Wednesday, November 30

Wordless Wednesday | 2012

Assalamualaikum.

Tuesday, November 29

Buat duit secara online.

Assalamualaikum.

Aku kadang-kadang sangat pelik. Masih ada manusia yang suka join benda yang merepek-repek ni kan? Padahal aku rasa benda ni dah terang lagi bersuluh memang tak akan mendatangkan hasil.


Dulu aku pernah ada orang nak tarik aku buat keja-keja terkutuk ni. Kononnya sambil online pun boleh buat duit kan? Hamboi mewah kau tijah. Hari-hari aku online maknanya memang hari-hari lah duit masuk dalam account aku.

Aku pun layankan ajelah mamat ni. Dia handsome kan. Aku pun dah ulat bulu naik daun, aku bebuat la berminat kan. Dia kata kena bayar duit modal, kalau lagi banyak modal lagi banyak la duit masuk. Time tu memang aku banyak tanya, tapi ada aje jawapan dia. HUHU.

Aku peliks. Dia suruh aku keluarkan modal benda yang aku tak nampak. Err! Apa ayat aku ni? Okay maksud aku dia suruh aku bayar duit modal tu dulu baru dia bagi tahu aku tips macam mana nak buat duit. Dia kata benda ni macam business. Kalau business dah tentu kena ada barang and service yang kau jual. Aku kena keluar modal nak buat business tapi aku tak tahu barang or service yang aku nak buat. Tak ke aku BODOH dekat situ kalau aku percaya?

Lepas tu dia kata setiap kali online facebook or twitter ke apa boleh dapat duit dengan mudah. Mak aii. Bila dia cakap macam tu aku rasa sia-sia aku belajar pandai-pandai kalau semudah ni nak cari duit? HAHAHA. Kalau aku tahu memang dari lahir aku nak buat business ni. HAHA. Puii~

Lepas ni makcik jual nasi lemak, buruh, petani, penoreh getah, makcik kantin, promoter, manager, ceo and yang sewaktu dengannya sila lah BERHENTI KERJA. Buat business ni. Lagi kayo beb! Online sahaja duit masuk. Kau ado? HAHA.

KBAI~

P/S : Kalau betul-betul nak buat duit secara online. BACA SINI (!) Tapi macam biasa, ada usaha ada hasil. Kalau tak usaha sampai berbuih mulut kau pun belum tentu kau nampak hasil. 

Monday, November 28

Garrett Popcorn Shops at KLCC

Assalamualaikum.

Garrett Popcorn Shop ni baru aje buka dekat KLCC depan Maybank tu. Serius memang sangat ramai okay orang beli popcorn ni. Aku kerja dekat KLCC tu memang setiap minit ada aje orang lalu dekat counter aku bawa paper beg Garrett Popcorn ni.

Memula aku macam pelik lah ape kebenda lah semua orang duk makan popcorn ni. Sedap sangat ke kan? aku pun time break usha la line tengok kedai popcorn ni. Perghhh! Beratur nak beli punya lah panjang. Terus aku tak jadi nak beli.

And then kebetulan hari ni aku kerja morning. Aku pun nak lah cuba kan popcorn yang ramai gila orang Q ni kan. Nak tahu aku beratur selama berapa jam untuk dapatkan popcorn ni? 1 JAM & 15 MINIT babe! Memang dah kejung aku tunggu doe.

Korang bayangkan lah sendiri betapa lamanya aku beratur. Grrrr~ Aku beli Popcorn Caramel Crisp and Cheese Corn. Caramel Crisp sangat sedap daripada popcorn caramel biasa yang lain and yang Cheese Corn tu macam muak sedikit.

But if suka dua-dua baik ambil Chicago Mix sebab Chicago mix ni combine Popcorn Caramel Crisp & Cheese Corn. Bila makan baru rasa macam sedap sikit kan bila mix and cheese nya pun tak berapa muak sebab dah campur dengan Caramel.



Harga? Nod bad lah mahalnya tapi tak lah mahal sangat sampai tak mampu nak beli kan. Yang Small RM16, Medium RM21 and Large RM26. Yang lagi besar pun ada tapi dah sure lah lagi mahal kan. HEHE. So, siapa yang belum cuba korang kena cuba sebab memang sedap popcorn ni =D

KBAI~

Friday, November 25

TAKNAK merokok.

Assalamualaikum.

Kebanyakkan rakyat Malaysia sekarang ramai yang merokok. Tak kira agama, bangsa, budaya, usia, jantina and etc. BERHENTI MEROKOK. Bercakap memang sangat mudah tapi ternyata nak melakukannya memang sesuatu yang amat sukar untuk di laksanakan.


Sebenarnya ramai perokok tahu yang rokok ni membahayakan kesihatan dan perokok juga mungkin tahu tentang akibat dan kesan negatif dari rokok. So, aku rasa aku tak perlu lah kot tekankan pasal akibat or kesan merokok ni padan individu dan masyarakat ^.^

So, please jangan just kata tak nak kepada rokok. Tapi usaha untuk menjauhi rokok. JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. Tanpa rokok kita sihat dan dapat juga jimat perbelanjaan.

Oh ya bagi mereka yang mempunyai bakat dalam bidang fotografi anda boleh lah sertai pertandingan fotografi "TAKNAK MEROKOK"! Sambil berkempen boleh juga menangi hadiah lumayan yang di sediakan. Untuk maklumat lebih lanjut KLIK SINI!

