Tuesday, July 12

Macam mana dia tahu eh aku suka kat dia?

Assalamualaikum.

Korang pernah tak suka dekat someone tu tanpa pengetahuan dia? Korang suka dia senyap-senyap lah kan. Konon-konon macam secrets admirer lah. Tapi yang sebenarnya dia tahu yang korang ni suka kat dia sebenarnya. Errr! Paham tak apa yang eyfa cuba sampaikan ni? HAHA.


Okay macam ni dulu eyfa ada sorang kawan lelaki ni. Eyfa kawan dengan dia lama juga lah kan dari zaman myspace dulu sampai lah sekarang. Ada lah lebih kurang 4 or 5 tahun persahabatan kiteorang.

Kiteorang selalu contact by phone aje. Malam-malam selalu call. Tak dia call eyfa, eyfa yang call dia. Pastu dah lama-lama eyfa macam dah TERsuka dekat dia. Tapi eyfa tak cakap pn. Kiteorang berkawan macam biasa aje lah kan.


Lepas tu dalam tahun lepas kot. Time tu eyfa dah tak suka kat dia. Kira time tu eyfa dah ada boyfriend lain lah kan. HAHA.  Eyfa memang selalu bergurau dgn dia. Dia pn dah faham sgt la dengan perangai eyfa ni. Then one day eyfa sms dgn dia.

"Eh you. Nak tahu satu rahsia tak?" - EYFA
"Nak! Apa dia? =P" - DIA

"Dulu kan i pernah suka kat u doe!" - EYFA
"Hmm. I dah tahu lama dah eyfa" - DIA

"Errr. Yeke? Macam mana pulak you tahu? Haha. Malu la i macam ni." - EYFA
"I tahu lah. Dari cara you layan i pn i boleh tahu. " - DIA

"Eleh i layan u biasa je kot." - EYFA
"Biasa lah sangat. I lelaki i tahu lah!" - DIA

Err. Time tu masa dah luahkan tu tak ada lah rasa segan ke apa sebab time tu dah tak suka dekat dia. Maklum lah dah ada boyfriend lain. HAHA. Tapi kan yang peliknya macam mana dia boleh tahu eh eyfa suka kat dia? Eyfa rasa eyfa tak lah ketara sangat yang eyfa ada hati dekat dia.

Persoalannya sekarang LELAKI memang boleh tahu eh kalau perempuan tu suka dekat dia? Macam mana boleh tahu eh? Pelik bin ajaib betul lah! Pakai bomoh ke? ke ada bela saka? HAHAHAHA. Bagi lah tips sikit =P Jangan lah kedekut! Hehehe. 

KBAI~

>>>>> SAMSUNG CORBY II <<<<<
>>>>> SAMSUNG GALAXY SII <<<<<
>>>>> PROTON INSPIRA <<<<<
>>>>> P1 4G EXCLUSIVE <<<<<
>>>>> GRAPEVINE DEFAULT <<<<<
>>>>> MARIE FRANCE BODYLINE <<<<<
>>>>> CELCOM COLUMBO <<<<<
>>>>> DIGI IPHONE4 <<<<<

26 comments :

Unknown said...

misteri kan?saya pun pernah kena macam tu...malu jugak..hehe.tapi rupanya dia pun suka saya..=D

HaFizaH aYu said...

tertnya2 gak cmne laki blh tau..ermm

Mr.Superman said...

ye la eyfa..lelaki bole tahu tau.nti abg bongkar ckit rahsia2 nya ok. ;)

Unknown said...

laki boleh tau la....hehehehhehe....
saya pun ada kawan sms jugak....
suka kat sorang ni....biasa2 je layan...sebab dia islamic....tak boleh la gopoh....ada lagi sorang...pernah suka....sekarang dah tak suka....sebab lagi suka kat sorang tu(macam ayat buaya kan)...tapi yang dah tak suka ni asyik buat manja2 pulak....padahal dah tak berapa nak layan....nampak sangat dia suka kat kita walaupun dia tak luah.....lelaki kan ajaib....hehehehehe.......

iPai said...

abg stalker jangan bongkarkan ... heheh


saya pun boleh tahu juga .. ada signal2 yang terkeluar daripada wanita .. hehehe

maka tak sengaja pun leh dapat tahu sudah .. hehe

tia @ Ini Kisah Tia said...

@Ahmad Haziq Azlan haha ! macamana pulak even kita layan dia garang2 . lelaki masih boleh detect tak perempuan suka dia ?

syera said...

ahaha...dulu pernah gak kantoi..ngeee~

Acik said...

heheee .. kite ni pompuan. eh, betul eh laki bolh taw itu semua?

Tea Dno said...

hehe. dia tau sebab kita yg tunjukkan sgt kott.

Tea Dno said...

hehe. memang ada lelaki yg boleh tau. tp ade jugak jenis lemmb sket. memang xkan tau walau kita dh buat macam2 cara nk tunjuk kita suka dia. >.<

Tea Dno said...

ehh. pmpuan pn blh tau lah kalau ada lelaki tu suka dia. hihi.

abg stalker, cepat rungkaikan misteri ni tau!

AZRI said...

haha
bole le tau...
sonang ja.....hahaha

Akulah Pak Lan said...

owh sapa la yang suka dekat aku?

gemok-serabai said...

lelaki memang boleh tahu. kenapa? senang jer. sebab lelaki berfikiran lebih abstract dan kreatif. ada sebab lain. sebab lelaki ada lagi banyak akal berbanding wanita :P

ezy.fia said...

die xtau sbnrnye..
tp wat2 tau..
kehkehkeh..

ct kektus said...

ehem. dia pasang cctv kot masa tu eyfa, haha

ct kektus said...

tak pon kan, naluri dorang ni sangat tinggi kot. tu yg dorang tau2 je bila pompuan suka.

entah. men taram je ni. haha :p

SoLy SoLicious said...

errrr.....takotnye,... lelaki tahu ke bile kite suke die?
OMG...~

Chan said...

pemikiran lelaki sangat lain sebenarnya dengan kita :)

fyna ahmad said...

yunk, fyna pernah rasa macam nih.
:)

Mr.Superman said...

lelaki pki jin tu.haha ;))

Unknown said...

jelingan eyfa kot..tak pun eyfa pnye pandangan bile pndg die. ce wah! HAHA

myzziema said...

hahaha kalau ziema pulak, ziema boleh tau lelaki tu suka kat kita sebagai kawan atau lebih daripada tu. and setakat ni segala ramalanku tepat belaka. haha XP

K said...

hehe, ade la tips rahsia :P

Mr.Superman said...

main gesel2 kaki..hahahah

Anonymous said...

die men teka je... hahaha

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com