Monday, February 27

Pakcik yang baik hati.

Assalamualaikum.

Tadi selepas class, aku pergi lah cafe kat dalam kolej aku tu untuk makan tengah hari sebab dah kebulur dari pagi tak makan. Padahal masa tu jam baru aje menunjukkan pukul 11 pagi tapi aku punya lapar macam orang tak pernah nampak makanan. HAHA.

Nak di jadikan cerita lepas ambil makanan, aku pun pergi lah tempat beli air kemudian ada sorang Pakcik ni tengah nak bayar air minuman dia. Aku terdengar Pakcik tu kata dekat abang cashier tu macam ni ;

"Hm, awak kira sekali dengan adik dua orang belakang ni"

Aku pun pelik lah. "dua orang belakang ni" tu tak termasuk aku. Aku baru aje datang time tu. Lepas tu dalam hati aku berkata ;

"Lah dia tak sedar ke aku ada kat sini? Belanja lah aku sekali. Iskk!"

Tak lama kemudian dia nak beredar dia terpandang aku dengan classmate aku dekat belakang dia lepas tu dia hulur aku duit balance dia beli air tadi dekat aku suruh aku bayar minuman aku and kawan aku ni dengan duit balance dia.


Aku pun menolak lah. Takkan la pelahap tak malu terus nak ambil kan bila orang belanja. Tapi Pakcik ni macam suruh juga aku ambil duit tu, aku rasa macam serba salah. Lepas dah dua tiga kali menolak duit yang dia nak bagi tu, dia pun kata ;

"Tak apa adik, Pakcik ikhlas. Ambil lah!"

Aku pun ambil lah juga duit tu dan ucap terima kasih dua tiga kali dekat Pakcik tu. Pakcik tu senyum aje bila aku dah ambil duit tu. Aku rasa macam dia dapat baca pula apa yang aku kata dalam hati tadi. Huhu.

Apa-apa pun, semoga Pakcik tadi tu sentiasa di berkati Allah :) dan terima kasih sebab belanja saya dan kawan saya minum tadi ya Pakcik! ^.^

5 comments :

Ckin Kembaq said...

wah..snok lah org belanja..hehe

abghani said...

syukur save budget hari ini

iAmCekbolat said...

baiknyee pkcik tuuu !

doakan die =)

nur anis said...

semoga murah rezeki pakcik tu kan..:)

Hafizin Jamil said...

kena ambik air mahal sekali tu

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com