Jagalah minda anda semua, jaga kata-kata anda dan juga tindakkan anda. Peringatan untuk diri aku juga :)
Sekian.
11 comments :
You are 100% right..
sometimes kite pung macam tuuu jugak . cakap tanpe fikir . aigooo
wau , nice entri , menyedarkan diri sendiri ,
xboleh nak tuduh bukan2 .
haha betul gak tu..
Itulah, jangan judge org sesuka hati, kita tak tahu apa yang jadi dekat diorg kan. So, think positive (:
yup..betul tu...
jangan sesuka hati je nk buat andaian
aah tau takpe. lagi lagi makcik makcik gossip kat pasar tu
dah mentaliti masyarakat kita... kadang2 memang lumrah manusia tu senang berprasangka buruk kerana syaitan sentiasa ingin memesongkan kita... posting begini akan sentiasa mengingatkan kita untuk menghindari diri dari berfikiran negatif.
tanggapan pertama bila first time tgk orang..
btol2...stju...
baca jugak mende ni tadi kat pesbuk. huhuhu
Post a Comment