Friday, March 30

Menuju ke jalan Allah.

Assalamualaikum.

Aku sebagai manusia aku tahu aku tak akan lari dari membuat kesilapan dan aku sedar, dosa aku mungkin setinggi gunung dan mungkin juga seluas lautan.


Aku tahu kadang-kadang aku lalai untuk melakukan suruhan-Nya, aku juga tahu kadang-kadang aku teringkar pada larangan-Nya. Aku rasa aku dah cukup dewasa, aku tahu nak bezakan baik dan buruk atau pun dosa dan pahala.

TAPI..................

Aku tak tahu kenapa hati ni keras dan degil. Kalau lah aku boleh mengulang semula masa dan waktu yang telah hilang dan terbuang. Kalau lah boleh aku perbaiki segala yang terjadi. Tapi waktu tak berhenti. Tapi detik tak kembali.

Ya Allah, aku memang tak layak menerima Syurga-Mu tapi aku juga tidak mahu merasakan siksa kubur-Mu dan api neraka-Mu, aku tak sanggup. Maka ampuni lah dosa-dosa aku. Terimalah taubat ku sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berilah aku hidayah dan petunjuk-Mu Ya Allah....... AMIN....







Wednesday, March 28

BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER

Assalamualaikum


Soalan :

Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

Jawapan :

Asssalamualaikum. Kau buat apa dekat sini? Lepak tak ajak! ( padahal kadang-kadang saja cakap macam tu, bukan nak sangat pun lepak dengan kawan tu. HAHA. Ambil hati lebih ^_^ )


DiGiWWWOW is back

Assalamualaikum.



Ada 16 kategori yang boleh korang pilih. Interested? Tunggu apa lagi? CLICK UNTUK SERTAI DiGiWWWOW sekarang! 

Tak cuba tak gagal ! Semoga berjaya :)


Tuesday, March 27

Manusia terlampau mudah membuat andaian negatif.

Assalamualaikum.

Kita sebagai manusia, termasuk lah aku sendiri (takkan la aku ni spesis kucing pulak kan?) suka lah sangat-sangat buat andaian sendiri. Dan kebanyakkan andaian yang kita buat tu mesti selalunya banyak yang buruk dari yang baik. Bertul tak?

Apa? Tak betul?
Aku kata kebanyakkan, bukannya semua. 

Bila kita jumpa PELACUR tepi jalan, orang kebanyakkan akan kata "Eeeuuwww. Perempuan kotor! Jijik!" Padahal kita tak tahu yang sebaliknya. Kot-kot perempuan tu telah di jual oleh bapanya ketika dia masih berumur 10tahun. Kita tak tahu kan? Then kita suka assume yang pelacur tu memang dia NAK dan RELA jadi pelacur.


Bila jumpa BEKAS BANDUAN, orang akan assume and kata "Ish! Orang jahat ni! Bekas banduan la katakan" Padahal kita tak tahu dia sebenarnya telah di fitnah mengambil rasuah oleh rakan karibnya sendiri.


Bila jumpa PESAKIT MENTAL, orang akan kata "Eeeee orang gila! HAHA" Padahal kita tak tahu yang dia telah di dera oleh emak tirinya sehingga mengalami trauma berpanjangan.


Bila kita jumpa lelaki/perempuan MUKA HODOH. Orang akan kata "Eeee muka hodoh, siapa lah nak kahwin dengan dia tu?" Padahal kita tak tahu lelaki/perempuan itu hilang ketampanan/kecantikkan nya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.


Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian, lagi-lagi andaian negatif tentang orang lain. Jagalah minda anda semua, jaga kata-kata anda dan juga tindakkan anda. Peringatan untuk diri aku juga :) 

Sekian.

Saturday, March 24

Tak boleh hafal nama jalan

Assalamualaikum.

Kalau korang nak tahu, aku adalah salah seorang manusia yang paling susah ingat nama jalan walaupun jalan tu aku dah pernah lalu 88x aku tetap masih tak boleh ingat nama jalan tu. 


