Sunday, July 31

Kau hancurkan hati aku lagi, lagi dan lagi.

Sambungan daripada CEMBURU TANDANYA SAYANG EH?

Lepas tu aku rasa down gila. Apa salah yang aku dah buat sampai macam ni balasan yang aku dapat? Time tu aku tak fikir banyak. Bila dia dah kantoi aku suruh dia call perempuan tu depan mata aku. Aku suruh dia mintak break dengan perempuan tu. 

Mula-mula dia taknak. Tapi bila aku dah marah dia apa semua, dia pun call perempuan tu depan aku and then dorang break. And you know what? Dia menagis sebab aku suruh dia mintak break dengan perempuan tu. Sakit hati jangan cakap lah. Aku rasa dah hancur dah hati aku ni. Tapi aku tabahkan juga hati aku demi dia.

Dah lepas tu kami okay balik. Tapi tak berapa okay sangat la. Okay gitu-gitu aje. Seminggu lepas tu dia ada nak tukar pakai dengan Hp aku. Okay aku pun kasi lah dia guna Hp aku tu. Hp dia nokia cikai aje. Screen pn hitam putih. Hp aku hp sonny cybershot so camera lawa lah kan.

Kami kan dah biasa tiap-tiap minggu jumpa. Suatu hari tu kira 2 3 minggu selepas kes dia ada perempuan lain tu dia kata ada cousin dia dari Sabah datang KL nak jalan-jalan. Lepas tu dia kata dekat aku jangan call/sms dia sepanjang hari dia keluar dengan cousin dia.

Aku pun pelik la. Macam tak sedap hati aje. Ada ke orang keluar dengan cousin sampai tak boleh nak sms girlfriend? Alasan dia, cousin dia tak suka budak semenanjung! Okay. Aku tak lah bodoh sangat nak percaya kan? Aku layankan aje dia.

Keesukkan harininya. Aku bukak lah myspace dia and tergerak hati aku nak check friendlists dia dekat myspace[time ni musim myspace lg]. Alangkah terkejutnya aku bila nampak seorang perempuan ni pakai default berpelukan dengan boyfriend aku. Mesra sangat dorang dalam gambar tu. Aku sendiri pun tak pernah ambil gambar macam tu dengan dia.


Seriously tangan aku menggigil nak tekan mouse time tu. Perempuan tu kalau cantik macam bidadari tak apa. Ini tidak. Muka perempuan tu serius muka mintak ludah! Grrr! Maksudnya ini dah kali ke tiga dia ada perempuan lain. Perasaan jangan cakap lah. Aku rasa macam kena tikam laju-laju tanpa henti. Aku tak tahu mana silap aku sampai dia sanggup buat aku macam ni.

BERSAMBUNG........
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

RENDANG KETAM. Yummy!

Assalamualaikum.

Di sebabkan esuk dah berpuasa. Malam ni mak eyfa masak lauk RENDANG KETAM untuk makan malam ni and sekaligus untuk sahur sekali. Wahh! Rasa excited nak makan ketam. Dah lama kot tak makan lauk ketam. Huhuhu.

First sahur dah dapat makan sedap-sedap. Alhamdulillah atas nikmat yang di berikan. Hehe. Tadi mak eyfa dah siap dah masak ketam. Perghh! Baunya sangat menyelerakan. Tetiba rasa lapar pulak walaupun baru lepas makan nasi goreng tadi. Hehe.


Sejak dua menjak puasa dah dekat ni. Ramai yang buat entry pasal makanan. Huhu. Jangan nanti time puasa buat entry kata lapar pulak sebab puasa dah lah sebab kan tak elok cakap lapar bila time puasa. Hehe. Apa-apa pun Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Jangan puasa yang-yang yok, pagi-pagi bukak periuk! Hehehe.

KBAI~

Cemburu tandanya sayang eh?

Sambungan daripada Cuba serius dalam hubungan.

Memula everything memang best. Time puasa kiteorang kerja sama-sama. Berbuka sama-sama. Everything buat sama-sama. Masa time raya dia buatkan aku KEK BATIK. OH EM J! Sweet sangat. Mana lah pernah lelaki nak buat kek untuk aku. Walaupun hanya kek batik kan. Aku sendiri pun tak reti buat! =P

Dah lepas raya tu perasaan sayang aku pada dia makin menebal. Tuhan aje yang tahu macam mana sayangnya aku dekat dia. Aku tak pernah sayang mana-mana lelaki macam ni sekali. First time okay.