KBAI~

Thursday, November 24

Engkau Anak Derhaka.

Assalamualaikum.

Semalam aku share video. Kali ni aku nak share info pulak. Tapi rasanya dah ramai tahu pasal ni sebab aku Print-screen benda ni dari Pages ANTI Pavilion KL Kids. Rasanya dah ramai like kan page ni so, aku assume ramai lah dah baca apa yang jadi perbualan dekat sana. Antaranya ialah :-




Kesimpulannya masing-masing ada otak and boleh nilai benda ni sendiri. Aku malas nak cakap lebih-lebih sebab budak sekarang ni banyak bela syaitan dalam badan. Nasihat apa pun tak jalan kan. HAHA. Hope benda ni jangan lah jadi dekat korang okay.

KBAI~

Wednesday, November 23

Pukimak - SSKmusic

Assalamualaikum.

Tadi aku bukak youtube. Lepas tu terjumpa satu video yang agak menarik. Saja nak share dengan korang semua. Liriknya mesti korang akan kutuk, and kata tak elok. Memang lagunya macam pukimak sikit sebab nama tajuk lagu pun memang Pukimak. Bak kata dorang "Lagu ni kotor tapi kitorang jujur" tapi apa pula kata korang? Check this out !!


So, apa pendapat korang? bagi aku okay aje cuma perkataan tu terlampau tak elok and tak baik kan untuk di publishkan depan orang ramai. Itu kan dah ketegori mencarut! but in real life rasanya perkataan dalam lirik-lirik ni memang ramai yang sebut. Rasanya dah jadi kebiasaan kadang-kadang. Jangan kata dengan aku korang tak pernah "mencarut" walaupun sekali. HAHA.

KBAI~

Monday, November 21

Tutorial note under posts

Assalamualaikum.

Tutorial ni di request dari http://peekachumey.blogspot.com/. Sebenarnya aku tahu lah sikit-sikit bab edit-edit ni. Sikit aje tak banyak. HAHA. Aku bantu mana yang boleh di bantu aje okay ^.^

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick expand widgets

2. Search code di bawah ini. Untuk lebih pantas gunakan CTRL+F untuk mencari.

<data:post.body>

3. Copy code bawah ni pula.
</data:post.body>
<hr />
<center>NOTE ANDA DI SINI</center><hr />

4. Kemudian paste kan code atas tu di bawah code <data:post.body> tadi ya.

5. Sila gantikan NOTE ANDA DISINI tu dengan perkataan anda sendiri okay.

6. Preview & Save.

Sunday, November 20

Pengalaman bekerja di Fossil Time Malaysia

Assalamualaikum.

Maaf lah kawan-kawan lama tak update and blogwalking blog korang. Aku baru aje balik kerja ni. Hehe. Serius baru dua hari kerja kaki aku dah rasa macam nak tercabut, lepas tu demam pulak tu di tambah pula dengan selesama. Iskk. Nampak sangat aku manja kan? tak boleh buat kerja berat-berat. HAHAHAHAHA~

Oh lupa aku kerja part time promoter aje dekat brand Fossil Time Malaysia Sdn Bhd tapi under Isetan lah kan. Sejam dapat RM5. Kira okay lah kan buat-buat tambah duit poket beli jajan. Hehehe. Sejak dua menjak kerja dekat tempat barang mahal-mahal ni. Tetiba aku teringin nak jadi orang kaya.

Bestt wooo jadi orang kaya. Beli Jam Tangan sahaja dah RM3K jenama Burberry Kau ada? HAHA. Kalau orang luar tak apa lah kan. Ni orang melayu kita. Perghh~ Seriously aku respect and bangga gila dengan orang melayu tu. Gerenti harta bertimbun-timbun.

Aku nak beli jam tangan harga RM100 pun menggeletar tangan nak keluarkan duit dari wallet ini kan RM3K. Aku nampak sendiri husband dia keluarkan cash money. Perghh~ Aku rasa macam nak mintak borang anak angkat aje dekat pasangan melayu yang beli jam tu. Boleh gak tumpang kesenangan dia. HAHA.

Itu belum handbag lagi. Handbag Fossil aku usha memang lah lawa-lawa. Aku dah lama dah tahu harganya lawa juga. Dah alang-alang jadi staff Fossil aku cadang nak beli lah guna staff purchase punya price. Murah sikit. Aku nak angkat Wallet, Jam Tangan and handbag. Aku kira tak sampai 1K pun tiga barang ni. Kira okay lah kan.
Tunggu hujung bulan 12 nanti. Aku show off barang-barang baru aku. Hikhok. Tak sabar weh! Cepat lah gaji. Lepas ni boleh lah merasa barang mahal sikit. Hihihi. K lah. Sekarang masa untuk makan. Lepas makan solat lepas tu tidurr. Esuk nak kerja lagi. Cari rezeki lah katakan.

KBAI~

Thursday, November 17

Bunuh diri kerana cinta

Assalamualaikum.

Kelmarin kawan-kawan aku ada bergossip pasal seorang perempuan yang meninggal pada tarikh lahir dia. Budak tu kawan-kawan aku cakap dia pernah study dekat kolej aku. Aku ni jenis tak ambik port pasal bebudak yang aku xkenal and aku ni tak suka nak busy body sangat.