Seriously aku memag susah nak ingat. Aku tahu tempat tu kat mana, but if orang tanya aku direction aku tak boleh nak tolong sebab aku tak tahu nama jalan. Kesian kan aku?

Kawan aku kata kalau tak ingat nama jalan, cuba ingat banggunan or apa-apa yang ada sekeliling kawasan tu, bengkel ke, kedai makan ke or apa-apa lah. Tapi masalahnya kalau aku berjalan aku tak tengok sangat keliling jalan tu. Hehe.

Ada sesiapa nak bagi aku tips macam mana nak ingat nama jalan? Hikhik ^_^

Thursday, March 22

Derita bisa Charlie

Assalamualaikum.

Siapa tahu apa itu Charlie? Aku sebenarnya tak tahu apa nama sebenar serangga ni. Tapi masa aku study dekat Politeknik Sultan Idris Shah dulu memang sangat banyak serangga ni area hostel aku ni. 

Serangga ni rupanya macam nyamuk sikit tapi belangnya warna oren. Pernah nampak? Serangga ni actually sangat berbahaya, lagi bahaya lagi kena gigit nyamuk. Errr. Tak silap aku lah. HAHA. Aku main taram je sorry. But serangga ni kalau korang juma sila lari laju-laju okay.


Sebab apa aku suruh lari laju-laju? sebab kalau korang terkena Charlie ni, kulit korang akan mengelembung air, dan ianya akan berjangkit. Contohnya, korang rasa gatal dekat tempat kena gigit tu, and then korang garu, lepas tu korang pegang pulak pipi korang. Perghh! Automatik gelembung air tu akan timbul dekat pipi korang pulak.


Eeeuuwww! Teruk kan? sebab tu aku kata kena lari laju-laju bila jumpa serangga ni. HAHA. Dulu kawan-kawan politeknik aku selalu kena. Aku alhamdulillah la so far belum kena lagi. Nama lain bagi serangga ni kalau tak silap aku Kumbang Rove atau Kumbang Tomcat.

Siapa terkena benda ni, dah gatal-gatal tu baik lah korang g klinik cepat ya sebelum merebak ke tempat lain. Jangan gatal-gatal nak tunggu benda tu hilang sendiri. Memang tak la kan. Huhu.

KBAI~

Wednesday, March 21

Wordless Wednesday | On Air, Astro Ria

Assalamualaikum.


Anas why you so CUTE? <3

Tuesday, March 20

Kaw Kaw Burger Bakar, Dagang Avenue.

Assalamualaikum.

Just nak inform peminat-peminat burger bakar, boleh lah ke Dagang Avenue Food Court untuk menikmati burger bakar idaman korang.


Dekat Burger Bakar Kaw Kaw, Dagang Avenue Food Court ni masih baru dekat situ so beratur tak lah sepanjang di Wangsa Maju.  

Buka pada ; 7:45ptg

Tutup ; Bergantung kepada bilangan patty pada semasa ke semasa

Hari cuti ; Isnin sahaja.

Sesiapa di area situ boleh lah datang ramai-ramai ya :) Sebarang pertanyaan sila ke page Kaw Kaw Burger Bakar di facebook (*https://www.facebook.com/pages/Burger-Bakar/270683372957310*) Thank you :)

KBAI~

UPDATED : Sekarang dah tutup ! Thank you.

Monday, March 19

Churpchurp current earning

Assalamualaikum.

Rasanya macam dah lama aku tak promote churpchurp aku. Sebelum tu CLICK SINI dulu ya! ^-^ Aku rasa earning churpchurp aku tak bergerak-gerak, kat situ ajelah.  Dah pemalas sangat, padan lah muka aku kan? HAHA.

