Korang semua ada tak kawan-kawan yang dah kahwin pada umur yang sangat awal. Tak kisah lah lelaki ke perempuan ke kan. Ada tak? Sekarang ni kan, as we know ramai sangat yang kahwin awal. Umur 20 - 23 dah kahwin.
Apa perasaan eh bila kahwin awal ni? Seronok ke eh? Kahwin ni bukan senang. Banyak tanggungjawab tapi ramai yang ambil sambil lewa dalam hal ni. Muda-muda selalunya orang lain yang sebaya semua tengah have fun. Enjoy zaman muda. Tapi awak? Tanggungjawab keliling pinggang!
Lagi-lagi kalau pasangan tu sebaya pulak kan. Perghh! Lagi lah rasa macam payah aje nak hidup. Asik-asik gaduh aje. Macam-macam masalah. Lagi-lagi masalah CEMBURU. Maklum lah darah muda kan. Belum matang. Kalau dapat pasangan yang lebih tua, maybe okay lah kan. Sebab dah matang sikit.
Tapi depends juga pada macam mana pasangan suami isteri tu handle masalah and tanggungjawab mereka. Ada yang mampu and ada yang tak mampu. Sekarang ni makin ramai yang kahwin hanya untuk sementara. Bulan ni kahwin, dua tiga bulan depan dah bercerai.
Hope pada mereka yang fikir nak berkahwin awal tu, sila lah fikir dua tiga kali. Berkahwin ni bukan satu perkara yang mudah. Tapi if korang rasa dah bersedia, tak kisah lah korang nak kahwin kan. Trend kahwin muda semakin menjadi pilihan ramai pada masa kini. Persoalannya sekarang, adakah mereka berkahwin kerana nafsu semata-mata? Sudah bersediakah mereka melayari alam rumah tangga?
KBAI~
*****Toyota Vios**********DiGi Sony Ericsson W8**********Be sure to be spotted with a PlayBook!**********Samsung Corby II**********Samsung Galaxy SII**********PROTON INSPIRA**********P1 4G EXCLUSIVE**********GRAPEVINE DEFAULT**********MARIE FRANCE BODYLINE**********DIGI SUPER RELOAD YOUTH**********NESTLE DRUMSTICK ALMOND THRILL**********CELCOM COLUMBO**********DIGI IPHONE4*****
37 comments :
kawin awal duit banyak takpelah
@CIK FERRA AWW
duit banyak? hahaa. kebanyakkannya menganggur aje. bebudak kan. tahu nak enjoy aje. kawan eyfa ramai mcm ni.
aha.. banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum berkahwin.. CINTA sahaja tak cukup untuk menjamin kebahgian..
kadang2 kita pon tak pasti macam mane pasangan tuh kan .. kita cuma bersangka baik je ..
tp atleast bagus juga kalau tak kawin n buat sumtin2 kan ..
keroro dah kawen, haha XD
p/s : percaya tak? :P
@mizz_aainaa
sokong! cinta sahaja tak cukup!
@iPai
yeah, memang lah tapi bila berkahwin semata2 untuk rasa SEDAP je. takut x kekal lama. budak2 apa la yg dorg fikir sgt? enjoy je tahu. tu yang belum apa2 lagi dah pasang lain. padahal kahwin baru setahun jagung.
@sergeant keroro
tak caya pn! ahhahaa
Huuuuuu... takot la bunyi kawin... tambah2 umur 20 an dah nak kawin... aduh pusing kot kepala nanti.. baik kawin time umur 30.. hehe dah puas bebas terbang keliling dunia baru ikat diri. kan? huahahaha XD
jiran rmh nenek abg kwin umur 18thn.
laki dia umur 20.tp x kje.da setahun diorg kwin,da mengandung pun.mkn hasil mak mertua je.
sbb lelaki tu bsr kpl x nk kje sbb prmpn tu yg bli dia,bkn lelaki bli prmpn.kwin sume sponsor duit mak si prmpn.
wahh..ada x mak mertua cmtu skrg?nk kwin dgn ank dia. :P x pyh ssh2 nk kje.hahahah ;))
**org mls je cmtu**
Setuju gila nihhh --' Diorg ni tak pk pnjg, main redah jek. *ckp mcm org besar XD*
Ahahaha ;D
like2 hihi folow kmu eyhh
http://armsyanovella.blogspot.com/
ehem ehem. kebanyakan kawan saya dah bertunang. tunggu masa nak kahwin je. pasangan masing-masing dah bekerja. so, memang mampu untuk sara keluarga la tu kan?
kalau keluarga dah setuju, kira on je la. kata orang, parents dah setuju, kira mereka dah beri sepenuh kepercayaan terhdapa anak mereka untuk melangkah ke alam rumah tangga.
ilmu cukup di dada, bolehlah kahwin :)
tea penah jugak pikir nak kawin awal. haha,
tapi skang ni, nak kejar study kejar duit kejar sume lah.
