Assalamualaikum.
Hi, korang pernah g sekolah rendah tak dulu? HAHA. Ini adalah soalan bangang cepumas. Mesti lah pernah kan? Isk isk! Okay masa sekolah rendah dulu korang bawak beg macam mana? Time eyfa sekolah rendah tu famous beg EASY BEG yang ada roda tu. Haa. Ramai gila pakai. Beg tu mahal pulak tu. RM50 kalau jenama Swan.
Dulu masa sekolah rendah. Hari-hari beg berat sebab hari-hari bawak buku teks yang sama pergi sekolah. Ada jadual pun tak guna. Sumbat semua buku teks dalam beg. Mana beg tak berat. Nasib lah ada beg easy beg senang sikit hidup. Seret aje beg tu ke hulu ke hilir. Sampaikan roda beg tu pn tinggal separuh. HAHA.
Masuk sekolah menengah aje. Beg eyfa makin lama makin kecik. Eyfa bawak beg galas biasa aje. Yang ada 2 zip tu. Haaa. Belakang taruk buku teks depan buku tulis. Hehe. Tapi sampai form 2 aje. Masuk form 3 dah tukar beg lain. MAKIN kecik sebab eyfa pergi sekolah dah tak bawa buku teks, bawa buku nota aje. Buku teks semua eyfa tinggalkan bawah meja sekolah. Takde lah berat bahu! HAHA.
Masuk form 4 ni lagi la halabau punya perangai. Eyfa pergi sekolah bawak FAIL aje. Dalam tu isi BUKU NOTA 1, PENSEL 1, PEN 1. Itu aje yang eyfa bawak pergi sekolah. Gengstar tak? HAHA. Buku nota tu, itulah buku math, itulah buku bm, itulah buku sains, semuanya bercampur aduk. HAHA.
Bila cikgu suruh hantar buku. Eyfa main hantar jelah buku nota yang bercampur aduk tu. Lepas tu kena marah eyfa buat tak tahu aje. Muka buat muka tak bersalah. HAHA. Ada tak orang lain yang peragai macam eyfa? HAHA. Mesti cikgu eyfa sakit hati je dapat anak murid mcm eyfa. Huhu. Maap cikgu!
KBAI~
35 comments :
pergh, hebat btol budak eh kakak ni. HAHA. gengster ek, pegi skolah dh macam pegi kuliah plk. hahah. tp mmg btol, makin besar kita, makin kecik beg. nasib masa form 4 dah xyah bw buku bnyk2. mmg dibekalkan sorang 1 rak susun buku kat skolah. kehkeh.
p/s: pasal header tu, serius?
hahaha, budak mrsm tinggal buku teks kat kelas.
so, gi kelas lenggang jek :P
kencang woah komen eyfa skang. kehkeh. ipai mengejar tea. tea mengejar abg stalker. XDD
@Tea
time tu dah malas belajar. tu pasal la bawak 1 buku je. ahhaa
@sergeant keroro
untung la dpt belajar kat mrsm. huhu
@Tea
amboi main kejar2 pulak korang ya!
err, suka kot main kejar2. kehkeh.
p/s: tulisan tak kisah? btw, post eyfa ni bape px? nak kasi same besar gn header lah.
Haha, sme la :]
Time primary beg roda cmpur dgn semua buku main sumbat then msuk scondary tgal bwh meja. Form 4 ni je ta tgal, rsau hilang mcm last year T^T Byk tu kne byr.
Now ikut jadual^^
wah .. ganas ye beg masa sek rendah .. ada cop barbie lagi ... wuhuuu
wane pink itu mesti. boleh genk. kehkeh.
Salam. best nye bila dapat ingat balik pengalaman2 manis masa sekolah dulu..:)
Salam. best nye bila dapat ingat balik pengalaman2 manis masa sekolah dulu..:)
skang ada sekolah rendah x allow students bawak beg roda lagi. takot merosakkan lantai simen. huh!
hehe...saya p sek tak bawa buku pon sebab buku suma tgl dalam meja....
eyfa, ce cek kat sini. berkenan takk?
http://i1002.photobucket.com/albums/af147/lileeptea/blog/eyfa-alias.png
ahaha. yang tulisan atas tapak kaki kucing tu? biar ke nak buang?
@Tea
sat2. ade lagi. HAHAHA. tea pulak yg dah bnyk tanya. sorry. err, dialog box tu memang nak ke kanan habis ke?
Eyfa, ni ada tutorial nak wat comment box wrna warni tu.
http://farid-casablancas.blogspot.com/2011/04/cara-cara-nak-highlight-author-comment.html
aku letak pen dalam poket je pha . buku jangan harap la . make up aku bawak pergi sekolah . hahahaha .
@EYFAalias
ape daa tea balas komen kat diri sendiri ni. sewel suda. camni boleh?
http://i1002.photobucket.com/albums/af147/lileeptea/blog/eyfa-alias-2.png
@EYFAalias
tgh xde keje kot. HAHA. ni nk p makan jap. k. :D
@EYFAalias
eh, btw thanks sbb caya kt tea buatkan tu. xD
hahaha..haru le dpt ank murid cmni.cmne nk maju ni eyfa.kt kolej lak bwk apa je?biar abg teka eh.mst bwk beg ala2 nk p jln tu.dlm beg ada mekap,lipstik,compact powder,bla bla bla..sume brg prmpn.wawawaaa
seotai2 abg la kn,abg x de la g skola x bwk buku.bljar2,pd masa yg sama bt nakal jgk. ;D
saya bawak pensil box je dulu g sekolah..kih kih kih..
tgh edit blog la tuh..
hehe.
mekapkn blog le tuuu~
@Annika
eh mana tau ni? ahahaa
tak boleh tinggal buku dalam kelas, komfem cikgu displin rembat. ggr~
siti pelajar yg baik ni. tiap hari bawak semua buku. haha ;) *berlagak sikit je*
Dia ada kuasa bulan la eyfa,hahaha
lalala ... saje2 pusing2 sini kan .. nak tgk beg barbie tuh .. heheh
prmpn beg barbie,laki ben 10.tu bdk2 kunk la.kita dlu swan,swan,swan..muntah aku pai.haha
tea je yg x bz skang ni. yg lain sume menghilang. huwaaa. :(
membawa pen dan kertas di tangan. :(
hahaha nakal gila! dlu ziema pun ada jugak lah tinggal buku teks bawah meja tapi tak selalu sgt lah buat keje2 tu sbb cikgu selalu buat sport check T__T
Post a Comment