Bila aku mula serius dalam hubungan ni, bila aku mula sayang dia. Dia pula mula berubah. Semua gerak-geri aku dia nak kawal. Lambat reply sikit message dia, dia dah tuduh aku macam-macam. Aku pelik, masa sebelum aku sayang dia, kenapa perangai dia tak macam ni? Aku reply lambat tak ada pun bising. Sekarang? Hmm.

Dia terlampau menjaga aku. Benda kecil pun dia boleh cemburu. Sampaikan aku tak boleh berkawan dengan mana-mana lelaki. Padahal dia dah aku memang dari dulu lagi aku memang ramai kawan lelaki. Lepas tu, cemburu punya pasal semua nama kawan lelaki aku dalam phonebook semua kena delete. Ada kawan-kawan aku yang siap kena maki lagi dengan dia.
Padahal kawan-kawan aku tak buat apa-apa salah pun. Ada sorang kawan lelaki aku tu dah nak berkahwin. Memula dia jemput kata nak hantar kad kahwin dekat aku. Di sebabkan kena maki dengan dia langsung kawan aku tu senyap tak jemput pun aku datang kenduri kahwin tu.

Okay. Lupakan cerita pasal kawan lelaki aku tadi. Maybe dia buat macam tu sebab dia sayangkan aku. Aku cuba berfikiran positif pasal dia. Yang negatif buang jauh-jauh!

Sepanjang kitaorang couple, punya lah elok aku layan dia. Dah la tiap-tiap minggu keluar, semuanya guna duit aku. Tengok wayang pakai duit aku. Makan pun duit aku. Dia keluar bawa badan aje! Kekadang dia xde duit nak makan, aku yang bagi makan, tak ada duit beli barang aku kasi pinjam, sampaikan duit belanja pergi class pun aku yang kasi. Kekadang tu aku sampai tak ada duit sebab nak tolong dia punya pasal.

Mak ayah aku pun dah terlibat. Aku couple memang mak ayah aku tahu. Siapa yang sanggup tengok boyfriend tak makan? Aku sampai mintak parents aku duit semata-mata nak kasi dia makan. Parents aku pun jenis tak berkira. Dia dari Sabah so family jauh tu pasal parents aku tolong.

Lama ke lamaan dia naik lemak. Bagi betis nak peha, bagi peha nak kepak, bagi kepak nak penyepak!! Hidup selesa semua aku yang tanggung dari A sampai Z. Okay aku tahu aku bodoh kan? Tapi dah sayang nak buat macam mana kan?

Oh lelaki biasa lah bila dah hidup selesa mesti gatal nak pasang lain. Haaaa. Kan dah KANTOI untuk kali yang ke dua!! Kali ni aku rasa sakit hati sangat. Sumpah! Masa first dia buat hal macam ni aku tak sakit hati sebab aku tak sayang dekat dia. Now? Tuhan ajelah tahu macam mana aku rasa.

BERSAMBUNG..............

Trend kahwin muda semakin menjadi pilihan ramai.

Korang semua ada tak kawan-kawan yang dah kahwin pada umur yang sangat awal. Tak kisah lah lelaki ke perempuan ke kan. Ada tak? Sekarang ni kan, as we know ramai sangat yang kahwin awal. Umur 20 - 23 dah kahwin.

Apa perasaan eh bila kahwin awal ni? Seronok ke eh? Kahwin ni bukan senang. Banyak tanggungjawab tapi ramai yang ambil sambil lewa dalam hal ni. Muda-muda selalunya orang lain yang sebaya semua tengah have fun. Enjoy zaman muda. Tapi awak? Tanggungjawab keliling pinggang!


Lagi-lagi kalau pasangan tu sebaya pulak kan. Perghh! Lagi lah rasa macam payah aje nak hidup. Asik-asik gaduh aje. Macam-macam masalah. Lagi-lagi masalah CEMBURU. Maklum lah darah muda kan. Belum matang. Kalau dapat pasangan yang lebih tua, maybe okay lah kan. Sebab dah matang sikit.

Tapi depends juga pada macam mana pasangan suami isteri tu handle masalah and tanggungjawab mereka. Ada yang mampu and ada yang tak mampu. Sekarang ni makin ramai yang kahwin hanya untuk sementara. Bulan ni kahwin, dua tiga bulan depan dah bercerai.

