Monday, May 7

Service delivery McDonald sangat teruk!

Assalamualaikum.

Hari ini aku rasa macam masa tu berlari bukan main laju lagi sebab tadi aku bangun study pukul 9 pagi, lepas tu khusyuk duk study tetiba aku rasa macam sangat lapar. Siap menggigil tangan aku duk salin notes. Tengok-tengok jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. 

Aku pun ringankan lah tangan nak call McDonald sebab malas nak start motor nak beli makanan, kang lari focus aku nak study nanti. HAHA.


Aku pun call lah McDonald, memula kan dia akan minta contact number kita dahulu, aku pun bagi jelah. Then minta alamat pula, aku bagi jelah alamat rumah aku. Lepas tu dia tak faham alamat yang aku bagi tu. Aku cool lagi.

Dia mintak lagi sekali, aku cakap lah balik alamat aku bla bla bla blaa. Aku sebut SHAMELIN tapi dia dengar lain. Aku dah siap eja dah untuk dia but still tak boleh pick up apa yang aku cakap. Lepas tu aku eja lah slow-slow untuk dia. Kira boleh sabar lagi ni. Lepas tu dia kata 

"Kejap ya cik saya semak alamat cik dulu"

Tunggu punya tunggu dia hold aku punya call hampir 5 minit. Aku pun end call lah terus. Then aku call balik McDonald. Aku dengar-dengar suara macam suara orang yang sama tadi yang hold call aku sampai 5 minit tu. Then macam biasa dia minta balik info apa yang dia dah mintak tadi, lepas tu time alamat aje jadi benda yang sama lagi. 

Aku pun ulang lah balik kan alamat rumah aku. Dia asik tak dengar aje sampai aku dah menyirap aku tinggi kan suara aku bagi alamat aku. Lepas tu dia kata okay. Aku rasa macam nak confirm kan alamat aku tadi betul aku tanya lah balik dekat dia.

"Boleh ulang balik alamat saya bagi tadi?"

"Errr. Maaf cik boleh ulang balik tak alamat tadi? Cik cakap laju sangat!"

Aku time tu rasa macam nak hempok aje mamat ni. Nak kata bodoh tak bodoh, nak kata bebal tak bebal. Aku pun hangin lah kan! 

"Aik tadi saya dah siap eja kan alamat saya pun boleh tak dapat pick up? Awak ni pandai buat kerja ke tak? ke nak saya tolong kerjakan awak?"

"Maaf cik. Sebentar ya!"

"Kau nak suruh aku tunggu berapa lama lagi? Dah la hold call aku sampai 5 minit, lepas ni nak hold berapa lama? 1 jam? Agaknya aku topup memang nak beborak dengan kau lama-lama dekat sini."

"Sebentar ya!"

Dia punya sebentar sampai 3 - 4 minit. Aku dah rasa macam nak meletop dah ni duk tahan marah! Last-last aku end call aje. Jahanam punya McDonald. Apa ke amek orang bebal macam tu kerja? Buang masa, buang duit aku je!

Lepas tu aku menyirap aku g page Mcdonald Malaysia dekat facebook aku buat complain. Padan muka! Siapa suruh buat aku marah! Sebelum ni aku delivery Mcdonald tak pernah pun jadi macam ni. Tak sampai 3 minit dah boleh settle semua.

Okay dah! Aku taip panjang-panjang ni siapa nak baca? HAHA. KBAI~

18 comments :

Eyqa Hasnan said...

haha . sabar . mungkin telinga dia ada masalah kot !

Amanina said...

saya baca kak. hmm, bebal kot org yg kerja tu. jenis takpaham bahasa. takpun xpenah dgr SHAMELIN tu. Haha. :D . Sabar ye kak

azam said...

hehehe...biasa tu....jadi jgn call...g beli je terus

Rafflesia™ said...

kihkih..masa syieda study di segamat, order patut di hantar ke bandar utama segamat, sekali diorg hantar bandar utama di KL..wahahaha sepuloh tahun xkorek telinga gamaknye...

Tentang Kita said...

rasanyer setiap call yg diaorg jawad diaorg record kut....sengal la staff tu

Anum said...

kadang2 ok

nur anis said...

pergh..tension kot berurusan dengan orang macam tu...dah la penat tunggu..kredit jalan..huhu

Yuyu Ashari said...

haha, padan muka si org angkat call tu. kan da kena sembur. haha.

CikMai said...

hahaha , saboo sabooo jangan emosi..dpt burger sejuk lah hatiku , kan kan

Sally Yatiey said...

Sabar Cik Eyfa :D Hee

Dba Dealova said...

so..janganlah pilih Mcd.pilih lah KFC...soo gooood.hehe...

Nurmujahidah Ismail said...

muja bace,, ehehe,, ntah pape,, melayu ke tak phm bm,,

Ezy Chiaki said...

org baru kot yg pick up call tu..
hikhik
sabo2..

shark said...

heheh
marah btul dia..
mmg menyirap kalu kene camtu.

faridah nazurah said...

hahaha sebelum ni aku call mekdi okey je.. kesian kau..

ary_lee said...

HahahahahXD
Eyfa ni boleh tahan gak eh?
Ni kes lapa sggt lah ni..
Tu yang amukan drakula eh?
HahahahaXD

cik najihah said...

die tengah kelam lah tu kot

siti kektus said...

Sabar2. Ni bkn slah mcd, ni salah org tu. Dia ada masalah pendengaran kot. Huhuu

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com