Thursday, May 24

Terasa kehilangan.




Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur sebab akhirnya tamat dah semua cerita semester 4 di Kolej Poly-Tech Mara, Kuala Lumpur. Tapi berakhirnya kisah sem 4 ni tak berapa menarik sikit.

Ini bukan pasal exam ini lebih penting dari exam. Exam so far alhamdulillah semuanya boleh jawab cuma ada satu paper aje macam kantoi sikit HAHA tapi kira overall okay lah, just nice.

Ini pasal roommate aku dekat rumah sewa. Hmmm. Masalahnya macam ni, dah seminggu lebih roommate aku tak tegur aku walaupun aku lalu depan dia. Dia buat macam aku ni tak wujud. Memula aku macam tak dapat tangkap yang dia tengah ignore aku tapi masa start paper HBE tu ada rasa mcm something wrong somewhere.

Hmm. Aku tak tahu apa salah aku actually. Dia tetiba menjauhkan diri dari aku. Seriously aku rasa macam kehilangan. Aku rasa macam tak lengkap hidup aku kat kolej tu kalau tak berborak dengan dia sehari. 

Aku nak tanya dia, apa masalahnya? Apa salah aku? Tapi aku ni jenis susah nak bukak mulut bila dah jadi macam ni aku rasa mcm rela lagi aku diamkan diri. Bagi aku bila orang dah taknak tegur or taknak kawan buat apa kita nak paksa-paksa kan?
Tapi tu la aku dah macam rapat and selesa dengan dia macam ni pula jadi. Maybe memang salah aku. Aku tak pandai nak jadi kawan yang baik agaknya. Aku dah try message dia tapi tak pernah dia reply. Selalu tak macam ni. Aku rasa macam "Errr...Besar sangat ke salah aku sampai taknak bertegur sape dengan aku? -.-"

Today dah last kat kolej. Lepas ni cuti sem dah tentu lah jadi makin renggang hubungan kita orang. Korang rasa apa aku patut buat? Face to face? Dia pandang aku pun taknak. Acane? Call? Dah tentu tak akan angkat.

Serious aku buntu ! (~.~)




8 comments :

Azzah said...

berdepan dgn dia,tanya knpa dia berubah..

roziahojijie said...

aku pun tgh mngalami masalh ko ni taw .. aku pernah kol kwn aku tu , die ckp tgh drive lah , ade polis lah , then terus letak . alasan die mcm tak nak ckp ngn aku ..

Hmm . aku tak tahu ape slh aku . Aku rasa kau perlu jumpa die lah . tye die , ape salah kau pade die . Mungkin ni sume slh fhm je . Aku plak , mungkin akan terus mcm ni sampai bila2 .. Aku rasa mls nk cari die .. Kalau die kwn aku , dye takkan buat mcm tu kat aku . Kan ? :')

Ayu Imani said...

eyfa klo iman dpt kwn mcmnie..iman pun xsenang dok tau kerana xtau apa salah kite.tapi kebiasaannya iman akan merendahkan ego dan mulakan teguran pada dye,bermaksud secara face to face dan duduk berbincang apa masalah kite ini?klo iman ade buat silap dgn sejujur iman memintak maaf dari hati ke hati klo tidak kite dengar apa masalahnya..sebabnya iman xnak persahabat yg baik terputuskan..jadi dgn cara ini sirahtulrahim kite akan berkekalan..=D

sorii sgt pjg pulak bercelotek kat sini..

Asyiqin Haulisah said...

alah sedihnya. kalau masih syg kan hubungan ni, just tegur dia. yg penting kita dah usaha nak berbaik.

ezy.fia said...

prnh gak jd cenggini mase duk hostel dlu..
tetibe j rumet xnk tgor kite..
sedih tau..
try b'dpn ngn die tnye pe mslh.. kalo diam je bile nk setel..

kura said...

haa. nnt dia stalk blog ni, bila dia baca. moga moga dia paham. ewah!

Unknown said...

nape lak ni KAWAN BAIK? ala biasa la tu. maybe dia tgh ada masalah ke.

kalau kau xleh berdepan dgn dia, apakata kau try msg je dia. kau luahkan dlm satu msg. biar panjang. nnt bile dia nampak keikhlasan kau menaip panjang2 tu maybe hati dia lembut sikit ke kan.

btw, haritu kau nasihat aku, sekarang aku lak nasihat kau.

Anonymous said...

Now apa dah jd?? saya dah 4 bulan dia buat mcm tu... saya pun buntu...

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com