Hope pada mereka yang fikir nak berkahwin awal tu, sila lah fikir dua tiga kali. Berkahwin ni bukan satu perkara yang mudah. Tapi if korang rasa dah bersedia, tak kisah lah korang nak kahwin kan. Trend kahwin muda semakin menjadi pilihan ramai pada masa kini. Persoalannya sekarang, adakah mereka berkahwin kerana nafsu semata-mata? Sudah bersediakah mereka melayari alam rumah tangga?

KBAI~
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Saturday, July 30

Fuhhh! Banyaknya comment!

Tadi masa log in blog, eyfa terus blogwalking ke blog kawan-kawan and drop comment apa yang patut. Rasanya banyak blog yang eyfa tak sempat nak terjah sebab busy sekarang ni. Mintak maaf lah banyak-banyak ya kengkawan. Bukan tak sudi singgah cuma masa tak mengizinkan =)

By the way masa eyfa tengok dashboard eyfa tadi. Alangkah terkejutnya melihat jumlah comment and jumlah followers eyfa. HAHA. Ada 101 comments. Ni semua angkara Abang Stalker yang kacak lagi macho! Kebanyakkan comment-comment tu dari dia. Woah! Semua entry abang selongkar ya? :P Tapi ada banyak juga blogger lain yang comment. Thanks yg semua?


Memula tadi nak cari lagi dua (2) orang followers lagi untuk cukupkan 888 sebab eyfa suka no.8 so macam excited aje nak tunggu jumlah tu. Eyfa pun ping la blog dekat Sahabat Blogger sebab nak cari lagi dua (2) orang followers. Ingatkan tak ada orang nak follow. Rupa-rupanya terlebih pula jadi 894 followers





Alhamdulillah. Ni antara followers terbaru eyfa. Yang lain eyfa tak dapat link mereka :( Apa-apa pun thanks pada mereka yang sudi jadi followers eyfa. Nanti insya'allah eyfa akan singgah and baca entry-entry korang. Eh! Lupa pulak, yang baru jadi followers eyfa, sila tinggalkan link blog korang pada entry ni ya? Senang eyfa nak jalan-jalan ke blog korang nanti =)

KBAI~


*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Cuba serius dalam hubungan

Sambungan daripada Kantoi curang kali pertama.

Selepas perangai dia berubah. Segalanya juga berubah. Dari A sampai ke Z semua nya berubah! Memula rasa biasa aje. Lepas tu lama ke lamaan aku dah mula rasa suka dekat dia. Timbul lah perasaan sayang tu dalam hati.

Dalam masa dua, tiga bulan tu boleh di katakan kami happy sangat-sangat. Selama pengalaman aku couple dengan ex-ex boyfriend belum pernah ada lelaki yang sanggup sujut dekat kaki aku semata-mata nak ikatkan tali kasut aku yang terbuka. Oh! So, sweet! HAHA.


One day, aku tak tahu dari mana dia dapat cerita yang aku ni tak sayangkan dia. Kira aku couple dengan dia tanpa perasaan sayang and cinta tu. Maybe kawan-kawan aku yang cerita pasal aku ni. Dia pun secara jujur tanya dekat aku,

"Awak sayang saya tak?" - Dia
"Sayang lah!" - Aku

"Saya tahu awak couple dengan saya tak serius kan?" - Dia
"Hmm. Mana awak tahu?" Dia

"Tahu lah. Boleh saya request something tak?" - Dia
"Apakah?" - Aku

"Saya serius sayangkan awak. Boleh tak awak serius dalam hubungan kita?" - Dia
"Hmm. Tak boleh janji. Tapi saya boleh cuba" - Aku

Sejak dari hari tu aku cuba untuk serius dalam hubungan kiteorang memandangkan aku pun dah mula sayang dekat dia. Kawan-kawan aku pun banyak nasihat aku suruh berubah. Tahu-tahu ajelah perangai aku ni. Aku ni jenis keras kepala and cepat naik angin. Orang yang ada kesabaran tinggi aje boleh layan perangai aku.

BERSAMBUNG.......................

*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Blog dah berwajah BARU!