Masa memula aku dengar aku rasa kesian. Yelah muda lagi dah meninggal. Tapi aku fikir maybe ini sudah takdir dia kan meninggal dunia pada usia yang sangat muda. Okay, kawan-kawan aku ni kenal perempuan yang meninggal ni. I mean arwah. Sorry!

and kawan-kawan aku dengar cerita pulak yang si arwah ni meninggal bukan sebab penyakit ke or excident or what. Dia meninggal kerana seorang lelaki. Atau dengan kata yang lebih tepat KERANA CITNA! Dia terjun bangunan dari tingkat 5. Maaf aku bukan nak mengata atau mengumpat pasal arwah. Itu bukan niat aku. Cuma nak jadikan kes  ni sebagai pengajaran dalam hidup kita.


So, para sahabat sekalian aku rasa korang tahu apa yang aku cuba nak sampai kan dalam entry kali ini. Cinta manusia bukan lah cinta yang kekal abadi. So, fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu okay. Fikir perasaan orang sekeliling kita, terutama sekali ibubapa kita. btw, Al-FATIHAH untuk arwah.

KBAI~

P/S : Jangan lupa vote gambar bayi comel kat sidebar aku ni. Thanks :D

Jom Vote Gambar Bayi Paling Comel

Assalamualaikum.

Korang tahu kan aku ada anak buah seorang. Namanya BALQIS DAMIA BINTI AHMAD LUTFI. Tadi kakak ipar aku PM aku dekat facebook suruh like gambar anak dia (anak buah aku la tu). So, aku buat entry ni just nak mintak tolong korang semua untuk like gambar anak buah aku ni. Tiada paksaan okay sebab aku tahu bab like-like ni memang annoying sikit. Kalau korang like aku ucap terima kasih banyak-banyak. Kalau tak like pun, thanks juga sebab sudi baca entry aku ni. Hikhik

Pada sesiapa yang sudi membantu mari aku tunjukkan stepnya.

2) Like dua (2) gambar di bawah ini :-



&



3) Tepuk tangan sebab anda dah berjaya meng'LIKE' gambar di atas ni. Hihi.

Thank you for you time. Jaga diri. Byebye! Opsss! Lupa, final exam aku dah habis. So, esuk aku start kerja part time dekat KLCC. So, maybe akan jarang update blog. Jangan rindu aku tau. 

KBAI~

Tuesday, November 15

Najwa Latif & lambang menyembah syaitan.

Assalamualaikum.

Sekarang dah kecoh pulak pasal si Najwa Latiff buat tangan yang lambang menyembah syaitan tu. Aku tak tahu lah gambar ni gambar betul atau edit semata-mata kan. Okay Najwa Latif manusia biasa kan? and dia still lagi bawah umur so, ilmu dia tak la sebanyak yang korang sangka kan. Bila dah jadi artis ni, ada aje kesalahan yang korang semua nak carikan? Adoi.



Contoh macam orang lain buat peace. Kite pun buat peace juga kan? semua terikut-rikut walaupun sebenarnya kita tak tahu apa maksud peace tu sebenarnya. Sama juga macam dalam kes Najwa Latif ni. Apa yang nak jadi masalah besar sangat?

Semua orang buat salah babe. Jangan la nak blame kan Najwa Latiff ni. Ramai lagi budak-budak melayu yang tangkap gambar macam ni. Rockers-rockers pun banyak buat. Maybe dia tak tahu so tak yah nak blame dia sangat. Dosa pahala dia biar Allah tentukan. Bukan korang okay!

KBAI~

Monday, November 14

Merasmikan One Shamelin

Assalamualaikum

Hari ni alhamdulillah aku boleh jawab exam.tadi walaupun npening nak menghafal semua chapter yang masuk. Ehemm. Rumah sewa aku kan dekat area shamelin, korang tau kn yang One Shamelin dah bukak dah kelmarin. Tapi masih banyak la kedai yang belum bukak lagi. Cuma TGV dengan Overtime aje yang dah bukak.

Serius boring gila masa aku lepak sana tadi. Maklum la rumah dah dekat merayau ajelah keja aku lepas habis paper. Huhu. Tadi aku rasmikan TGV kat OS ni. Sumpah xde orang satu panggung tu. Yang ada aku dengan kawan aku dua orang je. Bestnyaaaa. Tak caya? Tengok gambar bawah ni. Kosong babe.


See. Kosong kan? Tetiba aku terasa panggung wayang tu bapak aku yang punya. HAHA. Seronok gila sebab time masuk pekerja tu tunjuk jalan, nak balik dia kata terima kasih. Lepas tu semua pekerja ramah-ramah. Tapi xtahu lah kalau memula aje ramah, lepas tu garang macam singa. Hehehe. K lah nak sambung stdy. BYE~

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 13

Contest Gambar Cool

Assalamualaikum.

Yang sebenarnya aku tak suka sangat join contest-contest yang melibatkan gambar-gambar. Hehe. Tapi di sebabkan hadiahnya merupakan RM100 aku pun rasa macam tergerak hati untuk join. Pemenang pertama sahaja dapat RM100. Kalau tempat ke dua or ketiga memang xkan menang apa-apa. HAHA.

