Thursday, June 9

Siapa kata tak boleh bela landak?

ASSALAMUALAIKUM.

Pada suatu hari, masa tu pagi-pagi lagi dalam pukul 5 pagi mak eyfa kejut eyfa sebab ada "benda pelik" depan rumah tu kucing eyfa duk buat main.

MAK : Pha bangun! Ada binatang pelik kat luar.
EYFA : Biar lah bintang tu nak pelik pun.
MAK : Bangun lah pergi tengok!
EYFA : Malas lah mak -.-" Ngantuk!
MAK : Ala bangun lah! Bintang tu macam tikus muncung dia. Lepas tu kulit dia mcm keras.
EYFA : Oh okay. bye -.-"
MAK : BANGUN LAH PEMALAS!
Iskk. Kacau je orang nak tidur.. Lepas tu eyfa pun pergi lah tengok ape kebenda yang di kecohkan sangat tu. Memula tengok memang pelik sebab binatang tu jalan macam tikus mainan. Tergedek-gedek. Macam comel aje. Lepas tu eyfa amek kain eyfa pun tangkap lah masuk dalam sangkar kucing.

Nak kata tikus bukan. Nak kata landak pun bukan sebab kecik semacam je. Lepas tu jiran eyfa ada datang tengok. Then jiran eyfa kata ini lantak yang boleh bela. Ntah apa ntah jiran eyfa cakap nama landak ni. Susah nak menyebutnya. HAHA.


Haaaa. Ini lah rupa landak tu. Korang penah tengok? HAri tu first time eyfa tengok sebelum ni tak pernah pun tengok. Comel gila serius! Sebab bila kita usik dia aje dia tajamkan duri kat padan dia tu lepas tu jadi bulat. HAHA. Kelaka aje.



Gambar-gambar atas ni eyfa amik dari TUMBLR. Haaaa. Eyfa dah cakap comel korang tak percaya! HAHA. Tapi sayangnya landak ni  abang eyfa dah jual dekat kawan dia sebab landak ni kuat makan cacing penat nak bela dia. HUHU. Gambar bawah ni baru gambar landak eyfa jumpa tu. =)



Geram aje tengok binatang ni rasa mcam nak picit-picit aje! HUHU. Okay lah! Last sekali jom layan video abang eyfa main dengan landak comel ni. LAYANNN~

video

P/S : Follow twitter eyfa dekat SINI and tumblr eyfa dekat SINI. Thank you <3

18 comments :

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

comeynyeee...

: REVIEW: X MEN FIRST CLASS bosan!
: REVIEW: NUR KASIH THE MOVIE epic cinta!
: TUTORIAL: SCREENGRAB capture screen lebih luas
: PROMOSI KLIK SAMPAI RANAP!

syaimz said...

comelnyEEE!!!

*KITA BAKOR!!*

munirah said...

comelnye..sekali tgk mcm patung.. :)

Abang Stalker said...

masa pgg dia tu dia x kembangkn duri plk?

EYFAalias said...

abang stalker, kembang jugak tp xsakit sgt pn duri dia tu kalau kita pegang dia elok2.

mama comel said...

comel!!

landak pun bleh dimakan taw..sedap..lembut je,,tp takleh makan bnyk2..nnt panas badan..

kc kasedah said...

comel pulak. tapi kang kalau bela sampai beso kang jd ganas takut jugak ye dak? nak bela iguana pn tak kesampaian lg neh.

Muhammad Khairul Fahmi said...

kiutnya...rasa cm nak pegang2 jew..hihi

rara pinkmafia said...

eeuuuwwww tak tercucuk ke duri2 kt badan dye tu?

Akulah Pak Lan said...

Landak buleh makan x?

zuwaidah said...

memang comel tapi kak zu tak berani nak pegang. takutttt

.m y z. said...

alalalaaa comelnya landak tu!

Cik Cempaka said...

kalau dia beranak, kasi la CC satu
sukerrrr sangat2..siyes ni

comel giler

kura said...

lah. kenapa xbela sampai besar? best okey bela anak landak yg comel gittew ni. fuh.

EYFAalias said...

@kura

tak larat nak bela. huhu

EYFAalias said...

@Cik Cempaka

dah kasi org dh pn CC. ehhee

Anonymous said...

duri dia tu x bisa ke?

Anonymous said...

DA AKU MAU APA ATUH?:') GAK BISA NGOMONG BAHASA MALAYSIA HUHUHUHUHUHU

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com