Monday, June 6

Rindu nak pergi kem motivasi :)

Assalamualaikum.

Korang pernah tak pergi kem motivasi? Selalu kalau kat sekolah eyfa dulu, yang pergi mesti bebudak yang nakal-nakal tu. TERMASUK LAH EYFA SEKALI! Haha. Dulu masa kat sekolah ingatkan amenda lah kem motivasi ni. Cikgu cakap "Lawatan sambil belajar" sebab masa eyfa pergi kem motivasi ni dulu kat Bagan Lalang! HEHE.

Korang perasan tak kalau ada kem motivasi kan mesti ada satu segmen yang sentuh pasal ibubapa. Lepas tu masing-masing menangis sampai keluar hingus hijau tu. HAHA. Ada tak? Ada tak? =p Yang kelaka nya lepas segmen tu tak sampai 5 minit dah balik perangai lama. Insaf beberapa saat je. HAHA.


Dulu masa segmen tu kan dia ada suruh pejam mata and bayangkan "kalau kita balik dari camp ni tetiba kat rumah kita ramai orang, rupa-rupanya mak/ayah kita meninggal....................." Haaa. Time tu sebenarnya eyfa tk pejam mata pun. Duk mengumpat dengan kawan kat belakang tu. HAHA.

Orang lain sebuk dah menangis sampai teresak-esak, eyfa dengan kawan eyfa muka macam tak ada perasaan. HAHA. Itu bila kali ke-2 lah pergi camp motivasi tu. First time pergi, memang menangis. HEHE. Kali ke-2 dah tak lut dah kata-kata macam tu. HAHA.

Lepas habis segmen tu masing-masing taknak mengaku dorang nangis. Gengster sekolah pun nangis beb! Mata merah je. Lepas tu keluar dewan buat muka begis. Nak bajet konon-konon dia tak nagis. HAHA. Kelaka je!! =)

Tapi masa eyfa kat Politeknik Sultan Idris Shah dulu pun ada jugak kena g ceramah. Yelah konon-konon 'orang terpilih' padahal budak nakal. Tu pasal lah dia suruh dengar ceramah. HAHA. Dalam ceramah tu pun dia ada segmen ibubapa.

But kali ni macam lain sikit la siap kena tulis surat untuk mak dan ayah. Waahhh! Time tu masing-masing tangan mengigil nak tulis. Benda ni wajib buat pulak tu. Time tu jugak kena buat. Tak tahu apesal mengigil dorang tulis surat tu?

Yelah dah dorang tulis sambil nangis. Tu pasal lah mengigil! HAHA. Lawaknyaaa! Eyfa tengok semua orang nangis eyfa pun ambil air mineral titiskan sikit kat tangan pastu basahkan pipi konon-konon menangis jugak. Karang tak nangis orang cakap xde perasaan. HAHA.

Eyfa ingat surat tu dia nak simpan. Rupanya dia pos weh kat makbapak kita. SUMPAH malu gila weh ! Siap kena bahan sekali dengan abah and mak. Dorang cakap "Ala comelnya anak abah ni tulis surat!" Grrr! Tak pasal-pasal kena bahan.

Bila ingat balik semua tu. BEST aje oh. Rasa macam nak ulang balik zaman-zaman dulu. HEHE. Rindu sangat-sangat! Tapi apa kan daya. Makin hari makin tua. Terpaksa lah terima hakikat tu. Mana ada orang makin hari makin muda, ye dak? Huhuhu =D

Wahh! Panjangnya entry kali ni. Ada orang baca ke? HAHA.
KBAI~

3 comments :

Freaky said...

haha freaky x pernah menangis pon masa segmen kesedaran di kem..

10 Tips Menawan Hati Lelaki

EYFAalias said...

wahhhh. hati kering ni :D

Papa Mifz said...

teringat zaman muda2 dulu...huhu

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com