Wednesday, May 25

Tips untuk blogger

Assalamualaikum.

Hari ni nak bagi tips lagi. Lepas kena review oleh MYZ. ZIEMA itu tiba-tiba tertimbul idea nak bagi tips. Tapi tips ni biasa-biasa je okay? Kalau yang dah otai tu maybe dah tahu lah kan. Kalau yang newbie macam eyfa ni maybe berguna untuk korang. Korang nak ikut takpe, taknak ikut pun takpe. Takde siapa nak marah. Hehe.

Image dari PAKCIK GOOGLE =)
  • BUTTON FOLLOWERS : Button followers ni penting. Lebih baik kalau korang letak widget followers on the top sebab kebanyakkan blogger tak berapa rajin nak scroll ke bawah nak cari widget follower korang. Huhu. And then jangan tukar widget followers tu dengan gambar atau icon yang cute miut tu. Kekalkan widget followers yang dah disediakan oleh blogspot lebih afdal :)

  • TULISAN : Tulisan atau pun font yang digunakan dalam content gunakanlah tulisan yang mudah dan sesuai untuk di baca. Kalau tulisan tu dah berpintal-pintal, senget benget sangat kan susah nak baca. Huhu.

  • STYLE TULISAN : Haaa. Kalau boleh jangan lah guna tulisan "euww euuwww" bak kata INI ANWAR HADI tu okay? Setengah orang maybe boleh paham sebab dorang sejenis dengan korang. Buatnya mat/minah skema yang baca blog korang tak ke jem kepala otak dorang nak baca blog korang? shortform boleh tapi jangan lah short sangat sampai orang xpaham kan? :)

  • LAGU : Kalau boleh tak payah letak lagu sebab memberatkan lagi blog korang. Kalau kiteorang nak dengar lagu kiteorang boleh bukak youtube okay? :D Kalau nak letak pun boleh juga tapi jangan letak autoplay. Kita punya minat lain-lain kan? Kang bukak blog ni Aishiteru bukak blog tu pn lagu sama. Tension dengar. Opsssy. Sorry =D

  • WIDGET MEREPEK : Korang tau tak widget yang terlampau banyak boleh memberatkan blog korang? Ni widget jam pun nak bubuh. TAK PAYAH lah kot sebab lappy eyfa pn ada jam. Huhu.

  • LETAK SHOUTBOX : Ni penting untuk pengujung korang tinggalkan link so, senang korang nak tahu siapa yang keluar masuk blog korang kan? tapi yang paling menyampahnya orang salah guna. Datang blog semata-mata cari shoutbox pastu tinggal jejak tanpa baca entry korang pn. Lepas tu siap paksa kite follow lagi. Ciss!

  • DIALOG BOX : Haaa. Yang ni sangat annoying oh. Lebih elok kalau tak letak. Ni setiap kali pengunjung buka pop up window baru mst nak kena layan dialog box ni. "SELAMAT DATANG" sampai 8x. Lepas tu nak close tab pun ada gak? "SILA DATANG LAGI" Naik fed up nak tekan benda alah ni aje. Malas nak datang dah ! Huhh !! -.-"

Okay itu sahaja. Akhir kata majulah suka untuk negara. Terima kasih dan selamat beramal. Ngeh ngeh ngehh =) KBAI~

22 comments :

Anonymous said...

yeahh...betol tu :)

Unknown said...

hehehhe. macih sudi comment ayin :)

Akulah Pak Lan said...

yup btoi...kami nak menbaca bukan nak mendengar..hahaha

Unknown said...

haha. betul betul :D

tia @ Ini Kisah Tia said...

sokong semua . yang paling last tu setuju sangat . geram bila masuk blog yang pakai javascript macam tuh . jenuh weh !

Unknown said...

hehehe. tahu takpe. rasa macam malas nak datang dah :D

Cik Cempaka said...

ewwwww cik eifaeeewwww bagiewwwww tipewwww...

kihkihkih

sajewww kasieewww eifaewww feningewww

Unknown said...

hahhahahahaa. CC mengada-ngada eh! babab karang :D

harrazdani said...

nice info....yg paling tak suka blog yg ada lagu....

Unknown said...

hehee. tau xpe :)

ezy.fia said...

blog cik ezy xde SB..
mmg xnk letak SB..
hee

Unknown said...

ehehhee. sama la kita :D

arituarini said...

sy komen dan merepek2 kat shbox jugak..dua dlm satu..hehehe

Unknown said...

merepek cm ne tu? :p

Juwita Afifah said...

Yeahhhh, sokong eyfa!!!

myzziema said...

hahah kesian lagi aishiteru jadik mangsa!

ziema paling alergik kalau orang tu letak msg selamat dtg bagai. memang terus tak jadi nak singgah tau. kdg2 kita ni jangan nak jadi mesra sgt. tetiba rajin nak ucap selamat datang, sila isi nama. macam nak check in hotel pulak =.=

rasa mcm nak buang shoutbox jugak sebab ziema malas nak jejak balik org yang tinggal link kat situ. haha. tapi takpe lah. just cukupkan syarat. letak shoutbox tapi malas nak tgok. kita akan lebih apreciate org yang tinggalkan komen :))

Unknown said...

Mrs. Farhan terima kasih :)

Unknown said...

Myz Ziema, Hehehe. Dah musim aishiteru nak buat mcm mana? :p tu lah pasal dh macam check in hotel kan? orang dtg nak baca ni banyak bebenor yang menghalangnya. huhu

Kc Kasedah said...

HAHAH sejak aku suka buh lagu neh,habes semua lagu aku nak buh hehe sbb aku tension asal bukak blog blogger lain lagu nak mrepek aje. haa nah aku balas se-DAS! haha :D


*delete la lagu. maybe sbb tu kot org dtg singgah -__________________-

Unknown said...

heheehheehehhehe.boleh je buh lagu tp xyah auto play. ehee

Anonymous said...

yeah! right.. suka tips awak :)

Anonymous said...

Hi, just wanted to tell you, I enjoyed this blog post.
It was inspiring. Keep on posting!
My web-site - numerology calculator

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com