Monday, May 9

Tak ku sangka semua ini terjadi.

Alhamdulillah today dah habis dua paper iaitu Proficiency English II and Organizational Behavior. Hati rasa sedikit tenang lepas dah lepas semua beban untuk dua paper ni. TAPI eyfa rasa macam terkilan sikit sebab tadi masa jawab paper Organizational Behavior eyfa xboleh nak jawab semua soalan sampai habis. Selalu susah ke senang eyfa boleh la jawab taram-taram sikit ni langsung blur.
Semalam study pun tak masuk kepala otak. Tak tahu lah kenapa? Doa penerang hati dah siap baca dah sebelum study tapi tak boleh masuk juga ilmu-ilmu tu semua. Argh ! Serious rasa tension sangat ! Sebelum ni keluar dewan boleh la senyum juga walaupun susah. Hari ni keluar dewan rasa macam tak ada mood terus. Adoi -.-"


Hm. Tak sangka semua ni jadi sebab target soalan lain, yang keluarnya soalan lain. Stress dibuatnya. Nak goreng pun tak boleh sebab xde minyak masak. Huhuhuhu. Takpe lah. Maybe hari ni bukan rezeki eyfa. Tapi mintak-mintak lah markah tak teruk sangat. Eyfa target nak A or A- untuk paper Organizational Behavior. Nampaknya tersasar lah target eyfa kali ni. Hmmm. Sedihnyaaa -_____-

Hm. Takpe, lusa nanti next paper eyfa nak pulun kasi habis. Mintak-mintak tak berulang perkara yang sama seperti hari ini. Hmm. Doa kan eyfa ya kawan-kawan? Thanks =)




MUCH LOVE BY :  EYFAALIAS
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com