So, siapa yang dah join Churpchurp? Apa pekembangan churpchurp korang? Dah ada kemajuan belum? ke sama aje macam aku? pemalas nak promote! Hikhikhik ^^

Tadi aku bukak lah Churpchurp, kot kot ada Social Seeding best jugak, dapat duit free-free aje. Tapi alangkah malang nasib aku, takde social seeding, social share banyak la. Huhu. Ini yang malas ni, bukan senang nak promote iklan-iklan tu untuk dapatkan dua kupang. Sobssss -_____-"

Tapi aku tengok Churpchurp punya interface dah lain, nampak lagi cool tapi complicated! HAHA. Okay la, maybe baru so, belum explore lagi. Penat aku mencari macam mana nak tengok history eraning aku, akhirnya setelah godek-godek jumpa juga. Hehe. Alhamdulillah, naik la sikit earning aku.


Korang taknak berbesar hati ke tolong aku naikkan earning churpchurp aku? ala alaaa. korang kan baik? hehehee. Takde lah gurau jeee :P tapi kalau rela nk click apa salahnya. Pilih aje salah satu iklan kat bawah ni ya? hehehe




Kalau sesiapa yang berminat nak join, meh lah CLICK burung biru comel bawah ni ya. Jangan risau percuma aje. Hehehe. Kalau dah join, korang boleh refer tutorial yang aku dah sediakan. Thank you :)



SponsoredTweets referral badge

Cuti dah habis weh!

Assalamualaikum.

Harini tamatlah sudah cuti mid sem aku. Arghh! Rasa macam malas sangat-sangat nak pergi class pagi-pagi buta. Rasanya setan tu banyak betul yang menghasut supaya sambung tidur balik. HAHA.

Aku bukan apa, dah habis cuti naik sem ni mesti lah result exam mid-term akan dapat dapat dalam minggu ni or minggu depan. Cuaknya rasa hati ni.


Tapi tapi.....tadi aku dah dapat resut mid-term bagi subject law. Aku rasa macam cuak semacam aje, sebab aku tak boleh buat sangat paper tu. Tapi alhamdulillah resultnya hampir nak dapat full mark. Aku rasa macam happy sangat-sangat. Tak sia-sia aku usaha, berdoa supaya aku dapat perform masa jawab exam hari tu.

Aku harap lain-lain subject pun resultnya okay macam subject law ni. Amin~ 

Saturday, March 17

Digelakkan kerana bertudung.

Assalamualaikum.

First sekali, hari ni 17/03/2012 bermakna telah genap 3 tahun pemergian Arwah Yeop Mohd Fadhly bin Alias, iaitu abang sulung dalam family aku. AL-FATIHAH untuk arwah. :(

Okay back to topic.

Alhamdulillah baru-baru ni adik aku telah berhijrah dari free hair kepada menutup aurat. Perubahan itu berlaku kerana adik aku tak mahu heret abah and mak aku ke dalam neraka jahanam kerana dosa anak yang tidak menutup aurat seperti yang telah di perintahkan oleh Allah S.W.T.

Actually, aku sendiri free hair sehingga ke hari ni. Ya! Aku tahu tidak menutup aurat itu adalah satu dosa. Secara rambangnya memang aku tahu bezakan apa itu dosa and apa itu pahala, tetapi ............................................................................. (sebab yang tidak dapat di nyatakan) insya'allah aku akan berhijrah daripada free hair ke menutup aurat tidak lama lagi. Doa-doakan aku ya? :)

Start from now, aku nak hide semua gambar-gambar aku yang terdedah sana dan sini dahulu dari semua social network yang aku ada, then baru aku move to next step. Orang kata pelan-pelan kayuh kan? :)

Bila kita nak berubah ke arah kebaikan ada aje halangan yang datang. Orang kata kalau nak buat baik ni memang susah, nak buat jahat tu sekelip mata pn boleh. Yeah, aku tahu maybe Allah nak uji kita.

Nak di jadikan cerita, tadi adik aku pergi ada lah satu tempat ni, lepas tu ada seorang kakak, opsss! actually makcik, dia tegur adik aku.