Ehem. Ehem. Korang perasan tak something pasal blog eyfa? Mesti tak perasan kan kan? Sob sob. Kejamnya korang ni! Penat eyfa edit tauuu! huhuhu.

Eyfa ni memang jenis cepat bosan. Asik nak tukar aje. Eyfa tak ingat dah berapa kali tukar dah template blog eyfa ni. Hehehe. Comel tak? Comel tak? Hehehe. Comel kan? Tapi belum habis edit lagi. Ada banyak lagi benda nak buh.


Tapi jangan risau eyfa tak la bubuh something yang boleh buat blog berat sontohnya salji-salji apa kejadah ntah. Huhuhu. Tapi kalau blog eyfa berat sila kasi tahu okay? Eyfa boleh buang la apa yang patut nanti :)

KBAI~

*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Kantoi curang kali pertama.

Sambungan dari Aku tak percaya cinta.

Bila dia dah stay kat KL. Kami boleh dikata kan tiap-tiap minggu jumpa. Dah tu 24jam message. Memang dah macam kembar siam tak boleh pisah dah. Always nak bersama. Masa tu aku masih belum sayangkan dia. Aku ni jenis senang suka dekat orang. Tapi nak sayang tu susah sikit. Makan masa. 

Bila dia dekat KL dia tak ada sesiapa melainkan aku. Aku pun kenalkan la kawan-kawan aku dekat dia. Fyi, dia ni jenis caring gila and dalam banyak-banyak ex aku sebelum ni, dia paling memahami aku.

Aku ni jenis kepala angin and panas baran sikit. Pantang dia silap sikit mesti keja aku nak marah aje. Kalau bukan silap dia pn, dia juga yang kena marah. Masa memula couple dengan dia. Dia memang selalu jadi mangsa aku lepaskan kemarahan. Tapi dia tetap cool. Dia tak pernah sekali pun tinggikan suara dekat aku. Dia coolkan aku lagi ada lah. Tak pun dia pujuk aku supaya tak marah lagi.

Memang dia sangat baik pada mulanya. Everything dia buat untuk aku. Susah sesama, senang sesama. Semuanya buat aku terharu. Tapi jangan silap. Kau buat aku terharu tak semestinya aku kan jatuh cinta dengan kau. Itu bukan aku.

Suatu hari, di pendekkan cerita! Dia kantoi curang dengan aku. Aku tak tahu sebab apa and aku malas nak tanya. Aku relex aje. Belum pape dah ada niat pasang lain. Ini lah salah satu sebab buat aku tak percaya cinta. Perempuan tu pun aku kenal. Dia flirt dengan kawan aku sendiri. Dah tu aku hati kering mintak break terus dengan dia.

Biasa lah lelaki kan. Memula bercinta kononnya lautan api pun sanggup pergi berenang sebab nak buktikan cinta punya pasal. Konon aje lebih. Suruh pergi berenang kat lautan api bebetul kang baru tahu! Tengok sanggup ke tak sanggup! Cakap aje boleh lah kan. Puii.

Dia terus datang rumah aku masa aku cakap aku nak break tu. Memula aku taknak keluar jumpa dia. Tapi di sebabkan aku tak lah kejam sangat kan, aku pun keluar lah jumpa dia. Aku ajak lepak belakang rumah aku. Lepas tu aku mintak phone dia. Aku terus bukak sim lepas tu patahkan sim dia dengan slumbernya.

Puas hati aku. Lepas tu dah settle semua, kiteorang dah okay balik. Tak jadi nak break. Huhu. Lepas aje kejadian yang dia curang tu. Perangai dia langsung berubah mendadak. Apa aku nak semua dia turutkan. Macam kena pukau pun ada. Maybe sebab dia nak ambil hati aku balik and tebus kesalahan dia.

Sejak tu, kawan-kawan aku kata dorang nampak dia macam betul-betul sayang dekat aku. Aku tak tahu la dari mana dorang nampak sedangkan aku tak pernah rasa pun dia sayang aku. Aku just rasa dia sayangkan aku main-main. Tak serius. Dengan kata lainnya CINTA MONYET.

BERSAMBUNG...........................
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Thursday, July 28

Belog Kak Senduk! Terbaik!

Assalamualaikum.