Tapi aku tak tahu lah gambar yang aku nak masukkan ni cool ke tidak kan. Tapi yang pasti dalam banyak-banyak gambar, gambar ni lah aku rasa macam comel sikit. HAHA. Katanya tak boleh edit melampau. Relex owner contest aku tak pandai edit gambar pun. Edit pun pakai picnik je. Kesian kan? HAHA.


Aku rasa inilah gambar paling cool yang aku ada. Sebab aku pakai jacket. kan 'cool' tu? Boleh kan? Maklum lah Malaysia kan dah semakin sejuk sekarang. Hahahaha. Walaupun aku tahu peluang aku nak menang tu sangat la tipis. Tapi apa salahnya mencuba. Hik hik.

KBAI~

Perihal URL blog

Assalamualaikum.



P/S : Hamboi URL blog kau memang tak boleh panjang lagi ke bero? -.-"

Saturday, November 12

Gemuk itu satu dosa di mata manusia.

Assalamualaikum.

Aku tahu manusia ni memang tak suka benda yang tak cantik or benda yang hodoh. Okay terus-terang lah, kebanyakkan orang kalau jumpa orang gemuk mesti dorang akan kutuk and dorang akan pandang hina. Seriously. Aku rasa gemuk tu satu dosa di mata manusia. Tak payah la nak gebang dengan aku kononnya cantik tu tak penting. Kononnya korang tak pandang sangat kecantikkan tu. Kononnya korang tak hina and kutuk orang gemuk macam kami.

Aku tahu maybe kami yang gemuk ni tak secantik or tak sekacak korang yang kurus tu. TAPI kau pernah terfikir tak. ORANG GEMUK boleh diet jadi kurus dan cantik. Tapi kalau kau kurus dan hodoh, kau buat macam mana pun kau tetap hodoh! Then kau nak hina and kutuk orang kenapa? Kau kurus tak semestinya kau cantik/handsome babe. Then takpayah nak bajet-bajet korang paling hot dekat sini okay? please lah!

Okay sekarang ni aku nak start membebel. Okay, kami orang gemuk pernah ke menyusahkan hidup korang sampai korang nak pandang jijik and hina kiteorang? Pernah? Mak bapak aku pun tak pernah kata aku ni menyusahkan. Ini kan korang yang hanya watak tambahan dalam life aku? Oh common lah weh!

Next, ada ke kami yang gemuk ni mengemis mintak makan dekat korang? Ada ke kami suruh kau berhempas pulas semata-mata nak kasi kami makan? Damn! Kau ingat kau siapa? Aku sikit pun tak pernah makan pakai duit orang lah. 

Kami gemuk then bermakna kami ni lah paling hodoh? Oh please. Jari tengah untuk anda yang suka berfikiran demikian. Cuba kau usha cermin sikit. Bagitahu aku tang mana yang cantik/handsome sangat sampai kau nak kutuk and hina orang? Kau perfect sangat ke? bak datang usha muka kau sikit. HAHA.

Allah pernah turunkan hadis tak kalau gemuk tu menjadi satu dosa besar? Or tak boleh masuk syurga maybe? TAK ADA kan? Then kau pandai-pandai nak buat undang-undang sendiri untuk menghukum orang gemuk ni kenapa? Kau siapa weh? Ce kau story dengan aku sikit!

Okay ini sedikit peringatan nasihat untuk sesiapa yang suka pandang rendah, pandang hina, mengutuk, mengeji dan memengejek kami yang gemuk ni. INGAT! Kau kurus tak bermakna kau cantik/handsome dan jangan pernah anggap, kalau kau menghina orang lain dapat menutup keburukkan kau dan membuatkan diri kau kelihatan lebih perfect. HAHA.

KBAI~

P/S : Bercakap selagi kau mampu sebab kata-kata kau tak pernah jadi kudis dekat kaki aku.

(Sumber yang tidak boleh dipercayai : kalauterasapergimatilahkau.com)

Ini bukan entry show off !

Assalamualaikum.

Aku paling menyampah dengan budak yang suka nak show off ni. Bajet-bajet comel agaknya. Semua benda dia nak menunjuk. Nak tahu tak siapa budak kuat show off tu? Aku lah budak tu. HAHAHAHA. Jangan marah haaaaa ^_^

Benda ni aku pernah cerita aku nak beli. HAHA. Chill entry ni xde matlamat apa-apa pun. Bukan nak show off sangat pun. Just saja nak share kegembiraan aku dengan korang yang aku dah dapat satu barang yang dah lama aku idamkan. Nak tahu apa? Jeng jeng jengggg......


*

*

*

*

*

Lek lu. Sap kok lu....Scroll bawah lagi.

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*



Ini lah VARSITY JACKET yang aku idam-idamkan tu. HAHA. Okay aku tahu aku comel dalam gambar ni. Ini bukan perasan, ini kenyataan. Orang kata lah kan bukan aku kata. Hehe. Jangan marah, sekali sekala nak puji diri sendiri apa salahnya kan? Siapa lagi nak puji aku kalau bukan diri aku sendiri? Sobss.

Apa-apa pun sekarang ni aku rasa macam seronok sangat dapat benda yang dah lama aku nak. Fuhh! Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat ! Akhirnyaaaaa! <3 HAHAHAHAHA (gelak puas hati)

KBAI~

Friday, November 11

Dunia ni kecil aje bero -.-"

Assalamualaikum.