"Adik, kau dari mana ni? - Makcik
"Dari rumah lah, kenapa?" - Adik
"Ohhhh (sambil gelak)" - Makcik
"Asal gelak?" - Adik
"Tak ada apa-apa" - Makcik

Aku macam tak faham, apa motif makcik tadi tu gelak bila tengok adik aku? Adik aku pakai tudung kelakar? Orang pakai tudung kau gelakkan, kau tu dah umur 40-an tapi masih tak menutup aurat lepas tu kau nak gelakkan orang pulak. Nasib lah adik aku jenis menjawab.


Aku rasa macam tak patut lah dia nak gelakkan orang. Hmmm. tapi entah lah =.="

KBAI~

Friday, March 16

Aik ais kosong and air suam pun nak kena bayar ke?

Assalamualaikum.

"Aik ais kosong pun nak kena bayar?" - Customer

Kenapa kita selalu fikir, Ais kosong dengan Air Suam tu adalah percuma? Cuba bagitahu aku kenapa? cepat cepat! Adakah sebab air tu hanya air berwarna putih? atau itu adalah air yang paling senang nak buat or sediakan untuk customer ataupun air tu memang tak patut di kena kan bayaran kerana ianya hanya ais kosong or air suam? --"


Okay bagi sesiapa yang selalu nak minum air suam or ais kosong free, sila bawa air sendiri dari rumah ya? Sebab apa? Kalau kat kedai memang kena bayar okay? Meh aku nak bagitahu sebabnya.
  1. Air yang di gunakan adalah air paip dan bukannya air longkang, jadi bil air kedai siapa yang nak bayar kalau bukan dari duit ais kosong and air suam yang korang nak percuma tu?
  2. Air pula mesti lah kena masak kan? So, duit gas tak payah kira ke wahai pelanggan sekalian? melainkan kau memang suka minum air paip.
  3. Cawan. Minum mesti guna cawan kan? Habis tu siapa nak basuhkan cawan and gelas air kosong and air suam yang korang dah minum tu? Pekerja kedai tu juga kan? Habis gaji pekerja tak payah bayar ke sayang woi?
  4. Ais. Ingat ais tu turun dari langit ke? for sure lah kena beli kan? Itu termasuk sekali lah tu.
  5. Sewa kedai. Haaa. Bagi mereka yang ada restaurant or medan selera ke apa, sewa kedai lagi nak tanggung. Dah penat-penat sewa mahal-mahal kedai tu, lagi mau kasi air kosong and air suam free ke?
  6. Dah lah nak free, lepas tu mintak straw lagi tu? Amboi. Mewah hidup? straw pun kena beli ya bang. Itu pun kalau korang mintak straw pekerja kedai tu tak kira. Harga still 20sen kan?
So, fikirkan sejenak! Jangan fikir keuntungan and kesenangan korang aje. Fikirkan bagi pihak peniaga ni juga. Lagi-lagi time lunch, orang office memang akan selalu order ais kosong and air suam berbanding air lain. Tak percaya? Korang pergi tanya semua kedai-kedai berhampiran korang untuk kepastian.

So, aku nasihatkan make sure lepas ni kalau order air kosong and air suam tu jangan nak berkira sangat nak bayar ya? Air nak, bayar taknak. Tak boleh lah macam tu kan? 20sen sahaja, bukannya RM2 kan?

KBAI~

P/S : Ais kosong and air suam sekarang dah naik 30sen kan kat sesetengah kedai? ^_^

Kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan.