Eyfa tadi ada dapat email daripada kakak eyfa pasal satu entry daripada blog Kak Senduk. Memula ingatkan apa. Sekali dah baca, tergelak-gelak eyfa sorang-sorang. Sumpah best gila. HAHA. Entry ni eyfa copy and paste sebiji dari blog dia. Eyfa langsung tak ubah apa-apa. =)

"Kita membesar dikelilingi oleh pelbagai jenis tudung...so ini adalah fesyen2 tudung yang akak pernah tengok sepanjang hidup akak..."



cara pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung apa...pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik...siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....



tudung ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebelah umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya...ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap...pantas....


ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...ape lagi amik tudung ikat je ..ala2 mudah dan cepat...so makcik2...paling sesuai ketika hendak ke pasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...


ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...kadang tu sampai tutup kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya....ni yang menekankan penutupan aurat ni...


tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya...ikat belakang...jalannnn...lalalala


bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...


bila wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda katanya...nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek sangat aku....


then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah cepat....macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam jep sepah dah akak)


di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...variasi katanya...yer kerr...


ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....jambul...ko mampu?



pernah nampak orang pakai tudung cam ni?...ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia...meniaga katanya ..panas...bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...

so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...akak namakan tudung senduk...


langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase...tudung bawal lagi bagus...


langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru...



langkah 3: amik tudung lain corak2...bendera juga boleh yer...


langkah 4: amik tudung warna tadi...letakkan di bawah dagu....ala2 nak gantung diri gitew


langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat...pastikan nak bukak mulut pun susah yer....


langkah 6: ikat reben..pastikan kemas...


tadaaaaaa...siap.......chantek kan...


nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya...dah siap tudung senduk....gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua...melawat saudara di hospital tampoi...


gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian...kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas....untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung...

Sekian terima kasih..
Selamat mencuba...

Sumber dari : Meriahuoll.blogspot.com
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Cash out earning Churpchurp yang pertama.

Assalamualaikum.

Hari tu eyfa ada cerita kan yang eyfa nak cash out earning Churpchurp? [RUJUK SINI] Setelah lama mengunggu akhirnya semalam eyfa dapat email dari Churpchurp bahawa cheque pertama eyfa telah di proses and bermakna tak lama lagi sampai la rumah cheque tu :)

Itu semalam punya cerita. Hari ni punya cerita pula tadi eyfa balik dari class aje abah cakap ada cheque sampai rumah. Abah eyfa dah pelik siapa pula yang kasi anak dia duit serat lebih kan. HAHA. Rupa-rupanya itu cheque dari Churpchurp. Hehe.


Alangkah gembiranya hati ni. Macam tau-tau aje eyfa tengah sengkek ni. Nasib baik cheque sampai dah. Lama juga tunggu. Dua bulan jugak la nak tunggu dorang proses eyfa punya earning tu. Huhu. Tapi alhamdulillah akhirnya dapat juga kan.

Sekarang ni tengah tunggu cheque ke-2 sebab selepas eyfa cash out earning pertama, sebulan lepas tu eyfa cash out kan lagi sekali. Hehhe. Maknanya raya nanti dapat lah earning tu agaknya. Hehee. Seronoknya. Tak sabar pulak rasanya. =)

By the way pada sesiapa yang belum register Churpchurp boleh lah daftar dekat sini [CLICK HERE TO SIGN UP CHURPCHURP] and pada sesiapa yang masih kurang pasti or nak tahu lebih lanjut pasal Churpchurp ni boleh juga click link di bawah ini =)
KBAI~
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Wednesday, July 27

Dia boleh bertukar wajah!

Assalamualaikum.

Sekarang ni kalau tengok dekat facebook or laman social yang lain, kebanyakkan gambar semua taknak kalah. Mesti nak top habis. Lagi-lagi bebudak yang belajar photography ni. Eceh! Tau lah ada DSLR default mesti nak bergambar dengan DSLR. Cepuk dahi kau laju-laju baru tahu! Puii!

Kalau korang nak tahu, eyfa ni memang suka pergi blind date. Tak tahu kenapa dah memang habit. HAHA. Tak kisah la blind date dengan lelaki or perempuan kan. Tapi selalunya jumpa perempuan lah. Berkawan memang lah tak kisah macam mana rupa kan.


Tapi kekadang terkejut juga, bila dalam gambar lain. Bukan main cantik lagi. Gegebu aje. Putih melepak! Kalau gay tengok pun geram beb. Tapi bila jumpa. Perghhh! Hampeh. Rasa macam nak tergelak pun ada. Okay okay, tak baik gelakkan orang. Dosa ok. Hehehe.