Dulu masa aku baru lepas dapat result SPM aku di tawarkan untuk masuk ke Politeknik. Politeknik mana? Politeknik Sultan Idris Shah. Tapi aku dapat buat Sijil aje dekat sana. Tapi alhamdulillah lah kan. Sebenarnya surat masuk tawaran politeknik tu bukan aku yang apply. Abang aku yang tolong applykan.

Bila aku dah dapat tawaran masuk Politeknik aku pun sediakan lah semua barang-barang yang perlu di sediakan. Print sana. Print sini. Cop sana. Cop sini. Biasalah kan. And one day aku ada terserempak dengan budak sekolah aku.

Seperti yang korang tahu aku xbanyak kawan perempuan. Aku kenal dia pn sebab dia pengawas sekolah yang bajet-bajet cun. Okay sambung cerita. Bila terserempak dengan dia, dia tanya aku dapat sambung stdy dekat mana, aku pun bgtau la kat mana.

Kebetulan dia satu politeknik dengan aku. Minggu depannya nak register. Dia langsung x prepare apa-apa. Kata nya dia xtahu. Aku pun ajar lah kan apa yang kena buat. Lepas tu dia minta number aku untuk senang dia contact.

Bila dah masuk politeknik tu. Minggu pertama tu aku cadang nak balik rumah (Tmn Keramat). Lepas tu aku message lah dia ajak balik sama-sama naik bus. Lepas tu dia langsung xreply message aku. Call pun tak angkat. Ciss!

Aku biarkan ajelah. Aku naik bus sorang-sorang. Dah lepas tu baru dia message aku dia kata dia balik KL dengan parents dia. Then aku pn xkisah la. Then masa nak balik Politeknik tu aku message dia lagi. Kot-kot dia nak ikut aku naik bus.

Eyfa : Kau balik poli naik apa? Bapak kau hantar ke?
Minah : Tak sure lagi. Maybe lah.
Eyfa : Oh okay, kalau kau balik dengan parents kau boleh x aku nk tumpang barang aku sikit?
Minah : Hm. Tengok lah kalau muat.

Ayat kau pun aku dah tahu kau xnak bagi tumpang, so aku malas nak reply. Maklum la family aku orang susah siapa aje yang suka orang susah kan? Dah lama lepas tu aku langsung tak pernah contact dia dah. Siap selisih tepi jalan pun aku xpandang.

Nak di jadikan cerita, ada satu mamat ni lepak dengan aku. Dia cerita pasal minah belagak tu. Aku pun buat-buat tak kenal lah time dia cerita tu. Lepas tu mamat tu kata minah belagak ni ada bagitahu mamat yg aku lepak ni minah belagak tu kenal aku sebab sebelum ni aku xmengaku aku kenal minah tu. Mamat tu dah jadi pelik. HAHA.

Minah ni punya gaya bajet-bajet anak orang kaya, lepas tu perasan cun. Memang dari sekolah lagi perangai dia macam tu. Dah lepas habis politeknik tu aku ada kerja part time. And you know what? kat sana aku berkawan dengan kakak ipar minah belagak ni.

Aku pun korek-korek ah rahsia sikit dekat kawan aku ni pasal family husband dia. Macam-macam cerita aku dapat tahu. Hehehe. Sronoknya bila dapat tahu rahsia orang yang aku xsuka. HAHA.
Rupa-rupanya minah belagak ni x lah KAYA seperti yang di sangka. Abang dia kahwin dengan kawan aku (kakak ipar) pun berhutang! Semua pakai duit perempuan. HAHA. Sumpah kelaka. Selama ni kau duk gebang sana sini bajet kau anak orang kaya? Last-last? Semuanya dah terbongkar. 

Dunia ni kecil aje weh. Kau pusing-pusing jumpa balik. HAHA. Loser punya perempuan! Puiii~

P/S : Kawan aku cerita dekat aku pasal family husband dia sebab time tu aku kerja dekat pejabat peguam, time tu dia tengah ada masalah besar dengan husband dia. Dia tanya aku, so untuk bagi jawapan yang sahih aku kena tahu la kan ceritanya macam mana. Itu sebab lah boleh terbongkar yang minah berlagak tu sebenarnya bukan lah dari keluarga yang tak KAYA. Hehe.

Thursday, November 10

11.11.11 - its just a number.

Assalamualaikum.

Hari ni aku buat facebook masing-masing updated status facebook pasal 11.11.11, sebenarnya apa yang special sangat? Aku kurang kefahaman sikit bab ni. Its just a number lah babe. Sebab number sama 11.11.11 itu ke yang buat special? Bagi aku tak la special sangat. Tahun depan ada lagi, 12.12.12 kan? (itu pun kalau aku hidup lagi la tahun depan) So, nothing special la.

11.11.11 jatuh pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Korang tak takut ke? Aku ada rasa cuak sikit sebab maklumlah aku rasa pahala aku belum cukup lagi untuk buat tiket masuk syurga. Korang pulak dok syok-syok tarikh best lepas tu nak cari aweks/balaks utk couple. Konon-konon sweet lah en? tak pun kononnya nak buat perkara yang indah2 untuk jadikan kenangan. Adoii~ Baik lah kau mengaji kat rumah dapat gak tambah2 amalan yang serba kekurangan tu. 

