Friday, June 10

Teringat pulak zaman MYSPACE dulu!

Assalamualaikum semua!
Korang tau tak apa tu Myspace? Apa tu Myspace weh? HAHA. Buat-buat tak tahu pulak korang ni. Tahu lah sekarang semua dah tak layan Myspace. Rasanya sekarang dah tak musim dah myspace ni. HAHA. Kesian Myspace. Dulu selalu bergaduh dengan kawan sebab tak letak kat top friends. Ingat lagi tak?

Kawan A : Eyfa tak taruk aku kat Top Friends pun. Hmm :(
Eyfa : Yelah kejap lagi aku taruk :)
Kawan B : Kau ada kat Top Friends aku, bubuh la aku jugak kat Top Friends kau.
Eyfa : Err! Okay =)
Eyfa ingat lagi semua tu. Lepas tu bukan main lagi layout myspace korang taknak kalah. HAHA. Dulu eyfa selalu duk edit layout untuk kawan-kawan. Hide tu lah, hide ini lah. Tambah tu lah, tambah ni lah! Macam-macam lagi lah. HEHE.

Dulu gambar kat Myspace semua stok NAMPAK TANGAN and semuanya snap dari atas! HAHA. Kelaka je kalau ingat zaman Myspace dulu. Rasa macam nak gelakkan diri sendiri je. Sekarang kat semua dah beralih arah ke Facebook! Lepas tu, gambar kat Facebook semua nak bajet macam model je. Photoshoot sana photoshoot sini. Cehh! Bajet hot aje masing-masing! =D


Kat facebook tak ada top friend kan? Sebab tu kalau korang perasan SIBLINGS bebudak ni belambak gila. Berderet-deret wehh! Rasanya mak bapak dorang ni kilang buat anak kot semua dorang taruk kat siblings. HAHA. Kelaka lah!

Apa pun sekarang ni eyfa rasa Facebook dah nak lebih kurang Myspace aje. Banyak benda yang merepek-repek dalam tu. Fun page ntah apa-apa, lepas tu musim tulisan-tulisan biru tu! GELABAH je lebih! Spam pun belambak.

By the way, Eyfa rindu semua kawan-kawan zaman myspace dulu. Kawan-kawan kat facebook sekarang semua sombong, bajet-bajet hot aje lebih. HAHA. Tegur tak reti nak reply. Hak tuih~ Tumbuk muka lu karang tau la! *Amboi! Garangnya* HAHA !

KBAI~

P/S :  
Siapa nak smartphone murah? --> CLICK SINI
Siapa suka minum MILO --> CLICK SINI
Siapa nak Blackberry murah? --> CLICK SINI
Nak tahu lebih lanjut pasal BBM? --> CLICK SINI
Nak dapat trip ke PERTH percuma? hanya perlu --> CLICK SINI

9 comments :

AZTIQAH said...

myspace dlu mmg best
tpi skunk
alahai xtaw la

EYFAalias said...

heheehe. tu lah. tak paham kalau bukak ms sekarang :p

Atika Farha ;D said...

already vote fr you. goodluck :)

EYFAalias said...

thanks dear.

Nur Syazana Mohammed Sani said...

dulu kat rumah xdew tenet ,. so g cc ,. bile g cc ,. bukak myspace jerk ,. laen xbukak ,. huuu~

SoLy SoLicious said...

waaahh..mmg rindu zmn myspace...tp smue dah beralih ke fb dh..

Cik Ezy Comot said...

koh3..
prnh jgk ade myspace..
zmn mude belia lg..
duk cantekkan myspace giler2 pnye r..
haha

munirah said...

eh..aah..terlupe lak myspace dulu ade top friends.. dah lame sgt tak online myspace..segan nak tgk pict kat myspace..tak matured..hehe

azrijohan said...

myspace?
ape tu???
hehehe;p

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com