Tak ada lah bukan nak kata apa. Sekarang ni makin lama makin canggih. Yang hitam boleh jadi putih, yang gemuk boleh jadi kurus, yang muka menggerutu boleh jadi licin. Itu dalam gambar ajelah. Hakikatnya? Tuan punya badan aje yang tahu. Hehhee.

Bukan lah nak mengata. Kalau nak edit pun agak-agak lah der. Jangan lah over sangat. Kalau eyfa print gambar dia dalam facebook lepas tu bandingkan dengan muka real dia. Serius lain gila. Aduhai. Tolong lah berpijak di bumi yang nyata.

Jangan la edit melampau sangat. Sikit-sikit sudah. Karang buatnya orang yang jumpa kau ada sakit perut. Kang bila jumpa kau, tak pasal-pasal tercirit dia dalam seluar terkejut tengok kau punya pasal. HAHA. Err. Motif eyfa post entry ni? Entah. Lu fikir lah sampai penat.

KBAI~

Nafsu yang bergelora.

Assalamualaikum.

Bulan puasa akan tiba tak lama lagi. Lagi beberapa hari aje lagi kan? Bagi yang belum ganti puasa tu, cepat-cepat lah bayar hutang puasa tu ya? Huhuhu. Jangan tak sempat ganti sudah lah kan. Nanti tak pasal-pasal kena denda pulak!


Sebelum bulan puasa aje. Macam-macam nak makan. Nafsu makan melonjak-lonjak! Nafsu makan ya? jangan salah faham pulak! HAHA. Nafsu makan jangan cakap, dah macam orang bela saka dah. Asik makan aje. HAHA. Kononnya nanti puasa macam dah tak boleh makan langsung. Padahal masa berbuka and sahur tu boleh aje makan kan.

Eyfa pun selalu macam tu. Asal nak puasa aje. Mesti nak makan macam-macam. Korang ada perasaan macam tu tak? Ke eyfa aje yang rasa macam ni? HAHA. Ala eyfa rasa korang pun lebih kurang aje kan? Jangan tak mengaku.


Tadi dah lepas satu nafsu. Nafsu nak makan Nasi Ayam Dara. Perghhh! Memang terbaik doe. Huhu. Lepas ni nak makan Nasi Ayam Penyet pulak. Ceh! Asik asik ayam! Asik asik ayammm! Nak buat macam mana, dah ayam memang fav! HAHA.

Target bulan puasa ni nak diet. Kurangkan lemak-lemak yang berleluasa di badan ni. HAHA. Konon aje nak diet. Last-last raya makan tak ingat dunia juga kan. HAHA. Tak sabarnya nak puasa. Huhuhu. By the way, Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba =)

KBAI~
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Wordless Wednessday | Bibir seksi eyfa


HAHAHAHAAHHAHAHAHAHAHAHAHA


*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Wordless Wednessday | Just Scream







*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Tuesday, July 26

Aku tak percaya cinta.

Assalamualaikum.




Cinta. Aku tak tahu kenapa sejak dari dulu lagi, aku tak pernah percaya cinta tu wujud. Bagi aku lelaki and perempuan ni masing-masing tak boleh di percayai. Bila tengok keadaan sekeliling, orang bercerai makin lama makin ramai. Kalau yang couple toksah cerita lah kan. Hari ni couple esuk lusa dah clash.


Aku selalu fikir pasal benda ni. Kalau wujud cinta tu kenapa boleh jadi macam tu? Mesti nanti akan ada orang yang kata "Jodoh pertemuan di tangan Allah, kita hanya merancang Allah yang menentukan" Yeah! Mesti akan ada orang yang cakap macam ni.

Aku tak percaya cinta. Dari dulu lagi kalau aku couple aku tak pernah serius. Aku dah tak ingat berapa banyak kali aku couple. Lagi pn aku couple just for fun. Kiranya aku couple just untuk isi masa lapang aku. Couple hanya untuk berteman. Kalau aku pergi mana-mana ada orang teman. Kalau bosan ada orang hiburkan aku. Itu sahaja tujuan aku couple.

