Monday, June 6

Kat Taman Keramat semuanya mudah.

Assalamualaikum.

Terima kasih sebab sudi singgah sini dan baca entry yang tak "bernas" ni. HEHE. Hari ni eyfa pergi settle kan borang pinjaman MARA. Plannya macam ni. Memula nak pergi mintak Cop dekat Penghulu, lepas tu pergi LHDN untuk matikan stem dan pergi Suruhanjaya Sumpah untuk mintak tanda tangan. Huhu. 

Ingatkan LHDN tu jauh lah nak kena pergi. Last-last dekat je area Wangsa Maju. Suruhanjaya Sumpah tu pun area situ aje and Pejabat Penghulu pun dekat aje kat Ampang.

Wah! Dalam masa satu hari dah boleh settle semua. Ingatkan tempat tu jauh-jauh semuanya. Beriya lah eyfa ajak abah gerak awal. HAHA. Tu la. Dekat KL ni kalau keluar asik nak pergi berjalan je. Tempat-tempat mcm ni tak pernah ambil tahu. Bila sekali dah kena buat, baru menggelupur. HAHA.

Tapi seronok lah duduk area Keramat ni. Semua kemudahan ada. Patut lah harga rumah area sini boleh tahan mahal harganya. HEHEHE. Yeah! Borang MARA dah settle. Tak lama lagi KAYO DEN! YAHOOOOO~

Ciss! Nanti ramai lah orang yang ambil kesempatan atas "kesenangan" eyfa tak lama lagi. Ramai lah mengaku kawan baik. Hak tuih. Eyfa buat pinjaman ni memang untuk habiskan kat diaorang aje.

KBAI~

3 comments :

Freaky said...

haha best ayat ni : Eyfa buat pinjaman ni memang untuk habiskan kat diaorang aje.

10 Tips Menawan Hati Lelaki

rara pinkmafia said...

lol eyfa duk area situ ke?

EYFAalias said...

a'ah. hehehehe :D

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com