Wednesday, June 15

Jangan lah nak menangis kat sini!

Assalamualaikum.

Dulu masa eyfa study dekat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), ada satu malam tu eyfa dengan kawan eyfa bernama NANA baru balik dari cafe. Tapau makan malam. Lapar! Lepas tu bila dah sampai bilik. Lepak-lepak lah dengar lagu dekat lappy.


Tetiba eyfa dengar macam bunyi orang manangis. Takkan lah kawan eyfa nk nyanyi sambil menyanyi. Eyfa dah pelik dah. Eyfa tanya lah kawan eyfa yang duk depan lappy tu.

"Weh! Yang kau menyanyi macam bunyi orang menangis dah kenapa?" -EYFA

"Bila masa pulak aku menyanyi? Gelabah la kau" -NANA

Aik! Eyfa dah pelik. Lepas tu eyfa suruh lah si nana tu slow kan lappy. Then tiba-tiba dengan bunyi orang menangis. Yang si nana ni pun kerek gak macam eyfa, dia ingat budak bilik bawah yang menangis dengar sampai ke atas bilik kiteorang dengar. Dia pun dengan slumber nya pergi sound :

"Woi ! Jangan lah nak menangis kat sini. Bising lah!" - NANA

Lepas tu eyfa dengar macam bunyi org nangis tu bawah meja study. Eyfa suruh lah si nana becok tu diam kejap. Bila dah diam, lagu pn dah stop bunyi nangis tu kuat gila kiteorang dengar. Eyfa dah rasa tak sedap hati. Eyfa suruh Nana pasang Surah Yasin kuat-kuat.

Suara nangis tu macam berlawan dengan Surah Yasin tu pulak. Eh! Budak ni makin kuat bunyi nangisnya. Eyfa dengan Nana dah gelabah beruk dah dalam bilik tu. Tak tahu dah nak fikir apa. Dalam kepala otak dah takut duk dengar bunyi nangis tu. Lepas tu Nana bagi idea.

"Fa, kau pergi bukak pintu pastu lari g bilik Faezah" -NANA

"Kau lah lari dulu. Karang hantu tu tangkap aku cmne?" - EYFA

"Kau la dulu, kau tu dah la debab karang kalau aku lari dulu kau tertinggal nanti kena tangkap dengan hantu ni baru padan muka kau" -NANA

"Betul gak tu" -EYFA

Eyfa pun apa lagi bukak pintu lepas tu terus lari dengan pantasnya. Nana follow kat belakang. Lepas dh sampai bilik faezah eyfa tnya lah si nana ni dia tutup pintu tak? Dia cakap tak. Adoi. Selumber badak je tak tutup dalam bilik tu semua ada, lappy, hp, wallet and mcm2 lagi selumber dia xtutup pintu.

Tu lah dah takut sangat. Apa pun tak boleh fikir. HAHA. Ni lah pengalaman pertama eyfa pasal "hantu" ni. Sebelum ni dengar orang cerita je. Muka belagak sebab tak pernah kena. Haaa. Sekali dah kena baru tahu macam mana perasaannya. HAHAA.

KBAI~

28 comments :

Nazzue said...

Napa tak cari hantu tu? Tengok muka dia camna..mana nak tau iras2 aaron aziz.. :)

Lepak sambil bersantai di NazZue.com
Entri terkini: Aku Share, Korang Fikir

arituarini said...

memang cuak kan masa tu.... sultn idris mana ni Tjg mlim ke

Unknown said...

@Nazzue

Cari? ahhahaa. takut den!

Unknown said...

@ArulchelseA

Dekat Sabak Bernam. hehehe

Chan said...

siyes? takut gak. huhu

Unknown said...

@Amira Chan


hehehee. eyfa pn cuak. dah xtau nk pikir apa.

Nur Syazana Mohammed Sani said...

seyes antu ? zana xpernah jumpe lagi ,. adessss

Unknown said...

@Nur Syazana Mohammed Sani

tak tahu la menantang apa. takkan la org nangis kuat2 plak smpai bilik eyfa dengar. huhujhu

EiZaRaZiErYa said...

zie pon study at pSis jgk eyfa~ huhu..cm jejak kaseh pulak ni~
s'pnjg at sne~ blom pnh kne cm2 tu..but ade la cm nmpk2 kelibat..lepas je ade kes budak kne histeria~ asenye mang tiap2 sem akn ade yg kne lah..n time kne 2 pulak..dkt2 ngn final~ urmmm... :-/

ezy.xixii said...

erk..
seram je ni..
nsb baek bace entry ni siang2..
hoho..
sape yg nanges?
ekeke..

Ayu Mohd said...

aku penah dgr ko cite kat psl cite time kat umah kenit dulu...sgt seram ye..kalo aku tuh pha...aku same2 nangis dgn dia skali..hihiii

Miera Hassan said...

yeke... mak ai..menakutkan.. even xnmpak muka pun tp suara..............huhu

ct kektus said...

lah, nape tak tangkap gambar hantu tu? leh wat kenangan, hehehe

Gary Asip said...

uii... seram giler wo... eeee... naik segala bulu roma... huhuhu~

myzziema said...

hahaha tapi asal korang macam lepak chill je? mcm takde pape. hahaha.

Syafiqah Takiyudin said...

Takutnya! :S

Unknown said...

@EiZaRaZiErYa

lah yeke? hahaa. keciknya dunia. stdy tahun bila ? :)

Unknown said...

@Cik Ezy

sampai skrg xtau siapa yg nangis. ahhaa. yg peliknya kuat tahu. bila tanya budak bilik sblh dorg xdengar pn. pelik je.

Unknown said...

@Ayu Mohd


ahahaha. kau taiko mana leh nangis ayu. ahhaa

Unknown said...

@Cik Miera

kami yg dgr ni lagi takut. hahahaa.

Unknown said...

@siti kektus

time tu guna hp cokia je mana nk ada cmre. ahhaa

Unknown said...

@GaRy™

bulu roma je naik? hahahaa

Unknown said...

@.m y z.

memula mmg la chill. bebuat ta tahu je. haa. dapat je bukak pintu, berlari tak cukup tanah . smpai pintu bilik pn xtutup. ahhaaa

Unknown said...

@Nur Syafiqah Md Takiyudin

ngeh ngeh ngehh :D

merahitujambu said...

kenapa x g jenguk jee??mana th orang kee..ngee~

Unknown said...

@merahitujambu

tak berani den. ahhaa

~syue syada~ said...

hadoy... saye baca kul 2 pagi ni..kan dah takot kne tdo sorang2 T___T

Unknown said...

@~syue~

alamak. lupa nak bg amaran jgn tgk pagi2. hehhee

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com