Relex. Jangan taksub sangat. Aku rasa yang best pun pasal 11.11.11 ni sebab aku banyak dapat jemputan kahwin. MAKAN FREE! Yahoooooo! And one more ada kena mengena dengan tarikh 11.11.11 ni cerita Immortals yang di tunggu-tunggu ni keluar panggung. Hahaha. Itu lagi best. Haha. Yang lain biasa je. Takyah nak taksub excited sangat.


KBAI~

BELOGLIST AIN DZAYA | Earning Nuffnang Ain Dzaya untuk SAYA!

Assalamualaikum.

Di malam yang indah ini di temani dengan cahaya bulan yang menggoda jiwa membuatkan aku ingin mengambil bahagian dalam segmen Bloglist Ain Dzaya. Fulamakk! Kalau cikgu sastera sekolah aku tengok sure dia bangga siot! HAHA.

Kali ni aku semangat sikit nak join sebab dak Ain Dyaza ni nak share earning Nuffnang dia. Siapa yang taknak babe? Lagi-lagi aku yang mata duitan ni. Sebut pasal duit apa pun aku sanggup lakukan walaupun terpaksa membunuh orang lipas.



Pada pendapat aku blog dia dah okay dah, tak banyak widget yang merepek and menyemakkan mata memandang. Ringan pun ringan kan. Header dia comel macam banner dia juga (ini bodek lebih ni). Background warna-warni gitu, meriah you all. Tapi kalau boleh sidebar tu jangan buat transparent sebab kekadang macam susah nak baca apa yang tertulis or yang terkandung dekat sidebar tu. and lastly kalau ada aku dekat dalam bloglist dak Ain Dyaza ni aku sure mesti blog dia akan kelihatan lebih cool. (idea xboleh pakai) HAHAHHA.

Aku harap dia baca lah apa yang aku dah membebel panjang-panjang ni. Mana lah tahu lepas dia baca ni terus dia pilih aku, takyah la pakai random.org tu. HAHAHAHA. Okay aku tahu aku selfish and tamak. Biasa lah orang tamak kan selalu untung. Errr~

Okay, mangsa tag aku yang bertuah pada minggu ini jatuh kepada :-

(http://coretanakhir.blogspot.com/)

(http://ernamorgan.blogspot.com/)

(http://miniliebe.blogspot.com/)

Wednesday, November 9

Ubat? Yekkk!

Assalamualaikum.

Sebenarnya esuk pagi aku ada paper ni kul 9 pagi. Sempat lagi tu buat satu entry. HAHA. Bukan sebab apa, aku study tak masuk kepala otak. Ntah kenapa ntah kepala otak aku ni tak boleh nak terima ilmu. Jemm agaknya. HAHAHA.



Okay berbalik pada topic kat atas. Siapa sini tergolong dalam golongan orang yang takut makan ubat? Tak kisah lah ubat batuk ke? ubat demam ke? ubat selesema ke? Ubat gegat mahupun ubat nyamuk! HAHAHA. Apa-apa jenis ubat. Ubat tu ubat air or ubat pil tu.

Kalau korang tergolong dalam golongan di atas ni serius korang gedik. Hehe. Okay tak la gedik sangat cuma mengada-ngada sikit aje. Aku nak kata suka makan ubat tu, tak lah suka. Biasa-biasa je. Boleh lah tekak aku terima kehadiran ubat ni. Hehehe. Karang terlebih suka dah kira lain kes pulak kan. Takde keja pulak aku nak teguk ubat batuk berbotol-botol kan. Hehe.

Kenapa korang tak suka makan ubat? Tak sedap ke? Aku rasa memang la tak sedap tapi xde la sampai tak boleh nak telan takat sebiji dua or sesudu dua tu. Tapi lain la kalau kau memang ada penyakit yang nak kena makan sampai 7 hingga 8 jenis ubat sehari tu.

Aku ada juga tanya kawan-kawan aku. Dorang kebanyakkan jawab "Eeee ubat? Yekk! Tak sedap doe, pahit!" (sambil buat muka mintak ludah) Aku dalam hati dah tergelak dah. Budak-budak ni mesti suka bajet-bajet comel depan boyfriend dorang bila dorang sakit. Saje nak memanja suruh boyfriend suap ubat. Puiii~

Okay ini dah lari topic sikit. Maklum la. Aku memang pantang jumpa perempuan gedik ni. Aku rasa macam nak ludah bagi flying kick kat muka dorang dari jauh. HAHAHA. Akhir kata, kalau dah sakit tu tak payah ngada2 gedik taknak makan ubat. Kau tak comel pun pura-pura xsuka makan ubat. Menyusahkan ada lah. HAHA.

KBAI~

Wordless Wednesday | Mr. Bean


P/S : Salah satu cerita yang aku layan masa kecil-kecil dulu <3

Monday, November 7

#1500 Followers

Assalamualaikum.

FOLLOWERS #1500


Alhamdulillah, bukan nak belagak hanya nak beri sedikit penghargaan. Thanks pada meraka yang sudi tekan button follow tu ya. Followers yang jadi pilihan aku, akan aku promote selama 5 hari di feed blog aku seperti yang dah tertera di bawah header aku tu. Itu sahaja kali ini. Thank you so much for supporting me :) KBAI~

Serius kau kena beli Album ni.

Assalamualaikum.