Assamualaikum

Pernah dapat sms or any pesanan macam bawah ni?  (Sila pandang bawah dengan segera) Aku kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada bila baca pesanan-pesanan macam ni. Tapi ada juga yang percaya dan sebarkan benda-benda macam ni, kalau takkan lah boleh sampai pesanan ni dekat kita kan? :)

""Maaf, yg tidak bca mendapat ACCIDENT besok,, aminn ...........dan tolong baca dgn sangat teliti.seorang anak dari aceh barat, di tubuh anak itu trdpt tulisan nama Allah dan anak itupun bisa bicara dgn hewan2 apapun. Ini tanda kiamat, saya bersumpah saya akan menyebarkan ini ke 19 teman saya dlm 1 jam.. apabila saya melanggar, saya akn trkena musibah, sya akn slalu gagal dlm usaha saya, dan cita2 saya tdk akn tergapai, anda sudah bernazar...maaf ya,, saya jg korban #Sebarkan segera"" 

  1. Dia kata siapa yang tak baca AKAN accident esuk harinya, okay dia sebenarnya nak jadi Tuhan ke? Suka-suki aje nak tentukan apa yang akan jadi pada kita esuk? Lepas tu siap amin kan lagi? Setahu aku Allah tidak akan memakbulkan sesuatu doa untuk keburukkan orang lain. Am i right?
  2. Pasal bernazar, kalau nak bernazar bukan kena ada niat ke? and kena ada orang dengar sekurang-kurangnya dua orang sebagai saksi kita bernazar? Kalau salah sila betulkan aku ya? pesanan ni kita baca sahaja bukan berniat kan?
  3. Ini tak boleh blah! Dia dah aminkan aku accident esuk, lepas tu dia nak minta maaf? dia ni okay tak? Dia dah jadi korban lepas tu nak heret kita sekali? =.="
  4. Pesanan macam ni semua khurafat, sebab khurafat  tu kan kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. So, jangan percaya!!
Aku sebenarnya kalau dapat message yang panjang-panjang berjela mesti aku akan mula baca dari bawah sebab aku ni jenis pemalas. HAHA. Kadang-kadang aku dah nampak message tu panjang, aku tak baca pun message tu langsung, aku terus delete aje.


Lagi-lagi sekarang aku pakai Blackberry memang banyak la dapat pesanan-pesanan macam ni, ada siap kata kalau tak sebar or kalau delete message tu kita akan mati esuk. Khurafat semua benda-benda tu. So, please kalau dapat pesanan macam ni, jangan percaya dan jangan sebar.

KBAI~

Thursday, March 15

Kanak-kanak 2 tahun di temui mati terapung di Tasik Titiwangsa, KL

Assalamualaikum.


Berita Tergempar Hari Ini: Seorang kanak-kanak lelaki 2 tahun ditemui mati terapung di Tasik Titiwangsa, K.L pagi ini (15 Mac) setelah hilang dari jagaan ibubapanya petang semalam. Kepada ibubapa awasilah anak-anak kita...

AL-FATIHAH.

Bersedekah lah dengan ikhlas.

Assalamualaikum.

BERSEDEKAH, di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.


Sekarang ni kalau kita pergi mana-mana mesti tak dapat lari dari pengemis. Korang perasan tak? Maksudnya di mana-mana aje mesti ada. Tak banyak, sedikit. Kan kan? Sekarang musim agaknya. Mereka tergolong dari golongan kanak-kanak, anak yatim, orang oku, orang tua and etc.

Kadang-kadang orang sekarang dah malas ataupun dah takut untuk bersedekah sebab ramai pengemis yang menipu. Kadang-kadang ada juga yang menghalau bila pengemis ni datang minta sedekah dengan bahasa yang kasar.

"Takpe lah dik, kami semua pun anak yatim piatu macam adik. Bukannya ada duit" - Sekumpulan remaja

Orang tu datang elok-elok. Kalau taknak bagi pun, cakap elok-elok. Esuk lusa kalau korang satu table tu betul-betul jadi anak yatim piatu baru korang tahu! Tak kisah la orang tu penipu ke apa ke, yang penting NIAT korang bersedekah tu. Yang lain tu biar la urusan dia dengan Allah.


