Wednesday, May 30

Tutorial letak Twitter fans box di blog

Assalamualaikum.

Tahukah anda sekarang ni twitter pun dah boleh buat fans box tau macam facebook. Nak tahu bagaimana caranya? Jom ikut tutorial ni :D



1. Design > Page Elements > Add a Gadget > HTML Javascript

2. Copy and Paste code di bawah ini :

<script src="http://s.moopz.com/fanbox_init.js" type="text/javascript">
</script>
<div id="twitterfanbox">
<script type="text/javascript">
fanbox_init("EYFAalias");
</script></div>
<style>
.FB_SERVER_IFRAME {
width:290px !important;
height:250px !important;
}
</style>

3. Gantikan EYFAalias dengan id twitter anda.
4. Selesai!

K-POP fever | Showdown 2012

Assalamualaikum.

Aku tahu memang sangat ramai peminat K-POP dekat Malaysia ni. Aku tak boleh nak nafikan. So, pada semua peminat-peminat K-POP korang wajib and mesti tengok episod Showdown pada hari ini! Hari Rabu (30may), jam 9.30 PM hanya di 8TV!


MORE INFORMATION CLICK HERE NOW!!

Tuesday, May 29

Tomok OIAM dapat baby lelaki.

Assalamualaikum.

Tomok OIAM petang tadi mengumumkan melalui Twitter yang isteri beliau Ayu kini telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 29/05/2012 jam 6.03 petang tadi. Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar atas kehendak-Nya. Berat baby boy Tomok ni 3.33kg.


Woah! Lepas ni mesti lagi semangat nak masak dekat Masterchef sebab dah ada baby baru. Hikhik~ Congratulations Tomok OIAM.





Says Birthday Giveaway - Get Presents Everyday

Assalamualaikum.

Ini adalah peluang keemasan pada mereka-mereka yang gemarkan giveaway. Korang sangat bertuah sebab sempena ulang tahun Says.My yang ke-4 mereka telah mengadakan satu giveaway untuk kita semua. Semua orang boleh join tiada yang terkecuali.

Yang lagi menarik korang semua boleh pilih sendiri hadiah yang korang nak. Woah! Cool kan? Siap boleh pilih lagi. Hadiahnya tak payah cerita lah memang superb. Teruja gila kalau korang tengok hadiahnya. So, jangan lepaskan peluang untuk join giveaway ni. 



Kali ni aku nak invite semua orang untuk join! Semua blog yang aku follow and semua blog yang jadi followers blog aku. Jom jom semua join Says Birthday Giveaway!!! Ramai yang dah menang hadiah. Korang taknak ke jadi salah seorang yang bertuah? Woot woott ^_^

Monday, May 28

Revenge Tv Series.

Assalamualaikum.

Sekarang aku tengah layan cerita REVENGE ni dekat Astro tapi aku lupa channel apa. Memula aku tak layan cerita ni, parents aku and kakak aku aje yang layan. Ntah macam mana, aku tertengok ulangan semua episod cerita ni lepas tu aku rasa macam best pulak. Dah jadi addicted. AHAHA


Ceritanya mengisahkan pasal Amanda Clark ni nak balas dendam dekat satu keluarga Grayson atas kematian ayah Amanda masa dia kecik-kecik dulu. Kira macam karma lah. What goes around comes around. Cewahh! But seriously cerita ni sangat seronok. 

Apa Amanda ni buat dalam proses nak balas dendam ni semua menjadi. Kira macam kalau terkantoi ada aja akal dia nak cover balik dari rancangan dia gagal. Cerita ni style gila weh! Cerita dia senang nak tangkap sebab dia selalu flash back so, kalau tertinggal pun boleh tangkap. Hehehe.


Tak sabar nak tunggu ending cerita ni. Berjaya tak Amanda balas dendam dekat keluarga Greyson?Hewheww =D

Sunday, May 27

Masterchef Selebriti | Astro

Assalamualaikum.

Semalam ntah macam mana aku terbukak channel Astro and terlayan pulak lah cerita Masterchef Selebriti. HAHA~ Aku sebenarnya tak minat tengok cerita masak-masak macam ni, lagi-lagi artis yang join kan. Artis kan bajet-bajet glamour, masak pun tak pandai so, aku rasa mcm no point tengok cerita tu.

