Monday, June 13

Masak pun tak pandai ke? Eeeuuww

Assalamualaikum.

First sekali jangan lupa vote eyfa untuk contest Churpchurp.
Cara-caranya seperti bawah ini :


Step 1: ‘Like’ Churpchurp on Facebook
Step 2: Go to this page
Step 3: Press the ‘Vote Now’ button
Step 4: DONE!


Dah vote? Jangan lupa tinggalkan comment okay? Hm. Berbalik pada tajuk asal tadi. HEHE. "MASAK PUN TAK PANDAI KE? EEEUUUWWW!" Apa pendapat korang pasal ni? Sebab eyfa rasa perempuan sekarang makin ramai *bukan semua okay?* pulak yang tak pandai masak. Kan? 


Perempuan-perempuan tu termasuk lah eyfa sekali kan! sebab eyfa tak pandai masak. Serius buat air tea o pun tak lepas. Ingat-ingat lupa aje macam mana nak buat. Ini kan masak? Meggi pandai lah. HAHA. Korang mesti tak macam eyfa kan? Mesti semua pandai masak, eyfa je tak pandai masak ='(

Kalau perempuan tak pandai memasak mesti orang tua-tua cakap belum boleh kahwin. HEHE. Yelah, lelaki pun mesti nak cari isteri yang pandai masak. Kebanyakkan lelaki kalau dapat tahu mana-mana perempuan tak pandai masak macam eyfa ni mesti dorang akan cakap :

"Apa lah dia ni tak pandai masak! Macam mana nak kahwin? Masak pun tak pandai"

"Tak pandai masak? Eeeuuwww!! Taknak lah kahwin dengan awak!"

"Awak belajar lah masak, takkan nak makan luar je nanti?"

Dan macam-macam lagi lah! HAHA. Tak pandai masak tak apa lagi eyfa rasa. Jangan lah sampai periuk dengan kuali pun tak tahu beza kan? Itu memang dah parah sangat! *Ehem, terasa sikit!* HAHA. Eyfa memang ZERO bab masak-masak ni. Ini lah bab yang paling lemah sekali. HAHA.

Penah dulu mak suruh siang ikan utk bagi kucing makan. Mak dah ajar dah macam mana nak siang ikan, lepas tu nak tahu macam mana eyfa siang ikan? Tangan dua-dua belah bungkus dengan plastik lepas tu amik kain tutup hidung sebab bau hanyir tak tahan. HAHA. Teruknya perangai.

Lagi satu kes, mak suruh pegi pasar kejap suruh beli sayur sawi. Eyfa pun pegi lah beli, dah sampai kat pasar tu eyfa lupa nak tanya mak sawi tu macam mana rupa dia? Er. Hp pulak tak bawak. Adoi! -.-" Terpaksa lah tanya abang kat kedai tu. 

EYFAalias : Abang, sayur sawi kat mana?
Abang Pasar : Ada kat depan tu adik.

(Eyfa pun pergi lah kat depan tu belek-belek sayur bajet-bajet pro! Lepas tu....)

Abang Pasar : Adik nak sayur sawi kan?
EYFAalias : A'ah! Kenapa bang?
Abang Pasar : Ni sayur BAYAM dik! Kejap abang amek kan sawi utk adik.
EYFAalias : Err <--- Sambil buat muka blur.
Abang Pasar : Nah! Ni baru sawi.
EYFAalias : Ala, tadi saya tersalah capai la. Nak amik sawi terambik bayam. HAHA.
Abanag Pasar : ELEH!!

Okay itu masa eyfa umur 21tahun. HAHA. Korang jangan gelak weh! Malu gila. Nak cover line pun xboleh mesti abang tu tahu eyfa memang x kenal sayur sawi tu yang mana. MALUNYAAAA -.-" Lepas tu eyfa cerita dekat emak, emak bantai gelakkan eyfa. Sob sob sob -.-"

Takpe takpe. Lepas habis study ni eyfa nak amik class memasak. Tak ada lah orang boleh gelakkan eyfa lagi. HEHE. Lepas ni eyfa dah pandai masak jom masuk minang eyfa ramai-ramai okay? HAHAHAHA.

KBAI~

P/S :

SUKA MINUM MILO? --> KLIK SINI
INGINKAN BLACKBERRY DGN HARGA RM288? --> KLIK SINI
NAK TAHU APA FUNCTION BBM? --> KLIK SINI
NAK TAK PERGI PERTH? PERCUMA JE! --> KLIK SINI
ANDA CREATIVE AND PHOTOGENIC? --> KLIK SINI
NESTLE NAK KASI RM1K. KORANG NK? --> KLIK SINI

28 comments :

Leya said...

