Tuesday, August 23

Lari dari kesalahan.

Ehem-ehemmm!

Nak tahu satu rahsia tak? Nak tak? Nak tak? Hehehe. Tapi janji jangan bagitau orang lain tauuu? Ini kita-kita aje yang tahu. Siapa duk heboh-heboh, nanti mulut dia bau longkang selama 8tahun okay. Deal? HAHA.

Okay tadi kan eyfa pergi tengok wayang dengan budak college eyfa. Lepas habis exam aje terus kiteorang gerak ke KLCC nak tengok wayang. Masa tu dalam pukul 3 lebih and wayang pulak start pukul 4. Kiteorang tengok cerita zookeeper. Best wooo~

Dah lepas habis tengok movie, kiteorang pun cop lah tempat dekat food court dekat KLCC tu. Kiteorang makan Ayam Penyet! Perghhh! Terbaik wehh! Dalam banyak-banyak Ayam Penyet, yang dekat KLCC ni terbaik. Sambal dia pedas sampai menangis-nangis kiteorang makan tadi. HAHA #okay ini dah lari tajuk sikit.



Dah lepas tu cadangnya nak balik terus lah kan tapi TER singgah Mcd kejap nak beli aiskrim. Hehhee. Rasa macam mengidam nak makan aiskirm pulak. Dah lepas tu kiteorang singgah lah Cameleon accessories nak tengok-tengok barang.

Sekali cuba punya cuba last-last askirm Mcd tadi tu TER tumpah dekat lantai kedai tu. Eyfa pun dah menggelabah terus LARI keluar pergi toilet cuci baju eyfa yang kena aiskrim tadi. Bekas and sudu aiskrim tu langsung eyfa tak kutip. Eyfa blah aje terus. Takut punya pasal! HAHAHA.

Kalau tumpahnya sikit tak apa lah juga, ni boleh tahan la banyakknya! Hehe. Eyfa dah menggelabah tak tahu nak fikir apa. Nasib baik tumpah dekat lantai aje. Kalau tumpah dekat barang-barang dia tak sisa-sia pulak duit eyfa berhabis nak bayar ganti rugi. HAHA.

Bila dah otw nak balik rumah tu, masa dalam tren eyfa rasa macam serba salah pulak sebab dah lah tertumpahkan aiskirm tu then terus blah aje. Patutnya kena lah minta maaf kan? Errr. Tapi time tu xde orang nampak. Takkan lah eyfa nak mengaku eyfa yang tumpahkan. Malu jeee. Dah besar2 panjang pegang aiskrim pun tak reti! Hehe.

Hmmm. Tak apalah. Next week kan raya, nanti eyfa datang la kedai tu balik mintak maaf. Boleh tak macam tu? Hmm. Boleh kan? takkan lah tak boleh pulak! HAHAHA. Sekian itu sahaja lah al-kisahnya pasal lari dari kesalahan ni. Tak ada apa yang cuak pun. Hehe. Thanks for reading.

KBAI~

17 comments :

SoLy SoLicious said...

perggh.. kalo ade cctv, nnti polis dtg tgkap eyfa..suspek utama...hahahhaa..ketawa jahat

kura said...

Ehh. nasib la tak tumpah kat barang2 kedai tu ye. gila!

pengajarannya jgn mkn SAMBIL JALAN. hahah

Mr.Superman said...

esk owner kdi tu call eyfa.sbb ada cctv dlm tu. :D

xpun esk eyfa dtg tgk k.pic eyfa da terpampang.ahahhaha WANTED

p/s: nk 3G ke?kita pki hp cabuk je.. :P

Tea Dno said...

haha.. nak report kat McD lah camni.. kehkehkeh.. :P

Tea Dno said...

eyfa punya aiskrim je yang tumpah pun.. rileks rileks.. heheh..

iPai said...

ayok eyfa, kalau kena tangkap cam ne ? heheh

arituarini said...

ala klau tumpah kat lantai tk pe..pekaja kedai tu ada tukang lap kan..biar kan je..

najihahfara said...

agak2 org kedai tu marah x hahah

Anonymous said...

haa report kat tuan kedai :D nanti tiba2 ada keyword " sapa tumpahkan aiskrim mcd kat lantai kedai cameleon accessories " masuk blog ni.. kui3 :D

Akulah Pak Lan said...

ayam penyet kat KLCC tak sedap..

btw aiskrim apa2 pun mmg sedap...haha

Anonymous said...

makcik..inilah budaknye!soh dye blnje sy aiskrim,makcik.. :D

Luqeem™ said...

hehe..xpe..minta maaf gna bisik2 jd la..haha

nanad said...

ayokkkk~ ;)

Addin said...

hehehe nakal yeaa :)

p/s : lama dah tak makan mcflurry tuu

tia @ Ini Kisah Tia said...

heheh . ni terbaik punya entri . keh3x .. Tia pulak pernah tertumpah air dekat lantai restoran . tapi bukan salah Tia pun . adik Tia . tangan dia tu "magika" sikit .. sekali tumpah . Tia tak hirup lagi air tu . sangat menyedihkan ...

Rean said...

haha mesti kedai tu dah rakam siapa tumpahkan..hehe

ct kektus said...

haha. sat g tuan kedai tu datang uma eyfa suruh datang balik kedai tu semata mata suruh eyfa mop. ;)

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com