Tapi aku tengok jugak! HAHAHAHAA~ Nak tahu selebriti mana yang bertanding dan resipi apa yang mereka buat? Jeng jeng jenggggg~

Azwan Ali - Rendang Mak Tom Istana Bahagia
Louisa Chong - Bubur Ingatan Baik Hati Mak
Salamiah Hassan - Hidangan Asia
Karl Shafek - Apam Baghdad
Soo Wincci - Ayam Bakar Berperisa Kopi dengan Sos Coklat
Jehan Miskin - Lasagne Ayam Tiga Tingkat
Mejar Dr Faiz - Spaghetti Asia
Tomok - Rendang Berlari Bersama Ketupat
Dato' Fazley - Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Puteri Mandi
Juliza Adlizan - Gulai Tempoyak Ikan Patin dengan Petai dan Kerabu Pegaga
Thanuja - Udang Sambal "Fun & Spicy"
Raja Azmi - Tauchu "Black Widow"
Angah - Nasi Goreng Sinaran Waktu Pagi
Farouk - Puding Roti "Chikaboom ke Bebeh!"
Sarah Raisuddin - Cocktail Cinta
Serina - Dendeng Belado Minang dan Masak Lemak Pucuk Manis

Yang paling tak boleh blah tu "Rendang berlari bersama ketupat" Amboi bukan main berlari lagi ketupat dengan rendang tu. Macam mana nak makan kalau ketupat dengan rendang tu lari? Ke nak kena makan sambil lari? HAHA. Aku sakit perut tahan gelak weh. Lepas tu "Bubur ingatan baik hati mak" Ntah ke apa nama makanan lah kau bagi. Ce bagi nama yang menyelerakan sedikit? Aiyooo~


Okay Fazley dah dapat Dato'? Sejak bila? Hmm. Dato' beli letuewww~ Hikhok. Sekarang ni apa aje yang tak boleh di beli? Artis kan. Class kau Fazley. Opsss Dato' Fazley. Maafkan saya! HAHA.

Siapa yang tak tengok, korang tengok la. Kelaka. Huhuhu

KBAI.

Men in Black 3 dan Carl's Junior.

Assalamualaikum.

Maklum lah dah musim-musim cuti ni, kerja aku memang merayap aaje, tak pandai nak duduk rumah. Hewheww. Semalam kan hari minggu hari untuk luangkan bersama kawan-kawan dan keluarga. Di sebabkan family aku memang bukan kaki berjalan. Aku pun ajak la kawan aku keluar tengok movie Men In Black III dekat Pavillion, Kuala Lumpur.


Movie kami start pukul 5.00 pm masa tu jam baru aje pukul 3.30 pm so kami pun pergi lah makan Carl's Junior memandangkan masing-masing malas nak berjalan keluar dari Pavillion tu dan masa tu pulak kami memang belum makan lagi dari pagi. Kebulur habis. Hehe. 


Carl's Junior punya burger memang besar kan, so kami memang kekenyangan gila sampai nak berjalan pun dah malas. Kalau ada kereta sorong agaknya aku dah suruh dah kawan aku tolakkan sampai depan GSC Pavillion tu. HAHA.

Kesimpulan cerita Men In Black III ni not bad lah but actually aku tak minat sangat cerita ni sebab ada alien-alien kan dalam tu aku rasa macam geli je bila tengok benda-benda pelik macam tu. Siapa yang belum tengok pergi lah tengok sebab cuti sekolah pun dah start kan tak silap aku? ^^

Enjoy your weekend. Have a nice day sayang =)

Saturday, May 26

Woah! Banyaknya Giveaway dan Segmen

Assalamualaikum.

Korang perasan tak sejak dua menjak ni makin lama makin banyak pulak blogger buat giveaway and segmen? Amboi meriah kau jah! Bagus! Bagusss! Mentang-mentang lah nak cuti sekolah ni. Makin aktive korang semua ya? Hewheww.
Aku bukan apa, actually aku cuma tak larat nak join banyak sangat giveaway. Yang tag aku kalau seorang dua boleh la aku layan kan lagi tapi kalau dah 5 hingga 6 orang? Tak pengsan pulak aku hari-hari update blog entry giveaway aje memanjang. Hukhukk~

Bila aku blogwalking aku buka blog diaorang first-first dah pasal giveaway, second post segmen, buka lagi old post pasal giveaway. Kadang-kadang entry sendiri tak ada pun semua entry pasal giveaway and segmen. Seriously! Aku terus close tab kadang-kadang.