Biasalah aku selalu gak godek-godek youtube. Aku dah lama nak share benda ni dengan korang. tapi nak buat macam mana asik terlupa aje. HAHA. Serius lawak gila. Aku gelak bukan main kuat lagi. Satu rumah boleh dengar. Tapi aku rasa dah ramai yang dah usha video ni. HEHEHE. Apa pun ENJOY! =D




AND tengok ni sekali :D

Sunday, November 6

Best Quotes


(SUMBER : Best-Quotes)

Pesanan Penaja

Virus K-Pop sudah merebak.

Assalamualaikum.

Siapa sini peminat Paddle Pop K-POP aku jangan baca entry ni. Aku dah bagi AMARAN! Kau degil nak baca gak lantak kau lah kan. Kalau sakit hati sendiri tanggung, aku gelak aje dari jauh! HAHA.


Aku tahu aku memang cari pasal sebab kebanyakkan budak-budak sekarang and kebanyakkan followers blog aku pun ramai peminat K-POP ni. Aku bukan nak mengutuk, cuma nak mengata aje. Tak salah kan? HAHA. Ala sekali sekala. Relex sudah! Jangan emo sangat.

Aku sejak kebelangan ni buhsan la. Asal blogwalking aje mesti aku mute kan volume lappy aku sebab aku menyampah tak berapa suka sangat dengar lagu K-POP tu. Dah la autoplay pulak tu. Takde button stop. Ntah apa yang syok sangat ntah aku pun tak paham sampaikan setiap entry kau, semua nak bubuh gambar bebudak korea tu. Oh please lah!


Nak kata handsome sangat. FAIZAL TAHIR aku lagi handsome. Nak kata lagu dorang best? Hmmm. Boleh lah. Biasa-biasa je ada lah satu dua yang best. tapi bagi aku takde lah sampai addict kan. Haaa. Nak kata aku buta seni lah tu sebab aku tak minat K-POP!

Tapi aku rasa tak lama lagi reda ah musim K-POP ni. Mintak-mintak lah! Sebab aku dah serabut kepala otak tengok blog-blog yang di penuhi dengan muka bebudak korea tu. Damn! Cuba lah taruk muka aku. Comel apa? HAHAHA. Oh lupa? minat K-POP? Sila Click Sini! ^.^ Boleh gak aku buat modal. Huhu

KBAI~


P/S : Lepas ni ramai peminat K-POP unfollow blog aku. HAHAHAHA

Saturday, November 5

Ieyza Afieyna 1st Giveaway

Assalamualaikum.

Aku rasa dah berabad dah aku tak join Giveaway ni. Bukan apa, asal join tak pernah lah aku bertuah nak memang hadiah. Tu yang rasa macam malas nak join tapi di sebabkan dah kena tag dengan KAWAN BAIK aku yang sorang ni aku gagah kan diri untuk mengejoin GA kali ni.




Mangsa tag kali ini ialah :-


Aku bukan liza lah bro!

Assalamualaikum.

INI ADALAH PERBUALAN TELEPHONE


Aku rasa manusia sekarang ni makin lama makin bodoh tak bijak lah. Cakap sekali tak faham bahasa. Nak aku cakap pakai kaki ke apa baru nak faham ? Kesian mak ayah kau hantar kau pergi sekolah suruh belajar last-last bebal jugak.

KBAI~

Friday, November 4

Amboi! Sedapnya kau nak mengata orang.

Assalamualaikum.

Aku rasa semua orang suka benda yang cantik/lawa. Menipu lah kalau korang suka yang buruk-buruk kan. 

Selalunya kalau orang cantik tapi perangai buruk orang akan kata "Ah! Minah ni, harap muka cantik aje lebih! Perangai macam haram je!" tapi aku rasa atleast ada juga lah cantiknya kan tang muka tu kan? Hehehe.


Tapi kalau kau dah muka macam muka jamban tak siap, perangai pulak memang mintak kaki. Aku tak tahu lah nak gelar orang macam ni jenis apa? masuk dalam golongan cantik ke tak cantik? HAHA. Aku rasa tak ada langsung yang cantiknya. Nak harap muka? Hantu tengok kau pun aku rasa hantu boleh pengsan. Perangai? lagi teruk aku rasa. Apa pun tak boleh. Itu pun still ada hati tu nak mengata orang. HAHA. 

Bawak-bawak lah sedar diri sikit. Cuba buat peragai tu serupa orang sikit. Ini tidak, mengata orang lebih. Semua orang ada je cacat celanya. Kau relex aje. Apa kata kau usha diri sendiri dulu sebelum nk mengata orang? HAHA. Kau fikir lah sendiri. Aku malas nak cakap lebih-lebih.

KBAI~

Tips bodek pensyarah

Assalamualaikum.

Orang kata bila kita dah masuk U atau kolej nanti kena pandai bodek ambil hati lecturer kan. Maklum lah 100% semua bergantung pada lecturer. Kalau lectuer tu tak suka kau memang failed lah kau punya subject tu. Apa kau buat semua tak kena walaupun kau tak buat salah. HAHA.

