Sunday, November 20

Pengalaman bekerja di Fossil Time Malaysia

Assalamualaikum.

Maaf lah kawan-kawan lama tak update and blogwalking blog korang. Aku baru aje balik kerja ni. Hehe. Serius baru dua hari kerja kaki aku dah rasa macam nak tercabut, lepas tu demam pulak tu di tambah pula dengan selesama. Iskk. Nampak sangat aku manja kan? tak boleh buat kerja berat-berat. HAHAHAHAHA~

Oh lupa aku kerja part time promoter aje dekat brand Fossil Time Malaysia Sdn Bhd tapi under Isetan lah kan. Sejam dapat RM5. Kira okay lah kan buat-buat tambah duit poket beli jajan. Hehehe. Sejak dua menjak kerja dekat tempat barang mahal-mahal ni. Tetiba aku teringin nak jadi orang kaya.

Bestt wooo jadi orang kaya. Beli Jam Tangan sahaja dah RM3K jenama Burberry Kau ada? HAHA. Kalau orang luar tak apa lah kan. Ni orang melayu kita. Perghh~ Seriously aku respect and bangga gila dengan orang melayu tu. Gerenti harta bertimbun-timbun.

Aku nak beli jam tangan harga RM100 pun menggeletar tangan nak keluarkan duit dari wallet ini kan RM3K. Aku nampak sendiri husband dia keluarkan cash money. Perghh~ Aku rasa macam nak mintak borang anak angkat aje dekat pasangan melayu yang beli jam tu. Boleh gak tumpang kesenangan dia. HAHA.

Itu belum handbag lagi. Handbag Fossil aku usha memang lah lawa-lawa. Aku dah lama dah tahu harganya lawa juga. Dah alang-alang jadi staff Fossil aku cadang nak beli lah guna staff purchase punya price. Murah sikit. Aku nak angkat Wallet, Jam Tangan and handbag. Aku kira tak sampai 1K pun tiga barang ni. Kira okay lah kan.
Tunggu hujung bulan 12 nanti. Aku show off barang-barang baru aku. Hikhok. Tak sabar weh! Cepat lah gaji. Lepas ni boleh lah merasa barang mahal sikit. Hihihi. K lah. Sekarang masa untuk makan. Lepas makan solat lepas tu tidurr. Esuk nak kerja lagi. Cari rezeki lah katakan.

KBAI~

9 comments :

Unknown said...

beli jgn xbeli... boleh kirim? hahaha (berangan...)

Mr.Superman said...

bole la bt GA bg wallet fossil ;P da kaya kn org tu.skrg cari duit je dia. :D

Azzah said...

oo..eyfa dah kerja.patutla tak dengar kabar..selamat menjalankan tugas.:)

SoLy SoLicious said...

wahh...nak tumpang jugak staff purchase boleh?heee

A retarded kitty said...

boleh tak kita nak mintak harga staff

kekeke

Anonymous said...

salam. best ye.. eyfa ea.. nak mntk tlg beli kan jam tgn fossil. leh x.. kalo boleh email kat sy.. mastura.gurlz92@gmail.com. tq..

Anonymous said...

salam. eyfa ea.. leh tlg li kan sy jam tgn fossil.. kalo boleh email sy. mastura.gurlz92@yahoo.com.

Anonymous said...

beli kan sy leh x. nak kirim jam tgn fossil

Anonymous said...

tak payah berharap dia akak belikan gune kad staff nye pon..minta maaf laa ye semua hehe

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com