Macam yang aku cakap, aku tak pernah percaya cinta. So, kalau clash aku tak pernah menangis. Aku tak pernah rasa kehilangan. Aku tak rasa sedih pun. Aku tak pernah rasa bila clash tu satu penderitaan. Kalau harini aku clash. Esuk lusa aku dah couple dengan orang lain.

Senang kan hidup aku? Tak payah nak menangis and melalak sebab kena tinggal dengan lelaki. Macam-macam lelaki dah aku jumpa. Tapi satu pun tak melekat kat hati aku ni. Aku tak tahu kenapa. Maybe juga sebab aku tak percaya cinta tu pasal sorang lelaki pn tak melekat.

Tapi aku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ada seorang lelaki yang telah berjaya menawan hati aku. Dan lelaki tu juga la dah hancurkan hati and perasaan aku. Arghhh! Baru lah aku dapat rasa macam mana sakitnya bila cinta kita kena khianat! Grrr~

Pada mulanya, aku couple dengan dia macam biasa aje. Untuk buat isi masa lapang. Aku tak pernah sayangkan dia. Kitaorang mula bercinta pn dari jarak jauh je. Tapi tak lama lepas tu dia datang tinggal and study dekat KL ni demi aku. Katanya senang nak jumpa aku selalu.

BERSAMBUNG............................

*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Lipas terbang sangat annoying okay!

Assalamualaikum

Dalam banyak-banyak serangga! Eyfa paling tak suka satu serangga tu. Dari kecil sampai besar serangga tu jadi musuh ketat eyfa. Dah la rupanya menggelikan. Bau dia busuk pulak tu. Lepas tu serangga tu suka kejar eyfa. Tak suka ! Tak suka ! -____-"


Haaa. Serangga ni lah. LIPAS! Eeeeeee. Tak suka lipas! Geli geli ! Eeeuuuwwww! Eyfa pernah nangis tau sebab lipas ni. Dulu pernah sekali masa zaman sekolah dulu, Eyfa tengah study lepas tu tetiba nampak lipas berterbangan dekat atas syiling tu. Eyfa pun pandai sangat eyfa baling la dengan penyapu. Langsung lipas tu kejar eyfa.

Eyfa pun berlari tak cukup tanah masuk bilik abah suruh abah tangkap lipas tu. Bila abah dah tangkap rasa lega sikit hati ni. Lepas tu terus tak jadi study. Eyfa tengok tv. Tetiba abah datang dia baling lipas tu dekat eyfa. Eyfa pun apa lagi. Menangis macam orang mati anak. HAHA.

Seronok pulak abah ni gurau-gurau benda macam tu. Lepas tu boleh pulak abah takut-takutkan eyfa, dia kata nanti lipas tu datang bawak geng serang eyfa. Last-last hari tu, eyfa tidur pakai anak tudung semata-mata takut lipas punya pasal. Bayangkan orang tidur pakai anak tudung sekolah tu. Dah macam opah-opah pun ada. Huhu. 

Sekarang dah besar x ada lah nangis-nangis pasal lipas dah. hehee. Tapi kalau dalam bilik air tu. Time eyfa mandi tu mesti lipas tu keluar. Lagi di halau, lagi dia datang kat eyfa. Celaka sungguh! Siap terbang2 bangai!  Grrr~

KBAI~
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Sunday, July 24

My bloglists is under construction!

Assalamualaikum

Setelah di fikir masak-masak. Dengan ini secara rasminya eyfa mengumumkan eyfa nak rombak balik ketiga-tiga (3) BLOGLISTS eyfa dalam blog ini. Eyfa rasa macam dah banyak sangat pulak bloglists tu. Lagi pun, ada beberapa blogger yang dah tak active lagi.


Eyfa harap dengan rombakan bloglists blog eyfa ni tak akan kecikkan hati mana-mana pihak okay? Insya'allah korang-korang yang selalu keep in touch dengan eyfa, eyfa akan masukkan dalam bloglists eyfa and mana-mana blog yang eyfa rasa menarik pun eyfa akan bubuh nanti. Tak kisah la korang blogger baru or blogger lama.


By the way thanks pada korang semua sebab selalu support eyfa dalam dunia blog ni secara lansung ataupun di sebalik takbir (Cewah! Dah macam buat filem pun ada. Siap ada belakang takbir bagai) HAHA. Eyfa hargai sangat-sangat! Thanks tauu <3


*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com