Eyfa...akak pun tak pandai gak...walaopun dah kawen...ok jerrr...

jom la singgah belog akak
hazeleya.blogspot.com

siti kektus said...

hehehe,
tak pe, sempat algi ni nak blaja masak,
kalau kite yg masak kat umah, komfem2 asyik kena komen ngan abah je, hoho

abah lagi pro masak2 ni,

EYFAalias said...

@Leya

hehehee. yeke? :p okay. nnt eyfa singgah :D

EYFAalias said...

@siti kektus

hehehee. abah lagi pandai masak? wah. boleh la amek class masak dengan abah siti. murah sikit kot :p

kc kasedah said...

aku tak pandai masak tapi kalau main campak2 aje insyaAllah mmg kenyang gila. hahah :D

Mohd Shukri Fadzillah said...

jangan nanti salah capai laki sudah hehehehe...... eh saye ingat ni laki saye... ehehehehe LOL.

nelly said...

alhamdulillah nelly tau masak ~
hehehe

OKED chokelat said...

heee..skrg zaman dah berubah so kena ubah sket ayat tuh yg org tua kata lau xpandai masak xleh kawen...kite tukar...kl xpandai masak la kena kawen...bila kawen otomatik pandai masak kan2...stakat nak lepas perut mesti boleh punye....

rosliza rubee said...

ahahahah kita sama kak eyfaa..rose pon takpandai masak..heheheh

.m y z. said...

HAHAHAHAHAHA nak gelak boleh tak??? gila kelakar lah kak eyfa ni. sayur sawi pun tak kenal. ziema kenal sangat sayur sawi tu sbb sayur tu syur yang paling ziema tak suka. hikhik. nak siang ikan pun sampai tutup hidung. ish2. better duduk kat dapur 12 jam lah kak eyfa :PP

.m y z. said...

p/s : cantik gilaaaaaaaaaaaaaaaa blog! jelessssssssssss +__+

Cik Ezy Brutal said...

kire dasat ni sawi pon xknl..
ekeke..
xpe eyfa..
slow2 blaja..
nt pndai la..
masak2 ni sng je..
asalkn kite rajin mencube,,
=)

EYFAalias said...

@kc kasedah

ahhahaha. okay la tu. kira reti lah jugak kan :D

EYFAalias said...

@Mohd Shukri Fadzillah

HAHAA. kalau salah capai laki itu dah parah sangat ni. ehehhe

EYFAalias said...

@nelly

baguslah nelly ni. hehehee

EYFAalias said...

@OKED chokelat

Betul tu kebanyakkan org dah kawen akan pandai masak. ehehee

EYFAalias said...

@rosliza rubee

wahh! ada geng! best nyaa! hahaa

EYFAalias said...

@.m y z.

Alah! jangan lah gelakkk! eeee aii!

EYFAalias said...

@Cik Ezy Brutal

yeah! pelan2. nanti lama2 pandai la. ehhehe

siti kektus said...

tapi sebab eyfa yg nak blaja, kite cas lebih sikit lah, sikit je, tak bnyk pon, hehe

eh2, kepala baru la, baru pasan, ;)

EYFAalias said...

@siti kektus

eh eh! lagi lebih pulak kena charge. hehehee.

.m y z. said...

hahaha masalahnya kak eyfa punya pengetahuan pasal masak ni rasa macam nak gelak. aishhh ok tak baik tak baik. hee~ :PP

p/s : dlu mase ziema make over blog pun widget komen tu hilang. sehari 2 lepas tu baru ada balik. sabar ye :)

EYFAalias said...

@.m y z.

amboi. sukanya gelakkan orang! takpe. nt dh pndai masak, nk eksyen kat ziema. ahahhaa.

oh mcm tu eh? hehe. eyfa dh menggelabah beruk dh tgk widget tu xkua. huhuhu.

Amey said...

entry ni sy dah linkkan di entry blog sy.. jom usha sini..

http://operasihitam.blogspot.com/2011/06/perlu-ke-persoalkan-perempuan-tak.html

Farhanah Mokthar said...

kita kenal sayor kobis jew.
hee :)

EYFAalias said...

@Farhanah Mokthar

boleh jd geng la mcm ni. ahhahaa

azrijohan said...

hahaha,kene tpu idup2 ngn abang tu ea..kesian nye

EYFAalias said...

@azrijohan


Bohong sunat namanya ni. ahhahaa

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com