So, dalam erti kata lain. Kau suka ke tak suka lect tu kau kena buat baik jugak. Dia handsome ke tak handsome ke kau tetap kena pandai ambil hati dia. Jangan la sesekali kau buat taik dengan dia. Silap-silap kau jumpa dia lagi next sem (maksudnya repeat paper lah tu. Jangan bebal sangat)

Party 'terkejut' untuk lecturer aku <3
Ni aku ada sedikit tips untuk bodek lect.
  • Dalam class kau pay attention walaupun mata kau mengantuk. Kau kena pura-pura minat dalam subject dia. Contohnya, kekadang aku xpaham pun apa lect tu ajar. Apa lect tu cakap aku selalu ulang balik bajet-bajet aku focus. HAHA.
  • Lepas tu kau pura-pura lah active sikit dalam class. Bebuat banyak tanya. Baru lah dia kenal kau. Bila dia dah kenal kau senang dia nak bagi MARKAH KESIAN dekat kau. Setakat pay attention sambil buat muka beruk kena sula memang nampak sangat kau pergi class dia terpaksa.
  • Buat class tu happening sikit. Baru dia seronok nak mengajar.
  • Kalau jumpa mana-mana (dalam kolej) tegur lah kalau boleh bagi salam dekat dia. Kalau jumpa dekat luar kolej kau buat-buat lah tak nampak. HAHAHA
  • Datang awal class dia dan jangan ponteng tanpa sebab. Selalu lect akan ingat siapa yang rajin datang class dia.
  • Lepas class salam lect tu ambil berkat sikit. Tapi jangan pulak if kau perempuan lepas tu nak salam lect laki memang kau mintak ludah secara bergu lah jawabnya.
  • Pergi class pakai pakaian sopan baru sejuk mata lect pandang kau, jangan kau pakai baju ala-ala rempit cikaro (bagi student ipts) memang namanya kau mintak kena rogol beramai-ramai.
  • Jadilah class rap bagi semua subject. Bila kau jadi class rap kau akan rapat dengan lect. Kat situ kau boleh ambil peluang utk bebuat baik dgn dia utk bagi markah lebih. If dia minta tolong apa-apa jangan mengeluh. Buat je. Penat lelah kau akan di gantikan dengan markah.
  • Bila birthday lect tu kau buat la party 'terkejut' untuk lect tu. Takyah bagi hadiah pun xpe. Kau beli ajelah kek sebiji. Serius lect tu akan ingat korang satu class sampai bila-bila.
Lagi apa eh? Kat atas ni memang aku selalu buat. Kalau dalam class aku jelah yang selalu berbunyi. Kalau aku tetiba sehari tu diam mesti orang ingat aku tak sihat. HAHA. Aku bodek bukan sebab aku tak bijak or aku tak pandai. Tapi ni lah kehidupan. Siapa nak terus hidup terpaksa lah ada muslihat sikit kan. Jangan risau bukannya aku suruh kau melacur nak dapat markah lebih kan. Relex.

Thursday, November 3

Tips meniru dalam exam

Assamualaikum.

Sejak dua menjak aku exam ni kan ramai yang dah kantoi sebab meniru dalam exam. Ini final exam beb. Nak meniru pun agak-agak lah. Gila hati kering korang ni. Kalau kantoi kena repeat paper tak pasal-pasal. Tak ke cari masalah tu?



Ini adalah cara-cara nak meniru dalam exam (kawan-kawan aku yang buat)

  • Letak notes kecil and tampalkan pada lengan tapi pastikan pakai baju kurung. Kalau lelaki tu aku xtau lah kan. Kau pakai lah baju kurung gak kalau nak meniru sangat. HAHA.
  • Salin notes dalam handphone lepas tu letak handphone dalam pencil box. Time nak tiru pura-pura lah cari barang dalam pencil box. Hehehe.
  •  Untuk perempuan yang pakai kain terbelah belah depan korang juga boleh letak notes antara celah bedah peha korang tu. Kalau lelaki pun boleh. Masuk-masuk dewan aje terus letak notes dekat celah peha korang. Kalau nak usha korg kangkang2 sikit. HAHA
  • Simpan notes toyol dekat calculator (kalau exam math)
  • Letak notes dalam toilet. Lepas tu pura-pura lah nak tercirit.
  • Letak notes dalam kasut pun boleh gak. Tapi ikut tempat lah. Kalau dewan aku mmg tak clear.
  • Tulis notes atas tapak tangan. Lepas tu dah masuk dewan cepat-cepat salin atas kertas then padam laju-laju.
  • Tak pun tulis atas tisu or sapu tangan. Line clear pandai2 la korang nak meniru.
  • Last sekali cara meniru paling bodoh sekali tanya kawan sebelah (padahal kawan sebelah tu pun 2x5 bodoh macam kau)


Siapa hati kering boleh lah buat. Aku ni hati selembut baldu muka pun sesuci debu kan mana lah berani nak buat. HAHA. Setakat dalam kuiz, or test biasa aku berani lah tapi kalau dalam final memang tak lah kan. Kang sia-sia aku dapat failed terus. Menangis orang tua aku kat rumah tu. HEHE.

Okay lah pada siapa yang tengah exam macam aku tu, good luck untuk korang okay? Jangan tiru-tiru tak berkat marak korang yang tinggi-tinggi tu. Biar markah rendah asalkan atas usaha korang sendiri. Hhehe.

KBAI~

Wednesday, November 2

Wordless Wednesday | New pages

Assalamualaikum


P/S : KALAU SUKA TEKAN 'LIKE' ^.^
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com