*nak balas jasa mak bapak papehal. huhuhh.
nak kawin awal boleh aje. itupun kalau dah habis pikir arr. setakat nak kawin, sebab nafsu memang tak kekal lama lah kot.
*hish, takut pulak komen camni. entah2 sok tea kawin pulak kan, ;p
pasangan kalau sebaya ni memang cam susah sikit nak survive kalau kawin muda. kalau memasing dah matang, dah ade rasa tanggungjawab tu ok.
mungkin nak mengelakkan mksiat kan. tp kne pkir masa pnjg jugak. kalo sme2 blajar dan tak keje, bila khwen nnti, mst ade anak pulak. mne nak cri duit kn. stuju sgt dgn pndgn ifa :) kne laa pkir pnjg, jgn men redah aje. hehe
kahwin awal elak maksiat.
tapi kne la sedia mental, emosi, jasmani rohani sume tu.
kdg2 tu rse jgk la nk kawen awal tu. hahahahah
jangan diikut darah muda sangat!
nak kahwin awal boleh, asalkan dah ready dgn tanggungjawab & amanah yg nak dipikul...
kne tepat tang muka....
hahahaaa....
kalau ada yang sponsor ok la..haha
kalau kawin awal tentu mereka sudah bersedia, sepatutnya masing-masing dah tahu tanggungjawab masing-masing..sekurang-kurangnya mereka-mereka yang kawin awal kurang terjebak nak buat maksiat dan dosa kan.. :)
seriyes tak best kalau kawen sebaya . haiyaaa
@Shuk_ArChie
kahwin memang bukan perkara mudah. kalau silap langkah boleh porak peranda rumahtangga.
@Abang Stalker
Serius memang tak respect langsung lelaki yang macam ni. lagi2 lelaki yang makan duit perempuan. Sorry to say lah kan. Dia punya harga diri serupa letak kat tapak kaki. Lelaki yang tak punya tanggungjawab is ZERO not hero! -.-"
dulu2 ada lah rasa nak kawen awal, skrg ni rasa biasa2 ja ;)
ada jodoh, ada lah :)
@hira
Kalau dah berkerja and dah bersedia nak pikul tanggungjawab its okay. Tak kisah sangat la kan. Kebanyakkan remaja sekarang mereka tak bekerja lepas tu nak berkahwin. Kalau lepas kahwin tu berubah takpe. ni makin teruk.
@Tea
jangan nak mengada kahwin awal! eee!
@sharifahzakiah
okay lets say dorg kahwin sebab nak elak maksiat? kalau couple lama2 kot2 terlanjur kan. So kahwin utk elak maksiat. Itu tak kisah la sebab apa korang nak kahwin sekali pun tapi yang penting tanggungjawab. Kalau takde tanggungjawab ssh nk survive.
@Annika
IKA, sorry lah. tak teringat pula pasal ika. hehe. Ika pun kahwin awal kan. but eyfa dengar cerita kiki dah berubah? dia dah tak duk melepak macam dulu lg. hope korang boleh maintain sampai bebila ya? isya'allah sampai ke anak cucu :)
macam2 skang ni...
budak2 kat kampung kite ni eyfa, rata2 umur 19, 20 dah kawen. semua kawan2 masa kite kecik dulu. tengok dorang bahagis je. :p
tapi, kita tak terfikir pulak nak kawen awal. nak rasa pegang duit sendiri dulu, :p
Tia nak kahwin ... heheee . insyaAllah .. betul tu , kalau nak kahwin muda jugak .. fikirlah 10-20 atau sekurang2nya 100x yee .. tu bukan hal main2 ..
ht mau tetap iman mau kuat. bersedia fizikal & mental. tp aku rs rmi yg kantoi d tgh jln. sb ada sindrom life begins at 40. huh...!
Post a Comment