Tuesday, June 7

Pengalaman saya kena tahan dengan polis | KISAH BENAR

Assalamualaikum.

Hari ni eyfa nak cerita pengalaman eyfa selama berkecipung dalam bidang REMPIT. Eyfa sebenarnya REMPIT TEGAR! *tolong jangan percaya* HAHA. Eyfa start pandai bawak motor kalau tak silap time form3 dulu. Masa tu Abang Opie *abang eyfa no.3* ada motor VS.


Time dulukan famous pasal budak-budak scooter ni siap set motor tu bertukar-tukar nak kasi motor tu cantik punya pasal. Eyfa pun dah abang eyfa budak scooter eyfa ambil kesempatan lah nak belajar bawak motor. Orang kata scooter ni senang, press aje jalan lah motor tu. HAHA.

Masa mula-mula bawak tu rasa mcm janggal je. Pastu bila dah pandai, apa lagi bukan main laju motor tu eyfa bawak. HAHA. Kadang-kadang eyfa ada kena sound dengan abang-abang eyfa. dia cakap "Weh! Kau bawak motor laju-laju nak g mana?" Eyfa pun dah pelik mana abang eyfa tau ni? Pastu dia cakap lagi "Kawan aku banyak kali nampak kau bawak motor laju"

Errr ! Kantoi pulak. Dah kata rempit mesti mau laju la der! Hak hak hak tuihh! =D Rempit jadahnya motor gear pun tak pandai bawak. HAHA. Tapi sekarang dah reti lah bawak. Apa ada hal takat ex5 tu. HAHA.

Hari tu eyfa pergi Danau Kota naik motor. Sana kan selalu ada roadblock? Lepas tu polis tu tahan suruh berhenti. Macam biasa lah eyfa berhenti lah kasi IC and Lesen. Lepas tu......

POLIS : Duduk Taman Keramat ya dik?
EYFA : A'ah bang, kan dah tertulis dalam IC saya tu?
POLIS : Ni adik dari mana ni?
EYFA : Dari danau cari barang bang.
POLIS : Eh! Ni motor Nouvo LC eh dik?
EYFA : Yelah bang takkan lah motor boat pulak? -.-" Dah boleh jalan bang? ke nak borak lagi?
POLIS : Okay! Boleh jalan. 


Eyfa tak paham apa masalah polis tu sebenarnya? Nak beramah mesra tak kena tempat. Soalan macam tu dia tanya? Adoi -.-" Nasib baik lah dia Polis. Layan kan ajelah. Kalau tak dah lama makan penyepak sebab tanya soalan macam tu. HAHA. Mintak-mintak tak jumpa polis macam ni lagi. Pening nak layan.

KBAI~

21 comments :

Freaky said...

rasanya die tertarik dengan moto tu kot. haha anyway memang best anda balas kat polis tu

EYFAalias said...

hehe. dh penat nk borak. sbb tu ckp mcm tu :D

Syazwan said...

moto tu hot sangat ;P

EYFAalias said...

hahahaa. hot lah sangat :D

Cik Miera said...

haha.. nk ngorat la tu..tanya pasal moto tu taktik je..hihi

EYFAalias said...

ada ke org ngorat mcm tu? ahhaa. pelik2 je.

Dududu said...

nak ngurat kot ;p

shahjiehan said...

akak cun sgt kot... hahaha

EYFAalias said...

mcm xkena gaya je. haha

EYFAalias said...

Shahjiehan, ceh! ini perli ni :p

ainol akasyah said...

polis tu nak ngorat eyfa..serious xtipu..cube la tnye polis tu kalau jumpe lg hehe
JOM BACA DRAMA NORA ELENA VERSI NOVEL..RUGI KALAU TERLEPAS BACA

EYFAalias said...

ahhahahaaa. nak plak jumpa lg :p

iLa suHaiLa said...

polis oh polis..nasb baek tak minta no fon jer ..hehe

tia @ Ini Kisah Tia said...

haha ! sempoi je si eyfa menjawab dengan encik polisi ;)

GaRy™ said...

dia bukan minat kat motor tuh.. dia minat kat tuan motor tu sebenarnya~...hehehe...

kotak bulat said...

hehehhe..polis tu terpikat kt moto tu.. :p

siti kektus said...

haha, polis tu saje nak uji minda kot, ;)

dulu2 masa belom dapat lesen, selalu je terserempak dgn roadblock, bila dah ada lesen ni, tak nak pulak terjumpa, grr~

Akulah Pak Lan said...

Polis mesra rakyat tuh...

zuwaidah said...

nak ngorat kot

.m y z. said...

hahahaha. boleh pulak polis cakap macam tu. tak agak2. err hensem tak polis tu? hahah :PP ziema reti bawak moto tapi takde lesen.

hana sudradjat said...

dia nak menjaga reputasi polis je.haha.yelah kan nanti masyarakat kata polis ni sombong kan,masalah pulak.hikhikhik.

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com