Sunday, June 19

Aku dah penat lah nak join bloglists !

Assalamualaikum.

Sekarang ni ramai orang duk buat bloglists sana bloglists sini. Tak kisah lah blogger baru ke lama ke kan. Semua dok kecoh buat bloglists. HAHA. Benda ni ada bagusnya ada yang tak bagusnya. Tapi tu semua terpulang kat diri blogger tu sendiri.

Bloglists ni bertujuan untuk menyenaraikan blog-blog yang kita suka baca, tak pun blog yang kita ingin jadikan rujukkan. Tak kesah lah blog tu adalah datang dari kalangan followers kita or kita followers dari blog mereka.

Dengan adanya bloglists, kita dapat lah tahu perkembangan blog tu. Kalau tak ada bloglist jenuh pulak nak mencari blog tu satu persatu. URL tak ingat pulak kan. Berpinar mata mencari. HAHA. Kalau ada bloglists senang sikit kan?

TAPI sekarang ni ramai buat bloglists untuk di jadikan perhiasan semata-mata. Dah buat bloglists tapi tak datang singgah pun. Nak baca entry apa ntah lagi. Biar ajelah bloglists tu kat tepi tu sampai besawang-sawang. Kalau macam tu baiklah xpayah letak. Buat berat lagi blog kau aje.

Macam hari tu Abang Ben buat segmen tukar link suka sama suka. Ada lebih 50 blogger nak tukar link dengan eyfa. Tapi di sebabkan eyfa rasa macam banyak sangat. Kang tak larat pulak nak jenguk! Eyfa amek 30 aje. Itu pun dah ramai. Jenuh nak blogwalking satu-satu! Hehe.

Kesimpulannya kat sini, if korang dah buat bloglists, jangan lah jadikan hiasan semata-mata! Datang lah jenguk sekali sekala. Kalau taknak jenguk takpayah kecoh-kecoh nak buat bloglists bagai okay? Duduk situ diam-diam.

Kalau eyfa ada silap cakap. Mintak maaf ya.
KBAI~

42 comments :

Akulah Pak Lan said...

Aku tak pernah nak join bloglist mana2 pun...segmen pun tak pernah join..contest lg la...hahah..

Lieyda said...

yeah betol tu eyfa. bkn nya diorg dtg bca pun kt blog kita. huh menyampah

kotak bulat said...

hehehe..kne duk diam2 ek..
kb teringin gak nak join bile ad org wt segmen or bloglist..tp takut.. takut org naik muak bile tgk asyik2 join bloglist..emmm..

Cik Ezy said...

betol2..
cik ezy jrng join bloglist2 ni..
huhu..

EYFAalias said...

@Akulah Pak Lan

HAHA. yeke? eyfa selalu jugak join :p

EYFAalias said...

@Lieyda

tahu xpe. sekurang2nya jenguk la sekali sekala.

EYFAalias said...

@kotak bulat

ahahhaa. tahu xpe. dulu eyfa rajin gak join! skrg dh malas.

EYFAalias said...

@Cik Ezy

takyah la join :p

NasZ said...

huhu...speechless..sabar k?

jemput join segmen simple saya..

SEGMEN SIMPLE : SAYA SAYANG AYAH ...

EYFAalias said...

@NasZ

ada masa nanti eyfa join k? :)

Abang Stalker said...

Effa ada dlm bloglist abg,dats y selalu dtg skodeng. :) nsb baik..klu x td mmg kne tembak.haha

EYFAalias said...

@Abang Stalker

hehehhee. skodeng jgn xskodeng :p

.m y z. said...

yehuuu~ setuju bangat dehhh. ruangan HOTSTUFF kat blog ziema mmg selalu lah pegi terjah. tapi ruangan blogger tu jarang sikit lah. tak cukup masa T__T

EYFAalias said...

@.m y z.

eyfa pulak jarang terjah "jom stalker sini" ehhee. tapi ada juga la jenguk2 :)

azrijohan said...

wooohoooo..
bgus2...

nak contoh blogger terbaik tak?
die rajin gila terjah...

beliau ialah .myz.

azrijohan said...

tak caye ce la tgok blog yg join segmen jom kenal,die dah terjah semua..gila kn

EYFAalias said...