Ada juga kawan-kawan aku marah, setiap kali kami makan, ada aje yang datang minta sedekah. Aku pun kadang-kadang tak sampai hati. Kesian. Aku dua tiga kali orang datang minta sedekah, aku hulur je. Pastu kawan-kawan aku cakap ;

"Kau ni asik bagi je, mua dorang nanti! Dorang tu sendikit tahu? ada boss atas dorang Kalau ada 10 orang macam kau, kaya lah dorang nanti" - Kawan

Actually aku tahu semua tu, tapi kadang-kadang malas nak fikir. Macam aku cakap tadi, aku hanya nak membantu selainnya ke arah mana bantuan yang aku bagi tadi tu, biar la dorang nak manfaat macam mana sekali pun.

So bagi aku, sedekah tu sebenarnya bergantung kepada niat seseorang. Bersedekah lah ikut kemampuan korang. Banyak pahalanya menolong orang yang memerlukan.

KBAI~

Senarai Protege Mentor 6

Mentor 6 akan bersiaran di TV3 pada setiap hari 
Ahad, jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam.


Barisan protege-protege kali ini terdiri dari KJ (Adam), Wanie (Ferhad), Ramlah Ram (Ana Syuhada), Caroline (Ella), Anas (Faizal Tahir) dan Zatul (Ogy Ahmad Daud). Adam yang popular melalui rancangan realiti Akademi Fantasia berkata, “Saya tertarik dengan KJ kerana dia boleh mengekalkan nafas dan menyanyi lagu pop sambil menari.”

Lain pula pada mentor Faizal Tahir, dia yang dikenali cerewet sehinggakan ada yang mengadu bahawa Faizal Tahir berlagak diva ketika sesi ujibakat berlangsung telah memperkenalkan protege-nya yang bernama Anas. Antara yang dikomen oleh Faizal mengenai protege-nya, “Saya pilih Anas kerana dia ada bakat sendiri, dia juga boleh bercampur dengan orang sekeliling. Selain punya personaliti yang baik, saya suka cara dia jawab dan cara dia bawa diri dia,” jelas Faizal.

sambungan di : GAMBAR PROTEGE DAN MENTOR MUSIM KE 6 2012 TV3 - SENARAI PENUH | illustrasiaku .com 

P/S : Aku sokong Faizal Tahir! Go F.T go ! HAHA.

Wednesday, March 14

Wordless Wednesday | Lawak Kampus

Assalamualaikum




Komik kegemaran aku ! :)

Tuesday, March 13

Tutorial Twitter button bawah post.

Assalamualaikum

Kelmarin ada sorang rakan blogger tinggal jejak dekat Fibox untuk request tutorial macam mana nak letak Twitter button di bawah setiap post/entry. Okay here we go.


1) Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript

2) Tekan Ctrl+F dan cari kod di bawah ni.

<data:post.body/>

3) Then copy and paste code di bawah ni, bawah code <data:post.body/>

<a class='twitter-follow-button' href='http://twitter.com/EYFAalias'>Follow @EYFAalias</a>
<script src='http://platform.twitter.com/widgets.js' type='text/javascript'/>

4) Tukarkan tulias warna merah tu dengan id twitter korang.

5) Preview and save :)

If any problem boleh drop comment korang kat bawah ni okay? Thank you ^^ Btw, jangan lupa follow Twitter saya okay? Mention me if you want a follow back :)

Comelnya kita buat rambut tocang!

Assalamualaikum.

Dari dulu lagi sebenarnya aku nak try buat rambut tocang macam fasha sandha buat tu. Tapi aku bila fikir-fikir balik aku rasa macam x confident aje aku boleh jaga rambut aku bila dah tocang macam tu. HEHE.


Then nak di jadikan cerita ada sorang classmate aku ni, aku nampak dekat default BBM dia, dia buat rambut tocang juga tapi sebelah aje. Serious sytle. Hati aku dah membuak-buak dah nak tanya dia buat dekat saloon mana. Tapi aku mcm xknl dia sgt so cm malu nak tanya.

Tapi last-last aku buat muka tak malu tanya juga. HAHA. then semalam kebetulan aku nak keluar aku try la pergi saloon area Setiawangsa. Aku nak try buat rambut tocang tu tengok kena ke tidak dengan muka aku yang bulat ni.

