Tuesday, July 26

Lipas terbang sangat annoying okay!

Assalamualaikum

Dalam banyak-banyak serangga! Eyfa paling tak suka satu serangga tu. Dari kecil sampai besar serangga tu jadi musuh ketat eyfa. Dah la rupanya menggelikan. Bau dia busuk pulak tu. Lepas tu serangga tu suka kejar eyfa. Tak suka ! Tak suka ! -____-"


Haaa. Serangga ni lah. LIPAS! Eeeeeee. Tak suka lipas! Geli geli ! Eeeuuuwwww! Eyfa pernah nangis tau sebab lipas ni. Dulu pernah sekali masa zaman sekolah dulu, Eyfa tengah study lepas tu tetiba nampak lipas berterbangan dekat atas syiling tu. Eyfa pun pandai sangat eyfa baling la dengan penyapu. Langsung lipas tu kejar eyfa.

Eyfa pun berlari tak cukup tanah masuk bilik abah suruh abah tangkap lipas tu. Bila abah dah tangkap rasa lega sikit hati ni. Lepas tu terus tak jadi study. Eyfa tengok tv. Tetiba abah datang dia baling lipas tu dekat eyfa. Eyfa pun apa lagi. Menangis macam orang mati anak. HAHA.

Seronok pulak abah ni gurau-gurau benda macam tu. Lepas tu boleh pulak abah takut-takutkan eyfa, dia kata nanti lipas tu datang bawak geng serang eyfa. Last-last hari tu, eyfa tidur pakai anak tudung semata-mata takut lipas punya pasal. Bayangkan orang tidur pakai anak tudung sekolah tu. Dah macam opah-opah pun ada. Huhu. 

Sekarang dah besar x ada lah nangis-nangis pasal lipas dah. hehee. Tapi kalau dalam bilik air tu. Time eyfa mandi tu mesti lipas tu keluar. Lagi di halau, lagi dia datang kat eyfa. Celaka sungguh! Siap terbang2 bangai!  Grrr~

KBAI~
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

19 comments :

Han Hanni said...

mujur cik hani tak takutkan lipas..
cik hani geli dengan tikus je.. lipas xpe..

iPai said...

shhh .. kita geng .. takut juga T_T

syazwani ab said...

haha . semalam sahur pastu kat depan tu ada lipas . tak tahu nak buat apa , so tenung jela lipas tu sampai dia pergi . haha

safurara said...

akk pun tak suke bile dye terbang2.so annoying.

ezy.xixii said...

lipas tu comel pulak..
macam nari2 je..
kehkehkeh..

xleh nk bayang kalo lipas masok dlm baju..
geli geleman..
huuuu

BTS said...

betul tu..nampak lipas kat atas tu comei ja kan..like!

Unknown said...

setuju sangat!! haha!!

myzziema said...

kak eyfaaaaaaaaaaaaa!!!! lama tak singgah sini. lama betul menyepikan diri. haha lepas ni siap sedia lah ziema selongkar entry2 yang ziema miss. hoho XP

LIPAS? whattheheck? tak sukaaaaa jugakk. haha kdang2 menatang tu tetiba mncul atas katil. pehh maunya tak jerit tengah2 malam T__T

Unknown said...

wah takot lipas yer..jgn lah mm gitu..lipas tu tak berdosa pon..hehe

nurpiska said...

bw ridset kemane jue~hee

Unknown said...

huhhhh samaa! benci lipas terbang..trauma sejak lipas terbang masuk dlaam baju dulu. haha gatal punya lipas

SoLy SoLicious said...

tp sy lagi annoy dengan cicak...huhuhu

Tea Dno said...

haha. iPai takut lipas. ;p

sebenarnya. tea pun tak suka. geli. rasa nak penyekkan je. tapi boyfie tea selalu suruh lepaskan je.

Tea Dno said...

memang annoying lah. dia dtg dekat2 gn kita. entah ape je.

tp lipas ni nak haba dr badan kita. huh, banyak cantek dia nak curi haba kita. >.<

ct kektus said...

haha. lipas yg di takutkannya. kalau harimau tu, caye la jugak. :p

ct kektus said...

ha, pasni kase eyfa hadiah besday lipas, bagus jugak. hehehe ^^

kura said...

kalau xda lalat, xda la ogy. haha

Mr.Superman said...

AHAHAHHAH ;))


lipas tu bkn kjr org tp dia terbang gle2.kita yg penakut ni ingat dia kjr kita.

Mr.Superman said...

tp x bole byg la eyfa pki anak tudung masa tdo..


HAHAHAH ;)) cm opah2 da. :P

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com