Sunday, May 13

Hikayat pinjam-meminjam.

Assalamualaikum.

Kalau sesiapa pernah duduk hostel ataupun duduk rumah sewa aku rasa mesti korang semua pernah alami pengalaman yang aku akan cerita kan dalam entry ini.

Pinjam-meminjam.

Ya! itu adalah tajuk yang kita nak bahas kan pada kali ini. Siapa kat sini jenis suka pinjam barang orang? Aku harap kalau korang baca hope korang boleh lah ubah perangai korang. Tak kisah la sama ada korang minta kebenaran ataupun tidak.

Tanya pada diri sendiri dulu. Korang suka tak orang pinjam barang korang? Terus-terang aku jenis tak suka orang sentuh barang aku, apa entah lagi pinjam. Pinjam minta izin tak mengapa, di maaf kan. Ini bab pinjam tanpa izin dan terus buat harta persendirian konon nya barang tu hak korang sepenuhnya.

Pinjam-meminjam ni selalunya perempuan aje yang suka. Pinjam tudung, pinjam baju, pinjam seluar, pinjam kasut, pinjam stokin, pinjam cekak rambut, pinjam getah ikat rambut, pinjam bedak or alat make up, sampaikan pinjam pakaian dalam pun ada dan lain-lain lagi lah.


Tapi yang aku pelik, aku ingatkan lelaki tak ramai (aku saje je bold nanti orang salah faham) yang jenis macam perempuan ni. Setahu aku lelaki ni suka bila pakai benda yang jadi hak dia, maksud aku dia lagi suka bergaya dengan barang dia, bukan dengan barang orang lain macam orang perempuan. Kan kan? Ke aku aje yang anggap macam ni?


Sejak aku duduk rumah sewa ni macam-macam cerita aku dengar dari boyfriend-boyfriend kawan bilik aku pasal bebudak rumah dorang suka pinjam barang, pastu buat harta. Dah lah tak bagi tahu. Balik-balik aje tengok dalam almari baju dan seluar dah hilang. HAHA.

Aku rasa macam kelaka. Kau bukan main lagi bergaya, bajet-bajet handsome pakai baju orang lepas tu mention kat orang itu baju and seluar kau. Tak malu ke? Adoi! Tak faham la aku. Bergaya dengan barang sendiri tak boleh?

Macam-macam lah. Lepas satu, satu! Dunia.......Dunia.....

5 comments :

Ayu Imani said...

alhmdullah wat masa ini xde part pinjam meminjam..semua iman gune iman pny...kat umh iman sorg je xde sesapa kite nak bershare...hihi...

J.Syazwana said...

sebab tu lagi best duduk bilik sorang2. hehehe

Mia Meymi said...

same mcm mia..mueheheh..sgt tak suka klau ade org sntuh barang2 mia..klau nk pnjam mtk izin dlu xpe, ni tak, snang2 je amik mcm barang tu dia yg punye..

Jannah Salleh said...

kdg kdg bengang jugak kalau kerap sngat pinjam.sekali skala takpelah jugak.

Anonymous said...

saya sangat setuju dengan post entri ni..saya jugak mengalami masalah yang sama.Masa zaman universiti dan sampai sekarang zaman kerja duduk rumah sewa dapat housemate yang suka sangat nak pinjam tudung, baju, kasut,alat make up, dan lain-lain. seperti yang awak senaraikan sehingga benda-benda kecil. Kalau jenis pinjam pulangkan balik tak apa.Ini tidak, dia terus buat harta. Saya pun pelik walaupun dia anak orang berada tetapi suka sangat nak pinjam barang orang. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. saya ini anak orang biasa saja tapi saya sangat menjaga barang-barang saya suapaya tahan lama kerana agak susah untuk beli yang baru.

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com