Bila dah siap aje rambut aku, aku rasa macam nak sengeh sampai telinga. Hikhik. Omeynyeww rambut iteww. Hikhok! HAHA. Rambut aje comel. Orang tak comel pun. Sobsss. =.= Okay okay tak tengok tak hasilnya? hehe. Taraaaaaaaaaa~


Aku saje upload terbaik, biar korang pening sikit nak tengok! HAHA. Kalau nak tengok lagi dekat sila la pergi ke facebook aku ya. Hehehe. 

Rambut tocang ni tahan dua hari aje. Tapi dapat dekat aku, masuk hari ke dua dah hancur tocang ni sebab tadi aku tersikit rambut tocang tu, dah alang-alang serabai aku bukak je terus. HAHA. Takpe nanti boleh buat lagi. Hikhik ^^

KBAI~

Sunday, March 11

My Bestfriend Wedding

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, akhirnya kelmarin selamat sudah kawan baik aku (Ayu Mohd) bergelar Isteri. Hehe. Orang lain  yang kahwin aku pula yang excited melebih kan. Huhu. 

Maaf la kawan-kawan, sejak kebelakangan ni aku agak busy sikit. Lepas habis exam aje, jumaat malam sabtu tu dah pergi rumah kawan aku, majlis pernikahannya. So, balik pun tengah malam. Semalam pulak busy majlis perkahwinan dia pulak.


Aku punya bajet-bajet busy mengalahkan tuan rumah. HAHA. Dah selesai majlis, teman pengantin baru ni pergi photoshoot pulak. Habis berlengas badan aku dengan peluh-peluh. Semalam pun balik dah nak dekat tengah malam.

Hari ni pulak gerai abah aku ada orang order soto. So, aku kena tolong menolong apa yang patut. Sampai ke petang pulak tu. Ni aku balik kejap curi tulang. Hehehe. Nanti aku dah free aku blogwalking ke blog korang ya sayang-sayangku? hehe =D

Jaga diri. Jangan mati.

KBAI~

Wednesday, March 7

Burger Bakar Kaw Kaw, Wangsa Maju

Assalamualaikum.


Masih ingat kisah Burger Bakar Kaw Kaw yang pernah aku cerita kan tak lama dahulu? Hehe. Sila ingat kembali ataupun boleh RUJUK SINI.

Semalam dengan keadaan yang pening. Kawan aku timbulkan hasrat nak menikmati burger bakar dekat wangsa maju. Memula rasa macam tak ada mood sebab nak exam kan, tapi bila fikir bila lagi nak pergi dengan diorang kalau bukan sekarang?

Lepas maghrib tu kami pun gerak dari Shamelin pergi ke Wangsa Maju, sampai-sampai sana aje. Beratur bukan main panjang sepanjang-panjang nyaa. Tapi takpe kempunan punya pasal kami pun beratur nak dekat 40min untuk tunggu orang tu ambil order.

Actually ramai yang bertanyakan aku tentang Burger Bakar Kaw Kaw ni dekat area mana dekat wangsa maju tu? Aku nak describe pun macam payah. Apa kata korang rujuk map bawah ni?


Harga Burger Bakar untuk Ala Carte hanya RM7.50 sahaja. Tak kisah lah burger ayam atau daging but aku suggest korang ambil daging. Hehe. Manakala untuk Set harga RM10. Toppingnya boleh pilih. Kalau set di sertakan dengan dua hotdong and satu minuman.


So, sekarang korang dah tahu kan. Boleh lah ramai-ramai serbu kedai Burger Bakar Kaw-Kaw tu. Opsss! Lupa keda ni tidak beroperasi pada hari Isnin ya kawan-kawan. Kalau boleh sila datang awal untuk mengelakkan kaki lenguh untuk beratur panjang =P Apa-apa pertanyaan sila rujuk di http://burgerbakar.com

KBAI~
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com