Sunday, June 12

Kadang-kadang hidup ni kena selfish jugak!

Assalamualaikum.

AMARAN!! INI ADALAH ENTRY LEPAS GERAM !!! ~

Perlu ke kita pentingkan diri kita sendiri? Cuba korang tanya diri korang. Korang rasa pelu ke? Almost everyday eyfa terfikir pasal hal ni. *Eh! tipu aje tak ada lah sampai everyday* Eyfa rasa selfish ni penting pada waktu tertentu. Tak semestinya korang kena pentingkan orang lain 24jam kan?


Manusia ni macam-macam perangai. Banyak dah perangai pelik-pelik eyfa jumpa selama eyfa hidup hampir 23tahun ni. Kadang-kadang timbul rasa tak puas hati, rasa menyampah, rasa benci dengan perangai manusia ni. Rasa nak menangis pun ada. Kadang-kadang rasa macam taknak ambil peduli pasal orang lain. Eyfa nak ambil tahu hal eyfa aje. Boleh tak?

"Eyfa, tolong hantar aku balik rumah boleh tak? Harini boyfriend aku xboleh hantar"

"Hey ada duit tak? Aku nak pindah rumah lah. Nak pakai duit sikit!"

"Hai, kau ada duit lebih tak? Topupkan aku boleh?"

"Eyfa belanja aku rokok!"

"Kau lapar tak? Aku x makan lagi doe dari pagi. Jom makan tapi kau belanja!"

"Kau kat mana? Aku nak pergi Jusco la, tolong hanta aku kejap"

Macam-macam lagi lah. Eyfa punya lah tak sampai hati tolong jugak lah selagi mampu. Kalau tak ada terpaksa adakan jugak semata-mata nak tolong dorang. Tapi bila dah tolong, TERIMA KASIH pun tidak. Yang meminjam tu kata nak bayar tapi? HAMPEH! Kadang-kadang time eyfa perlukan pertolongan, serius memang tak akan ada seorang pun yang tolong. SUMPAH RASA KECIK HATI!

"Tolong orang biar ikhlas, jangan sesekali mengharapkan balasan!"

Ni abah selalu cakap dekat eyfa. Hmm. Memang lah tak mengharapkan balasan. Tapi kalau time kita susah kenapa tak ada seorang pun yang sudi bantu? Time tu lah timbul semua perasaan yang bukan-bukan. Kita dah tolong org, tp orang tu bila kita mtk tolong buat tak tahu aje. SELFISH!

Bila fikir balik, kadang-kadang hidup ni memang kena jadi selfish jugak! Kita selalu fikirkan pasal hal orang lain, diri kita sendiri tak ada siapa pun nak hiraukan? So, sejak dari tu eyfa dah jadi selfish sikit ! Sikit je tak banyak! HAHA. 

Ada juga lah mulut-mulut yang kata "Eyfa dah sombong" Mana tak sombong nya. Asal contact/jumpa mintak tolong tu tolong ni. Ingat eyfa ni kaunter pertolongan ke apa? NASIB LAH KAU!!!! Pandai-pandai lah jaga diri, hiasi peribadi.

KBAI~


P/S :

SUKA MINUM MILO? --> KLIK SINI
INGINKAN BLACKBERRY DGN HARGA RM288? --> KLIK SINI
NAK TAHU APA FUNCTION BBM? --> KLIK SINI
NAK TAK PERGI PERTH? PERCUMA JE! --> KLIK SINI
ANDA CREATIVE AND PHOTOGENIC? --> KLIK SINI
NESTLE NAK KASI RM1K. KORANG NK? --> KLIK SINI

10 comments :

Adila Sahaja said...

kadang-kadang kena belajar jugak untuk cakap "tidak".

:)

cik ayin said...

yepp..betol tu..nanti kena pijak kepala

Atika Farha ;D said...

selfish tu mmg perlu. kalau org jmp kita hanya bila susah buat apa kan? kita kena tegakkan diri kita jgk :)

Freaky said...

kalo x selfish, orang akan pijak pala kite. :D

Cik Miera said...

selfish tu perlu... sometimes kene jugak say no.. jgn smpai org pijak pale kita dan ambil kesempatan..

nabila saat said...

agreed dgn adila
kena belajar cakap tidak
aku pun dulu mcm tu lah..sekarang tidak lagi..terima kasih Tummy trim..haha

jom dpt iklan free kat belog cik lebah

siti kektus said...

kadang2 tak sampai hati nak kata 'tak'. sebab kawan kan.

pasni, mesti belajar jugak kata tak kan, kalau di fikirkan, betul gak cakap eyfa tu, kite je beria tolong dorang, tapi dorang, hm..

muka je gangters tapi hati baik, sobs~

chemija said...

ape punya kawan la tu... dah minx tlong cara baik tp balas ngan tak baik.. makin berkurang la nanti org yang pentingkan kawan if semua org macam ni ..emmm

GaRy™ said...

jangan tunjuk kat kawan yang kita ni baik sangat... pastikan dia betul2 kawan sejati... sanggup tolong kita walau dalam apa jua keadaan... jangan sampai dipergunakan...

tia @ Ini Kisah Tia said...

wah ! bunyi macam marah je eyfa . hehe . tapi memang betul , bila kita terlalu baik dengan orang , orang akan mula pijak kepala kita . grr ~

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com