Aku cuma nak nasihatkan, nak join giveaway and segmen boleh tapi berpada-pada lah kan. Jangan lupa update juga entry sendiri. Jangan semua post pasal segmen and giveaway. Kadang-kadang join segmen nak up followers bagai, tapi bila dah ramai orang follow entry zero. Macam mana tu? Tak best lah kan? 

Ingat balik tujuan korang berblogging. If tujuan korang buat blog memang nak join segmen and giveaway je semata-mata itu xde masalah lah kot :)

Aku pun dah terikut-ikut ni. HAHA. Aisyehh~

Friday, May 25

Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

Assalamualaikum.

Sekarang ni aku layan cerita drama pukul 7.00 pm tu. Ala cerita yang Fasha Sandha dengan  Fahrin Ahmad tu berlakon. Hikhik. Cerita tu serius best gila kot walaupun memula aku macam terlepas beberapa episod tapi biasa la cerita melayu kan senang nak tangkap kalau tertinggal satu dua episod. Hehe.

Korang layan tak cerita ni? Aku suka dengan Fasha berlakon. Actually aku tak minat Fasha ni tapi aku suka tengok dia berlakon. Watak yang dia bawa kebanyakkan semua menjadi. Hehhe. Fahrin Ahmad? Aku suka sebab dia handsome aje. Hewheww (^3^)



By the way lagu dalam drama ni serius best sangat-sangat. Kalau sekali dengar kira tak puas la nak kena ulang sampai banyak-banyak kali sampai aku boring. HAHA. Aku memang macam ni suka dengar lagu baru sampai aku bosan :P



Sekarang ni dah cuti sem so, boleh layan hari-hari cerita Seindah Sakura ni. HAHA. Seronoknyewww! Ehemm~ Aku dah cuti sem ni nak ajak aku kuar tak? HAHA. Boring duduk rumah =D



Thursday, May 24

2nd Anniversary Giveaway Ieyza Afieyna

Assalamualaikum.





Terasa kehilangan.




Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur sebab akhirnya tamat dah semua cerita semester 4 di Kolej Poly-Tech Mara, Kuala Lumpur. Tapi berakhirnya kisah sem 4 ni tak berapa menarik sikit.

Ini bukan pasal exam ini lebih penting dari exam. Exam so far alhamdulillah semuanya boleh jawab cuma ada satu paper aje macam kantoi sikit HAHA tapi kira overall okay lah, just nice.

Ini pasal roommate aku dekat rumah sewa. Hmmm. Masalahnya macam ni, dah seminggu lebih roommate aku tak tegur aku walaupun aku lalu depan dia. Dia buat macam aku ni tak wujud. Memula aku macam tak dapat tangkap yang dia tengah ignore aku tapi masa start paper HBE tu ada rasa mcm something wrong somewhere.

Hmm. Aku tak tahu apa salah aku actually. Dia tetiba menjauhkan diri dari aku. Seriously aku rasa macam kehilangan. Aku rasa macam tak lengkap hidup aku kat kolej tu kalau tak berborak dengan dia sehari. 

Aku nak tanya dia, apa masalahnya? Apa salah aku? Tapi aku ni jenis susah nak bukak mulut bila dah jadi macam ni aku rasa mcm rela lagi aku diamkan diri. Bagi aku bila orang dah taknak tegur or taknak kawan buat apa kita nak paksa-paksa kan?
Tapi tu la aku dah macam rapat and selesa dengan dia macam ni pula jadi. Maybe memang salah aku. Aku tak pandai nak jadi kawan yang baik agaknya. Aku dah try message dia tapi tak pernah dia reply. Selalu tak macam ni. Aku rasa macam "Errr...Besar sangat ke salah aku sampai taknak bertegur sape dengan aku? -.-"

Today dah last kat kolej. Lepas ni cuti sem dah tentu lah jadi makin renggang hubungan kita orang. Korang rasa apa aku patut buat? Face to face? Dia pandang aku pun taknak. Acane? Call? Dah tentu tak akan angkat.

Serious aku buntu ! (~.~)




 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com