Assalamualaikum.
Zaman sekarang ni perangai manusia makin lama makin pelik, makin lama makin tak senonoh. Aku bukan buat entry ni untuk mengata ataupun mengumpat sesiapa dekat sini tapi ini lah hakikatnya manusia zaman sekarang ni.
Ramai yang selalu ucapkan kata sayang dan kata cinta pada ibu bapa mereka tapi aku rasa "kata-kata" sahaja tidak cukup untuk membuktikan kasih sayang kita pada mereka. BUKTI KAN!
Ini tidak, ibu bapa korang anggap macam musuh, korang anggap macam membebankan, korang anggap macam menghalang cinta korang dan sebagainya. Aku nak tanya, ada ke ibu bapa yang nak benda buruk terjadi pada anak-anak mereka? Aku rasa tak ada. Kecuali ibu bapa mereka itu binatang bertopengkan manusia.
Antara ibu bapa dengan pasangan atau kekasih korang? Mana patut di dahulu kan? Mesti ramai yang akan kata ;
"Eh! Mesti la ibu bapa aku. Siapa yang tak sayang ibu bapa sendiri weh?"
Macam aku cakap tadi, kata-kata tak memainkan peranan penting pun sekarang ni. Sekarang ni berapa ramai yang kahwin lari ikut kekasih dan tinggalkan ibu bapa mereka? Berapa ramai yang lahirkan anak luar nikah? Aku rasa dah jadi trend dah kahwin lari dengan lahirkan anak luar nikah. Macam berlumba-lumba pun ada.
Masa korang buat semua tu ada korang fikir tentang perasaan ibu bapa korang? Kalau ya pun tak fikir Allah, ataupun tak fikir dosa sekurang-kurangnya fikirkan ibu bapa korang. Tak pun fikir kan tentang diri sendiri.
Aku kadang-kadang tak tahu nak cakap macam mana dengan orang-orang macam ni. Dulu bukan main baik, aku respect, sekarang? Kalau aku jumpa aku rasa macam nak tolong azan kat telinga dorang bagi insaf sikit sebab buat ibu bapa dorang menangis fikirkan anaknya tak jadi MANUSIA.
Jadi, kalau nak berkawan ataupun pasangan pilih lah yang bagi pengaruh positive bukan negative. Kalau korang nak tahu selain ibu bapa,kawan dan kekasih adalah pengaruh paling besar dalam kehidupan korang. So, pilih kawan yang baik!
Aku merayu, kalau sayangkan ibu bapa korang tolong jangan buat sesuatu yang boleh membuatkan mereka kecewa dan mengalirkn air mata. Please! :(
3 comments :
Betul2 :) Peringatan yang berguna untuk semua :D nice entry sis. hee
Ya Allah jangan sesekali buat saya terlupa pengorbanan ibu ayah T_T
paling tak suka dengan orang yg utamakan kekasih dia dpd parents dia. rasa macam nak cekik2 je makhluk tu.. :)
Post a Comment