@azrijohan

dia memang terbaik :p

EYFAalias said...

@azrijohan

percaya, percaya!

||aLeaSaRa|| said...

hye sis!mmg minggu ni ramai rkn2 blogger buat segmen bloglist.malas nak join sbb kite dah puas hati dgn bloglist yg kite dah set.sng nk bw.mister linky tu pun membantu utk balas jejak kwn2.tak yah kot nak join segmen bloglist melainkan segmen BA itu pasti kite join he3...

suka sgt smlm terpilih blog pilihan #2....

ArulchelseA said...

btul tu..sy de 12blog je dlm senarai bloglist..ari2 singh baca dan komen.. cukup la..janji kita gunakn.dri pakai buat pekasam..

Atika Farha ;D said...

saya jenguk jer?
kenapa blog saya takde dlm bloglist awak? :O

tia @ Ini Kisah Tia said...

tu sebab Tia prefer singgah di blog orang dulu dan kenal rapat dengan dia . bila dah rapat , entri pun best Tia akan masukkan dalam bloglist Tia .

tapi kadang2 tanpa bloglist pun , Tia boleh singgah blog dia :)

Ini Bukan Hal Remeh Wahai Wanita

Srikandi Cinta said...

ai2.. SC dtg jenguk2 kat sini , hehe..
have a nice sunday!

~~Ticer Wann~~ said...

join kekadang je..ikut mud

singgah dari blog Tia..

jom ke blog

Yeah kamu memang tak serik... padan muka!!

Jom berbloglist express bersama Syuxer

GaRy™ said...

hahaha...setuju2!! kalau gary, setiap kali gary post entri, gary terus pegi blogwalking VIP blog gary... hehe... gary nak buat saper2 yang ikut bloglist gary ni rasa spesel... sebab tu la letak 30 je~

sergeant keroro said...

hehe, kadang2 kita pon kena lah aktif pergi bloog orang yang anjur bloglist tu.

sebab maybe dia lebih utamakan orang yang komen pada entri dia, dan juga dari bloglist.

macam keroro lah, hehe XD

EYFAalias said...

@||aLeaSaRa||

wahh! untung la dapat jd blog pilihan. ehhee. congrats :D

EYFAalias said...

@ArulchelseA

tu la. banyak2 tp xjenguk buat apa. ehhee

EYFAalias said...

@Atika Farha ;D

maafkan sy. maybe hari tu dh serabut2 dh terlupa. nnt eyfa letak :D

EYFAalias said...

@tia @ Ini Kisah Tia

bagusnya tia ni. ehhee

EYFAalias said...

@Srikandi Cinta

you too :D

EYFAalias said...

@~~Ticer Wann~~

thanks singgah sini :D

EYFAalias said...

@GaRy™

hehehe. eyfa pn dg berderet bloglist ni. tak sempat nak bw semua. hmm

EYFAalias said...

@sergeant keroro

hmm. dah aktif dh. siap cmnt bagai. xde respon pn.

Tea said...

okeh, tak buat tak buat. kehkehkeh.

kura said...

okey dah faham! apa itu bloglist :3

EYFAalias said...

@Tea

eheheh. good :D

EYFAalias said...

@kura

alahai syg aku sorg ni. kan dh terangkan apa tu bloglist kat atas ni. iskk. babab kangg

adan said...

saya pernah join gak bloglist ni.. terpulang pada tuan segmen tu nak usha atau tidak.. join pun suka2 je.. klu terpilih ok la tu.. tp kalau terpilih dan tuan segmen lawat blog lagi la ok double2.. ehehe

singgah dari blog tia ^___^

EYFAalias said...

@adan

eyfa join sebab nak tambah kenalan. maklum la. baru lagi dalam dunia blog ni. tp. bila join rasa hampeh plak.

tak la semua macam tu. segelintir je :D

Tea said...

buat mase ni xyah buat segmen, dh terlalu bnyk seyh.

EYFAalias said...

@Tea

tahu xpe :p

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com